DanaNITA MARA:CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN WANITA
DanaNITA MARA Usahawan wanita di seluruh negara yang memerlukan pembiayaan perniagaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa usahawan wanita untuk memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA).
Menerusi DanaNITA MARA ini, pemohon yang layak akan menerima pembiayaan perniagaan sehingga RM50,000.
Terdapat dua tujuan utama DanaNITA ini diwujudkan kepada usahawan wanita iaitu:
- Memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah
- Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan
Sehingga kini, untuk tahun 2021 seramai 100 usahawan wanita telah menerima manfaat skim DanaNITA ini melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM3 juta.
Baca Juga: TEMUJANJI TABUNG HAJI ONLINE:CARA BUAT APPOINTMENT & MUAT TURUN BORANG TRANSAKSI TH ONLIINE
Skop Pembiayaan DanaNITA MARA
Terdapat 2 skop pembiayaan menerusi skim DanaNITA ini iaitu:
- Modal Pusingan
- Pembelian Mesin dan Peralatan
Baca Juga: CARA DAFTAR BONUSLINK(REGISTER,LOGIN & REDEEM POINT)
Tempoh Pembiayaan & Kadar Keuntungan DanaNITA MARA
Tempoh pembiayaan bagi skim DanaNITA MARA ini adalah daripada 1 hingga 10 tahun atau 12 hingga 120 bulan.
Kadar keuntungan yang ditetapkan menerusi skim ini pula adalah sebanyak 4%.
Jaminan Atau Cagaran DanaNITA MARA
Bagi pemohon yang ingin memohon skim DanaNITA ini, mereka perlu mempunyai jaminan atau cagaran iaitu:
- Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau
- Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau
- Gabungan kedua-duanya sekali; atau
- Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan.
Baca Juga: CARA SETTING REMOTE ASTRO(Cara Sambung Dengan TV)
Syarat Kelayakan DanaNITA MARA
Syarat kelayakan yang ditetapkan melalui skim DanaNITA MARA ialah seperti:
- Warganegara dan Bumiputera.
- Berumur 18 hingga 60 tahun.
- Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM).
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online).
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
- Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh 6 bulan terkini.
- Perniagaan patuh Syariah.
- Bebas dari senarai hitam MARA.
Baca Juga: CARA CHECK BAKI TOUCH n GO:SEMAKAN BALANCE ONLINE(Kad TnG Biasa & IC)
Cara Memohon DanaNITA MARA
Untuk membuat permohonan DanaNITA, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx.
- Klik bahagian ‘Daftar pengguna baharu.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Buat permohonan dan hantar permohonan
- Cetak salinan permohonan
- Hantar salinan permohonan dan dokumen sokongan ke pejabat MARA daerah yang berhampiran.
Baca Juga: CHECK COVERAGE UNIFI(SEMAK DULU SEBELUM LANGGAN)
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang diperlukan boleh dirujuk melalui pautan http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf.
Setiap dokumen sokongan yang dikemukakan adalah sebanyak 3 salinan.
Baca Juga: DERMASISWA ZAKAT PULAU PINANG:PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PENGAJIAN MAINPP 2021
Soalan Lazim
1.Bagaimanakah cara untuk memohon DanaNITA MARA?
- Bermula Januari 2021, semua permohonan kemudahan pembiayaan perniagaan MARA hendaklah dibuat secara atas talian (online application) menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) https://www.mara.gov.my/ dengan langkah seperti berikut:
- Langkah 1 – Pilih E-Perkhidmatan
- Langkah 2 – Pilih MyUsahawan
ATAU
- Terus ke aplikasi permohonan di http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan
- Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA
2.Siapakah yang boleh membuat permohonan DanaNITA MARA?
Permohonan boleh dibuat oleh:
- Milikan Tunggal – pemilik perniagaan
- Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad – salah seorang rakan kongsi
iii. Syarikat Sdn. Bhd – wakil yang diberi kuasa mengikut resolusi syarikat
3.Berapakah had maksimum atau had pembiayaan yang boleh dimohon?
- Had maksimum/had pembiayaan adalah mengikut skim kemudahan pembiayaan perniagaan seperti berikut:
- PUTRA – had maksimum adalah sehingga RM10,000.00
- Skim OKU – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
iii. SEMAi – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
- DanaNita – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
- Mobile Business (Food Truck/Karavan) – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
- SPiM – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
vii. SPiM Tekno – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
viii. PUTEK – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
- SPiKE – had maksimum adalah sehingga RM1,000,000.00
- MISA – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00
- PRiN – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00
- Had maksimum atau had pembiayaan yang boleh dimohon mengikut status perniagaan adalah seperti berikut:
- Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiti Terhad (PLT)
– Had maksimum yang boleh dimohon adalah sehingga RM250,000.00
- Syarikat Sdn. Bhd
– Had maksimum yang boleh dimohon adalah sehingga RM500,000.00 bagi semua skim kecuali PRiN dan MISA dengn had minimum dari RM500,001.00 hingga maksimum RM1,000,000.00.
Baca Juga: CARA SEMAK BAKI CELCOM/HOTLINK/DIGI PREPAID (Check Balance Internet Prepaid & Postpaid)
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai DanaNITA MARA ini, sila hantar email ke alamat [email protected].