DELIMa 2.0 KPM (Cara Login & Daftar Akaun Guru Murid Ibubapa )
DELIMa 2.0 KPM merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia.
Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.
DELIMa KPM merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pelajar, di mana ia boleh diakses menggunakan akaun Google sedia ada.
Apa Itu DELIMa 2.0 KPM
Menyahut seruan Education 4.0, pendekatan global dalam sektor pendidikan untuk menyantuni kebangkitan Revolusi Perindustrian Keempat, KPM menerusi Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) terus menerapkan unsur inovasi sebagai teras dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) nya.
Platform atas talian ini menggalakkan budaya inovatif, dari penghasilan bahan, cara mengajar dan belajar sehinggalah pengaplikasian ilmu untuk mencipta penyelesaian kepada pelbagai masalah, baik dihadapi guru mahupun murid.
DELIMa KPM ID & Password
Setiap pelajar dan guru akan diberikan satu ID yang akan membolehkan mereka mengakses semua kemudahan ini secara percuma.
Untuk maklumat lanjut tentang ID dan Password Pelajar/Guru atau masalah terlupa kata laluan dan sebagainya, sila rujuk dengan pihak admin sekolah masing-masing.
DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak paling asas bagi platform pembelajaran maya ini.
Id guru bermula dengan huruf ‘g-‘
Manakala id murid bermula huruf ‘m-‘.
Sila hubungi guru ict atau guru data sekolah masing-masing untuk mendapatkan ID DELIMa KPM.
Anda hanya perlu ke … (sila ke link di bawah)
https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
Ciri Baharu DELIMa 2.0 KPM
DELIMa 2.0 yang ditambahbaik ini membawa paparan pengalaman (User Experience) baharu dan personalisasi (personalisation) kepada semua guru dan murid.
Ia kini turut dilengkapi dengan chatbot DELIMa yang akan membantu menjawab sebarang pertanyaan mengenai DELIMa 2.0.
Cara Login Portal DELIMa 2.0 KPM
Sebelum login Portal DELIMa ini, para guru dan pelajar perlu mendapatkan ID dan kata laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan mereka mengakses portal ini.
Untuk log masuk, sila ikuti langkah berikut:
- Klik ke pautan https://d2.delima.edu.my
- Tandakan (/) pada kotak ‘Accept Terms & Conditions’
- Klik butang ‘Click Here To Login’
- Masukkan Username dan Kata Laluan yang dibekalkan oleh pihak sekolah.
Navigasi Laman DELIMa 2.0
Sila rujuk Pengalaman Baharu (Guru) melalui lampiran di bawah:
- Gambar guru, nama guru, nama sekolah
- Ruang carian
- Ruang utama
- Pautan ke perkhidmatan dalam talian KPM
- Pilihan bahasa
- Sentimen diri
- Mode dark / light
- Ruang Pembangunan Profesional
- Ruang Pengajaran Saya
- Button pilihan ruang pengajaran
- Ruang Pengumuman
- Ruang aktiviti pengajaran (Google Classroom)
- Ruang pertanyaan (Chatbot)
Sila rujuk Pengalaman Baharu (Murid) dalam lampiran di bawah:
- Gambar murid, Nama murid, Nama sekolah
- DIGITAL ME – Digital badges yang diperolehi oleh murid
- Ruang Carian
- Ruang Utama
- Pautan ke perkhidmatan dalam talian KPM
- Pilihan Bahasa
- Sentimen diri
- Mode dark / light
- Ruang Pengumuman
- Ruang Pembelajaran Saya
- Button pilihan ruang pembelajaran
- Ruang Tugasan (Gdrive)
- Ruang aktiviti pembelajaran (Google Classroom)
- Ruang pertanyaan (Chatbot)
Pelbagai Fungsi Dalam Portal DELIMa 2.0 KPM
Tak ramai yang tahu ada banyak function/apps menarik dalam Portal DELIMa KPM antaranya:
- Digital Textbook
- Microsoft Office 365 (Word, Excel, Power Point etc)- Free untuk semua murid/guru
- Canva
- Padlet
- Wolfram Alpha
- Semua Google services – Earth, Translate, etc.7. MINECRAFT EDUCATION EDITION
Tatacara Mengakses Bahan Delima KPM:
Di sini dikongsikan cara akses bahan DELIMa KPM dan fokus adalah tentang cara buat kuiz menggunakan portal ini.
- Log masuk laman sesawang DELIMa di https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
- Klik Log Masuk.
- Klik Murid atau Guru.
- Pada Menu Guru terdapat pilihan seperti berikut:
- Buku Teks Digital.
- Aktiviti.
- Aplikasi.
- Pusat Sumber.
- Ruang Ilmu.
- Sumber Rujukan PdP.
- Maklum Balas.
- Klik Aplikasi.
- Pada Menu Aplikasi terdapat pilihan seperti berikut:
- Padlet.
- Blendspace.
- Edpuzzle.
- Plickers.
- WolframAlpha.
- Quizizz.
- Kahoot.
- Wakelet.
- Tinkercad.
- Canva.
- Klik Quizizz.
- Pada menu ‘atas sebelah kanan’ ada perkataan Log in. Klik login.
- Klik ‘Log in with Gmail‘.
- Log masuk dengan Google. Pilih akaun untuk meneruskan ke Quizizz.
- Klik pada carian ‘Seach for quizizzes on any topic‘. Masukkan (taip) mata pelajaran, tajuk atau sub tajuk dengan kombinasi tingkatan atau darjah.
Contoh, ‘Sains (subjek) Struktur, Fungsi dan Organisasi (tajuk) tingkatan 1 (tingkatan)’.
Taip di carian seperti ini ‘Sains Struktur, Fungsi dan Organisasi tingkatan 1‘.
Atau boleh taip seperti ini, ‘Sains bab 2 tingkatan 1‘.
- Pilih set soalan kuiz yang bersesuaian, dan klik Save.
- Masukkan (taip) Tajuk folder pada ruangan ‘Create a new collection‘. Klik ‘Create/ Done‘.
Contoh, ‘Sains T1‘. Klik ‘Create/ Done‘.
- Pada menu di sebelah kiri klik ‘My Library‘. Ada soalan-soalan kuiz yang sudah disimpan dan soalan itu menjadi milik cikgu.
- Bagaimana ingin menyediakan soalan sama seperti yang guru lain gunakan tanpa mengubah soalan untuk diberi kepada murid.
Jawapan:
- Jika nak beri tugasan secara live iaitu bermain sambil belajar bersama-sama murid, maka boleh klik ‘Start a live quiz‘.
- Jika nak beri tugasan untuk dijawab sekarang atau kemudian kepada murid, maka boleh klik ‘Assign homework‘.
- Bagaimana ingin mengubah suai soalan yang telah tersedia oleh guru lain.
Jawapan:
- Klik ‘edit‘. Masukkan atau gabungkan beberapa set soalan sama ada ‘copy and paste‘ atau ditaip semula dari buku rujukan.
- Klik ‘New tab‘ untuk memilih soalan dan jawapan. Sila ‘scroll down‘ kemudian ‘copy and paste‘ soalan-soalan dan jawapan yang sudah tersedia untuk cikgu lain untuk ‘re-create’ (buat semula) set soalan dengan klik Create dan pilih sama ada Quiz atau Lesson.
- Apa kelebihan Quizizz ini?
Jawapan:
- Banyak soalan kuiz yang sudah dikongsikan oleh guru lain. Boleh guna terus.
- Boleh analisis keupayaan murid dalam fasa penilaian pdpc atau pdpr. Caranya klik ‘Reports‘ pada menu sebelah kiri.
- Tugasan guru-guru ialah membina set soalan pertama untuk dijawab oleh murid-murid. Caranya ialah:
- cari set soalan yang dikehendaki (ikuti langkah 12 hingga 15).
- Beri tugasan untuk dijawab kepada murid, klik ‘Assign homework‘.
- Ubah ‘setting deadline‘ dan lain-lain seperti yang dikehendaki.
- Klik ‘continue‘.
- Klik ‘Share a link‘.
- Klik ‘Copy link‘.
- ‘Paste link‘ tadi di group wasap kelas dan minta pelajar jawab. Sebelum itu cikgu boleh cuba link dan bimbing murid untuk masukkan nama sebenar dan jawab soalan.
Masalah & Soalan Lazim Pengguna DELIMa
1.Isu Akaun Admin Saya adalah guru admin Google Saya terlupa password baru untuk akaun admin sekolah Bagaimana untuk reset password akaun admin?
- sekolah Jawapan Akaun sekolah boleh direset melalui JPN atau PPD Manakala akaun guru dan murid boleh direset melalui akaun admin sekolah
2.Isu Akaun Admin Saya ingin reset password bagi admin sekolah tetapi saya tidak jumpa butang reset password untuk PPD dan JPN.
- Jawapan Admin JPN dan PPD boleh reset akaun sekolah melalui skrin yang disediakan di menu JPN PPD Pilihan 2 Userid password
3.Isu Akaun Pengguna Bagaimana untuk dapatkan ID dan password bagi murid baru masuk ke sekolah?
- Jawapan Id dan password bagi guru murid baru akan dijana melalui data APDM 2 kali sebulan Jadual waktu akan di sediakan dalam masa terdekat
4.Isu Akaun Pengguna Apakah tindakan admin di peringkat sekolah jika terdapat guru atau murid yang berpindah?
- Jawapan Akaun guru dan murid yang berpindah dikemaskini secara automatik setiap 2 minggu melalui data APDM Eoperasi Opsyen bagi Sekolah Admin sekolah boleh memastikan salinan kandungan online guru telah diserahkan backup untuk kegunaaan sekolah dan apa apa kandungan sekolah boleh di unshare Ini adalah sebagai langkah offboarding untuk memastikan kandungan online kepunyaan sekolah dijaga dan boleh digunakan lagi
5.Isu Akaun Pengguna Akaun murid ID dan password tiada dalam Google Drive Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
- Jawapan Id dan password bagi guru murid baru akan dijana melalui data APDM 2 kali sebulan Jadual waktu akan di sediakan dalam masa terdekat Jika dalam waktu sebulan tiada butiran akaun di google drive sila buat laporan melalui Ikon Meja Bantuan
6.Isu Akaun Pengguna Bagaimana untuk create ID sementara?
- Jawapan Fungsi id creation tidak diberikan untuk kepada admin JPN PPD Sekolah untuk Fasa ini Id Guru Murid akan dijana secara automatik dari data sistem KPM Ini adalah untuk mengurangkan beban sekolah dan guru juga bagi memastikan tiada penyalahgunaan. Akan tetapi cadangan boleh diterima untuk fungsi fungsi yang diperlukan dengan justifikasi untuk Fasa yang akan datang Sila hantar cadangan anda melalui ikon Meja Bantuan di menu portal anda
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Bagi sebarang masalah atau ingin mengemukakan pertanyaan lanjut mengenai Portal DELIMa KPM, sila hubungi pihak sekolah atau guru penyelaras yang menguruskan portal ini.
atau layari
Link Portal Delima KPM: https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
Artikel Lain : Cara Login APDM 2022
Assalamualaikum..I’m a teacher at somewhere in Terengganu. I would like to ask how to restore deleted files in my Google drive?
😁
Saya nak tahu macam mana nak reset password sekolah
Saya nak tahu macam mana nak reset password untuk id anak saya?