Permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat Selangor
Lembaga Zakat Selangor (LZS) dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuka pintu permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi untuk pelajar asnaf Fakir, Miskin, dan Muallaf yang akan meneruskan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Permohonan ini kini lebih mudah dengan adanya Portal Pendidikan Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
Bantuan Dermasiswa Yang Ditawarkan: Pelajar yang layak akan menerima bantuan dermasiswa seperti:
- Surat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Bantuan Yuran Pengajian)
- Bantuan Persediaan Masuk IPT
- Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) yang merangkumi:
- Wang saku
- Penginapan
- Elaun buku
IPT Layak Memohon
Pelajar yang menyambung pengajian di beberapa jenis institusi termasuk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS), Projek Khas Kemahiran Kerjaya, dan Institusi Khas Muallaf. Syarat khas dikenakan bagi pelajar ILKA.
Syarat Permohonan
Pelajar yang ingin memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi perlu memenuhi syarat permohonan berikut:
- Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin, dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
- Menerima tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
- Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi.
Cara Memohon: Untuk memudahkan proses permohonan, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/.
- Klik butang ‘Mohon Bantuan Pendidikan Di Sini.’
- Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan, kata laluan, dan captcha, atau daftar jika belum mempunyai akaun.
- Isi borang permohonan secara online dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- Hantar permohonan dan semak status selepas 6 hari bekerja.
- Jika berjaya, cetak surat bantuan dermasiswa dan mendaftar di Pusat Pengajian sebagai pelajar tajaan Lembaga Zakat Selangor.
Dokumen Yang Diperlukan: Dokumen yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan termasuk Surat Tawaran, Penyata Akaun Bank, dan Struktur Yuran Pengajian.
Pertanyaan Lanjut: Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan dermasiswa ini, sila hubungi talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343.
Artikel Lain
HPIPT Selangor(Permohonan Hadiah Kemasukan Ke IPT RM1000)