TEKS PENGACARAAN PERASMIAN NILAM (Contoh & Format)

TEKS PENGACARAAN PERASMIAN NILAM (Contoh & Format)

TEKS PERASMIAN NILAM

Sekolah anda akan mengadakan pelancaran program Nilam peringkat sekolah, pasti anda tercari-cari teks ucapan untuk pengacaraan majlis tersebut.Kami akan memberikan contoh teks pengacaraan perasmian nilam tersebut.

Majlis, aktiviti atau program tidak sempurna sekiranya tiada Pengacara Majlis. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang Pengacara Majlis. Majlis dikategorikan kepada dua iaitu rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Ulangkaji perlu dilaksanakan bagi membolehkan persediaan rapi dapat dibuat

Keyakinan, keberanian, serta sanggup menerima kritikan dan kesilapan merupakan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang Pengacara Majlis yang efisien. Manakala takut, malu serta gugup merupakan sikap yang perlu dijauhi. Selain kebolehan atau bakat yang sedia ada, ia juga boleh dipupuk dengan meningkatkan kekerapan menjadi Pengacara Majlis disamping menyertai kursus berkaitan. Sejujurnya, sikap ini perlu ada bukan sahaja perlu sebagai Pengacara Majlis tetapi boleh dipraktikkan di dalam aktiviti yang melibatkan kita untuk memberikan taklimat, pendapat atau pandangan dalam mesyuarat dan sebagainya.

Apa Itu Program NILAM

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Contoh Teks Pengacaraan Perasmian NILAM

 

UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG

Para guru dan murid yang dihormati,

Mari menjahit kain perca,

Buat mengelap air yang tumpah,

Marilah kita tekun membaca,

Program Nilam disambut meriah.

 

Dalam suasana ceria penuh harmoni, pada pagi yang indah ini, kita akan menyaksikan satu majlis perasmian Program NILAM Sekolah Kebangsaan Kota Masai bagi Tahun 2017.

Untuk pengetahuan hadirin, program Nadi Ilmu Amalan Membaca ataupun singkatannya NILAM ini merupakan satu program yang dirancang khusus di bawah Program Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kota Masai. Antara tujuannya adalah untuk memupuk dan menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid.

Program ini juga diharap menjadi penggerak untuk pelajar sentiasa mengunjungi pusat sumber sekolah yang merupakan gedung ilmu pengetahuan.

BACAAN DOA

Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Hendak menyongket emas benangnya,

Hendak menganyam mengkuang daunnya,

Hendakkan majlis berkat jadinya,

Tadahlah tangan mohon doanya.

 

Majlis akan diteruskan dengan bacaan doa.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Yasir bin Zainal Abidin untuk menerajui bacaan doa sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati hendakNya.

Majlis mempersilakan. 

(Bacaan Doa)

 Amin, Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa sebentar tadi, diberkati Allah s.w.t hendaknya.  Terima kasih diucapkan. 

UCAPAN GURU BESAR

Hadirin yang dimuliakan,

Negara ini negara mulia,

Tamadun terkenal serata buana,

Ucapan pelancaran dengarkan segera,

Bukan sekadar ungkapan biasa.

Majlis diteruskan lagi menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Tn. Hj. Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Program NILAM Sekolah Kebangsaan Kota Masai bagi tahun 2017.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………………………………………………

(Gimik perasmian)

Begitulah tadi gimik perasmian Program NILAM Sekolah Kebangsaan Kota Masai Tahun 2017. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan Guru Besar atas kesudian merasmikan majlis sebentar tadi.

PERSEMBAHAN MURID

 

Para guru dan murid yang dihormati,

Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan

___________________________________________________

untuk tampil bagi menyampaikan pengucapan awam. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

  • Majlis mengucapkan terima kasih

PENYAMPAIAN HADIAH 

Para guru dan murid yang dikasihi,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian Hadiah Anugerah Nilam bagi bulan Januari 2017. Untuk itu pihak majlis menjemput sekali lagi Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyempurnakannya.

Penerima :

  • Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PENUTUP

Begitulah berakhirnya majlis kita pada hari ini. Semoga semua guru dan murid dapat memberikan komitmen dan sokongan kepada program NILAM ini.

Saya serahkan kembali majlis kepada guru bertugas. Terima kasih. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kursus Latihan Pengacaraan Majlis

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus tersebut, anda boleh melayari pautan ini : http://trainingcentre.nuclearmalaysia.gov.my/?page_id=146

 

Artikel Lain : Contoh Teks Pengacaraan Bulan Kemerdekaan

Leave a Comment