DIVIDEN SSPN 2023 (Cara Semak Penyata Online)

DIVIDEN SSPN 2023 (Cara Semak Penyata Online)

DIVIDEN SSPN

Berita gembira kepada anda yang mempunyai simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kerana bakal menikmati dividen bagi 2023. Disini kami akan membantu anda untuk membuat semakan dividen dengan mudah dan pantas, semoga membantu.

 

Apa Itu SSPN

SSPN merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Cara Semak Dividen & Penyata SSPN Online

Anda boleh membuat semakan penyata di pautan www.lovesspn.com

Info Penting

Penyata akaun SSPN kini tidak lagi dihantar ke rumah anda melalui pos. Untuk makluman anda, penyata akaun SSPN boleh disemak secara online selepas 48 jam pembukaan akaun dilakukan.

Berikut adalah cara semak dividen SSPN :

  1. Klik link semak penyata yang terdapat di bawah.
  2. Klik pendaftaran Online E-SSPN-i/Primebagi SSPN-i/Prime ATAU daftar pengguna barubagi akaun SSPN Plus.
  3. Masukkan maklumat yang diminta semasa pendaftaran dan klik simpan atau daftar.
  4. Semak email yang anda masukan semasa pendaftaran dan klik link yang diberikan oleh pihak SSPN / PTPTN untuk pengaktifan.
  5. Masukkan nombor kad pengenalan pendeposit dan kata laluan yang telah anda buat semasa pendaftaran.

 

Kadar Dividen SSPN 2022

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2022 sebanyak 3.05 peratus.

 

Senarai Kadar Dividen SSPN

  • 2021 : 3%
  • 2020: 4%
  • 2019: 4%
  • 2018 : 4%
  • 2017 : 4%
  • 2016 : 4%
  • 2015 : 4%

 

Kelebihan dan Keistimewaan SSPN

Kadar Dividen Tinggi & Kompetitif

  • Kadar Dividen terkini 4%, lebih tinggi berbanding skim simpanan lain. Simpanan dijamin kerajaan & keuntungan diperoleh boleh dikecualikan cukai.

Penyertaan Seawal Sehari

  • SSPN i-Plus boleh dibuka untuk setiap anak, termasuk yang baru berumur 1 hari. Urusan pembukaan akaun SSPN i-Plus boleh dibuka secara online tanpa sebarang dokumen perlu dimuatnaik.

Pelepasan Cukai RM11 ribu

  • Seperti yang dinyatakan Belanjawan 2019 Kerajaan Malaysia, simpanan SSPN i-Plus diberikan pelepasan cukai simpanan sehingga RM8,000 & RM3,000 bagi sumbangan takaful SSPN i-Plus.

Pakej Serendah RM1 Sehari

  • Jumlah mimimum deposit sebulan hanya serendah RM30 sebulan. Dengan tabungan yang mudah dan rendah, serta dapat dividen & manfaat takaful hingga RM40 ribu.

Simpanan dijamin Kerajaan

  • Simpanan yang dibuat oleh pendeposit SSPN i-Plus dijamin Kerajaan Malaysia.

Produk Simpanan Patuh Syariah

  • SSPN i-Plus adalah produk patuh syariah & telah diberikan pengesahan syariah dari Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

Tanpa Pemeriksaan Kesihatan

  • Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun SSPN i-Plus (kecuali Pakej Berlian).

Manfaat Takaful Sehingga RM1 Juta

  • Proses penyertaan ringkas untuk layak mendapat manfaat takaful sehingga RM1 juta dengan pakej berlian dengan caruman SSPN i-Plus RM500 sebulan.

Tabung Pendidikan RM100 ribu

  • Ketahui bagaimana dengan simpanan pakej nilam dan menyimpan selama 20 tahun boleh mencapai unjuran simpanan sehingga RM100 ribu. Jumlah yang amat cukup untuk masa depan anak anda.

Manfaat Takaful Bagi Penyakit Kritikal

  • Pendeposit SSPN i-Plus dilindungi manfaat takaful hingga RM100 ribu jika disahkan menghidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan.

Manfaat Khairat Kematian / Pengurusan Kematian

  • Pendeposit SSPN i-Plus juga layak mendapat manfaat khairat kematian jika berlaku kematian antara pendeposit, pasangan atau anak-anak pendeposit (terhad kepada 3 orang anak sahaja).

Artikel Lain : Cara Daftar Dan Login SSPN

1 thought on “DIVIDEN SSPN 2023 (Cara Semak Penyata Online)”

Leave a Comment