SENARAI DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN (Disediakan JAKIM)

SENARAI DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN (Disediakan JAKIM)

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita untuk berdoa kepada Allah SWT setiap hari. Doa bukan sahaja salah satu cara untuk meminta agar sesuatu hajat dikabulkan tetapi juga untuk memohon keampunan dan keredhaan daripada Allah.

Antara doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seorang pelajar adalah Doa Menghadapi Peperiksaan Dan Doa Penerang Hati untuk mudah belajar dan menjawab soalan peperiksaan semasa menduduki peperiksaan.  Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai Doa untuk dibaca supaya dapat membantu memudahkan segala urusan sepanjang menghadapi peperiksaan nanti, semoga membantu.

 

SENARAI DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Berikut adalah merupakan senarai doa yang boleh anda baca iaitu:

PERKARABACAAN DOAMAKSUD
Doa Supaya Mudah Faham Pelajaranاللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Allahummar zuqnaa fahman nabiyyiina wa hifzol mursaliina walhaamal malaaikatil muqorrobiina fii ‘aafiyah, yaa arhamar rohimiin

“Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul, serta ilham para malaikat yang hampir dengan Engkau, kurniakan kami kesihatan, wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”
Doa Sebelum Masuk ke Dewan Peperiksaanرَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

Robbanaa aatina mil ladunka rahmatan wahayyi’ lanaa min amrina roshada

“Wahai Tuhan kami! Kurniakan kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan beri kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.
Doa Apabila Lupa Semasa Menjawab Soalan Peperiksaanسُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

Subhaana mal laa yanaamu walaa yas huu. Allahumma zakkirnii maa nasiitu

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkan aku apa-apa yang aku lupa”.
Doa Mohon Kejayaan Cemerlangاللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

Allahumma innii as a lukal fauza ‘indal qodho i wa manaazilasyuhadaa i wa ‘aisyas su’adaa i wan nosru ‘alal a’daa i.

“Ya Allah, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, dan tempat para syuhada, dan kehidupan orang-orang bahagia dan kemenangan ke atas musuh”.
Doa Dipermudahkan Urusanاللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاًYa Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.
Doa Ketenanganرَبِّ اشْرَحْ لِى صَدْرِى, وَيَسِّرْ لِى أَمْرِى, وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِى, يَفْقَهُواْ قَوْلِي“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku”.

 

ZIKIR KETENANGAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Untuk melapangkan dada anda sebaiknya nada berzikir dan berdoa seperti berikut:

  • Istighfar – 70 kali
  • Ya Latiff – 100 kali
  • Ya Fattah Ya Wahhab – 25 kali
  • Rabbi Yassir Wakaa Tu’assir Yaa Kariim – 25 kali
  • Surah As-Syarh (Alam Nasyrah Laka Sodrak) – 8/3 kali
  • Surah al-Quraisy – 8 / 3 kali
  • Robbisy Roh Li Sodri – 3 kali :

 

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK HADAPI PEPERIKSAAN

Berikut adalah merupakan antara doa yang boleh dibaca oleh ibu bapa bagi anak-anak yang menghadapi peperiksaan iaitu:

.بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ALFATIHAH

بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ

أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن

وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

 

YA ALLAH,

Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

 

YA ALLAH,

Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

 

YA ALLAH,

berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

 

YA ALLAH,

Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

 

Ya ALLAH,

kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.

Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

 

YA ALLAH,

Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

 

YA ALLAH,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

 

YA ALLAH

Perkenankanlah doa kami ini.

 

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.

رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.

رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.

رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ

وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

 

امين يا رب العالمين.

NOTA: Panduan ini dirujuk pada Facebook Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment