Jadual Tarikh Pembayaran Duit BKM Fasa 4 2022 (Isi Rumah Dan Bujang)

Jadual Tarikh Pembayaran Duit BKM Fasa 4 2022 (Isi Rumah Dan Bujang)

 

DUIT BKM

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan melalui Bajet 2022 memberikan manfaat kepada semua golongan bersasar.

Pembentangan belanjawan setiap tahun oleh Menteri Kewangan bakal menyaksikan pengumuman bantuan yang akan diberikan kepada rakyat. Bantuan tunai ini lazimnya akan diberikan kepada golongan rentan seperti B40 dan M40 yang terkesan termasuk juga golongan bukan rentan. Pada tahun lepas bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat. Manakala pada tahun ini, bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia

Jika dahulunya terdapat 4 kategori diperkenalkan di bawah BPR, pada tahun ini kita akan menyaksikan sama ada kerajaan masih mengekalkan jenis penerima bantuan ini. Yang pastinya golongan isi rumah mahupun bujang tidak akan ketinggalan dalam menerima bantuan kerajaan jika dilihat seperti tahun-tahun sebelum ini

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 4

Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 4 bagi mereka yang lulus permohonan dan rayuan akan mula dibayar secara berperingkat mulai 15 November 2022.

Untuk Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing

UPDATE TERKINI 20/3/2022

Pembayaran BKM Fasa 1 Akan Bermula Pada 28 Mac 2022 Secara Berperingkat.

  1. Isi rumah, warga emas dan individu bujang bermula 28 Mac -8 April 2022
  2. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank bermula 30 Mac 20222

8.6 juta penerima akan mendapat RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan bagi pembayaran Fasa 1 BKM.

Bagi memastikan tiada yang tercicir daripada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), penelitian terperinci telah dilaksanakan oleh LHDN. ⠀⠀

Difahamkan terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh LHDN untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

DUIT BKM

UPDATE TERKINI 4/1/2022

Tarikh Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (Fasa 1)

MAC 2022

  1. Isi rumah
  2. Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
  3. Bujang

Bantuan Keluarga Malaysia (Fasa 2)

JUN 2022

  1. Isi rumah
  2. Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

Bantuan Keluarga Malaysia (Fasa 3)

SEPTEMBER 2022

  1. Isi rumah
  2. Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
  3. Bujang

Bantuan Keluarga Malaysia (Fasa 4)

Disember 2022

  1. Isi rumah
  2. Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

BKM

Info Penting

Tempoh permohonan dan pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 1 JANUARI 2022 sehingga 31 JANUARI 2022

BKM

Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

ARTIKEL LAIN : BKM Bujang 2022 (Semakan)

Tarikh Pembayaran Duit BKM 2022 Isi Rumah

Tarikh pembayaran duit BKM untuk kategori bantuan isi rumah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

Tarikh Pembayaran Duit BKM 2022 Bujang

Tarikh pembayaran duit BKM untuk kategori bantuan bujang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

Jumlah bayaran asas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)  

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

 

Kategori BantuanPendapatanBilangan Anak / Nilai Bantuan
01-2≥3
Isi RumahRM2,500 dan ke bawahRM1,000RM1,500RM2,000
RM2,501 – RM5,000RM400RM600RM800
Warga Emas Bujang / Tiada

Pasangan

RM5,000 dan ke bawahRM600
BujangRM2,500 dan ke bawahRM350

 

Siapakah yang layak menerima kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Kategori BantuanPendapatanBilangan AnakKelayakan AsasKelayakan Selepas Kadar Tambahan
IBT yang mempunyaiRM2,500 dan ke bawah1-2RM1,500RM2,000
≥3RM2,000RM2,500
anak (tambahan RM500)RM2,501 – RM5,0001-2RM600RM1,100
≥3RM800RM1,300
Warga Emas yangRM2,500 dan ke bawah1-2RM1,500RM1,800
≥3RM2,000RM2,300
mempunyai
1-2RM600RM900
anak (tambahan RM300)RM2,501 – RM5,000
≥3RM800RM1,100

Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

 

kaedah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

 

BilPerkaraKaedah bayaran
i.Ada akaun bank:
•        Berjaya kreditKredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau

 

Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

•        Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

 

Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

ii.Tiada akaun bankTuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

 

Kemas kini maklumat akaun bank perlu

dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Anda boleh memuat naik maklumat lain di sini : https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BantuanKeluargaMalaysia_(BKM).pdf

Semoga perkongsian jadual tarikh pembayaran duit BKM ini memberikan manfaat kepada and semua.

6 thoughts on “Jadual Tarikh Pembayaran Duit BKM Fasa 4 2022 (Isi Rumah Dan Bujang)”

Leave a Comment