JADUAL PEMBAYARAN TARIKH DUIT I-CITRA KWSP 2021 MASUK BANK NOVEMBER
Mesti ramai yang memohon i-citra baru-baru ini. Kepada ahli KWSP yang telah berjaya memohon untuk pengeluaran i-citra mesti ingin mengetahui jadual pembayaran tarikh i-citra KWSP 2021. Untk itu, tarikh akan diberitahu selepas ahli KWSP membuat semakan status permohonan.
Tarikh permbayaran i-citra adalah bergantung kepada tarikh permohonan yang dibuat oleh ahli KWSP. Jadi, setelah pengeluaran dibuat, gunakan wang i-citra dengan sebaik mungkin mengikut keperluan anda.
Jadual Pembayaran Duit I-Citra KWSP Bulan November 2021
Bagi bulan November ini, bayaran akan dibuat secara berperingkat bermula 1 November 2021.
Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja, bergantung kepada prosedur bank masing-masing.
JADUAL TARIKH DAPAT DUIT I-CITRA KWSP 2021 BILA MASUK AKAUN BANK
Berikut adalah makluman tarikh pembayaran i-citra yang akan dikredikan ke dalam akaun anda berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh KWSP
Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pembayaran pertama i-citra adalah bermula pada bulan Ogos secara berperingkat.
Jadi, diharapkan semua pemohon bersabar untuk membuat pengeluaran i-citra. Jika ada kemaskini terbaharu akan kami update dari masa ke semasa. Untuk itu, lihat juga kesilapan mohon i-citra
SOALAN LAZIM
Bagaimanakah pembayaran i-Citra akan dibuat kepada ahli?
Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran i-Citra berjalan lancar.
- Akaun bank simpanan atau semasa.
- Akaun bank masih aktif.
- Akaun Bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).
Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online.
Bagaimanapun, pembayaran i-Citra melalui kaedah Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.
Bolehkah ahli membatalkan permohonan i-Citra?
Boleh. Ahli boleh membatalkan permohonan setelah diluluskan dan bayaran seterusnya akan dihentikan.
Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan duit i-Citra?
Ahli boleh menyemak status permohonan i-Citra melalui:
- Menu Semak Status Permohonan di i-Citra Online; atau
- Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Jika anda mempunyai maklumat dan pertanyaan lanjut, sila rujuk saluran berikut :
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
bayaran kedua i.citra xmsk2 lg dh nk msk bln 10 …dh serv apa mcm ni ada yg msk ada yg x msk apahal