PERMOHONAN BIASISWA BYSTT & YBSTAR SARAWAK

PERMOHONAN BIASISWA BYSTT & YBSTAR SARAWAK

BIASISWA BYSTT & YBSTAR SARAWAK

Berita gembira buat bakal mahasiswa daripada negeri Sarawak, terdapat banyak biasiswa yang ditawarkan buat anda semua. Yayasan Sarawak dan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman mempelawa calon-calon yang layak dan berpotensi untuk memohon penajaan Bias1swa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) dan Bias1swa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) untuk ambilan Sesi 2023/2024. Disini kami akan kongsikan cara permohonan dan syarat-syarat untuk memohon biasiswa tersebut.

 

Apa Itu Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT)

Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib adalah ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam jurusan Kursus STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik.

 

Apa Itu Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR)

Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman ditawarkan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam jurusan kursus selain daripada STEM.

 

Tarikh Permohonan Biasiswa BYSTT & YBSTAR Sarawak

Anda boleh mula membuat permohonan bermula sekarang sehingga 31 Mei 2023.

 

Syarat Permohonan Biasiswa BYSTT & YBSTAR Sarawak

Berikut adalah merupakan syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:

Syarat Asas

  1. Anak jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-dua sekali anak kelahiran Sarawak).
  2. Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara sepenuh masa di mana-mana Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf di dalam negara sahaja. Pemohon mesti telah menerima surat kemasukan ke institusi.
  3. Sedang atau akan mengikuti pengajian dalam kursus seperti yang disenaraikan secara sepenuh masa di mana-mana 10 Institut Pengajian Tinggi (IPT) terungguk di dunia. Pemohon mesti telah menerima surat kemasukan ke institusi.
  4. Untuk Ijazah Pertama, permohonan penajaan adalah di IPT dalam negara sahaja.
  5. Untuk Ijazah Lanjutan, permohonan penajaan adalah di IPT dalam negara dan luar negara (10 IPT terbaik dunia sahaja).

Syarat Khusus

i) Ijazah Pertama:

  • Pemohon mestilah memperoleh subjek Bahasa Melayu kepujian (kredit) dalam peperiksaan SPM dan yang setaraf dengannya.
  • Pemohon memperolehi CGPA/PNGK 3.00 dan ke atas bagi lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang setaraf dengannya/Diploma/Matrikulasi/Asasi/Foundation/A-Level dan yang setaraf dengannya.

ii) Ijazah Lanjutan

  • Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang sekurang-kurangnya Ijazah Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa Ijazah Pertama atau Sarjana.

iii) Kriteria Tambahan

  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
  • Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan.
  • Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepimpinan, kemahiran dan kreativiti.

 

Pemohon Tidak Layak Memohon Biasiswa BYSTT & YBSTAR Sarawak

Pemohon yang tidak layak memohon adalah seperti:

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi, Asasi Sains/Pra-Universiti/Foundation.
  3. Pelajar-pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.
  4. Pelajar-pelajar yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.
  5. Pelajar-pelajar yang tiada surat pelepasan/kelulusan majikan.

 

Dokumen Diperlukan

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. Salinan MyKad Pelajar dan MyKad Ibu Bapa
  2. Salinan Sijil Lahir Pelajar
  3. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti/ Institusi
  4. Salinan Keputusan Terkini Akademik (PNGK)
  5. Salinan Keputusan SPM (Bahasa Melayu hendaklah Kredit)
  6. Sijil KoKurikulum (KK) daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS). Sekiranya tiada, pemohon boleh memuatnaik 1 salinan sahaja, sama ada:
    • Pencapaian Tertinggi Kokurikulum; atau
    • Penyertaan Tertinggi; atau
    • Jawatan yang Disandang untuk setiap 4 ELEMEN di bawah ini, iaitu:
      • Sukan
      • Akademik
      • Kelab
      • Persatuan
  7. Salinan Slip Gaji Terkini/ Penyata Pencen/ Surat Pengesahan Gaji (bagi yang bekerja sendiri)

 

Cara Permohonan Biasiswa BYSTT & YBSTAR Sarawak

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara permohonan berikut:

  1. Layari laman web: https://yayasansarawak.org.my/my/tawaran-biasiswa-sesi-2023-2024/
  2. Di bahagian permohonan dalam talian, klik biasiswa yang diperlukan.
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik “Next.”
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik “Register.”
  5. Ikuti arahan selanjutnya dan buat permohonan.
  6. Sediakan dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan.
  7. Semua dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada:
    • Seksyen Bias1swa, Yayasan Sarawak,
      Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah,
      93050 Petra Jaya, Kuching.

 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bias1swa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Bias1swa Sarawak Tunku Abdul Rahman, sila hubungi Seksyen Bias1swa di talian (082) 441686.

Artikel lain : Permohonan Biasiswa Sarawak Energy

3 thoughts on “PERMOHONAN BIASISWA BYSTT & YBSTAR SARAWAK”

Leave a Comment