Senarai Barang Keperluan Sebelum Masuk Universiti (Pelajar Baru)

Senarai Barang Keperluan Sebelum Masuk Universiti (Pelajar Baru)

Barang Keperluan Masuk Universiti

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Anda pastinya gembira dan tidak sabar untuk menempuh alam mahasiswa.

Disebabkan kebanyakan pelajar agak keliru dan tertanya-tanya berkenaan barang yang perlu dan wajib dibawa untuk masuk ke universiti nanti, maka hari ini, kami akan menyenaraikan barang-barang keperluan dengan lengkap agar dapat memudahkan kalian semua nanti.

Persediaan Masuk Ke Universiti

1.Pengangkutan Dari Kampung Ke Universiti

Dapatkan maklumat mengenai pengangkutan pulang ke kampung halaman, terutamanya buat mereka yang pertama kali berjauhan dengan keluarga.

2. Pengurusan Kewangan

Untuk pelajar diploma mahupun ijazah, semak prosedur mengenai permohonan PTPTN dan bantuan pelajaran yang lain beserta dengan tarikh-tarikh penting untuk menghantar permohonan. Semasa minggu orientasi, mungkin aka nada taklimat mengenai kewangan. Jadi anda boleh bertanya dan fahamkan supaya urusan menjadi mudah. Ketahui hak sebagai seorang pelajar seperti zakat pelajar, bantuan kewangan dan sebagainya. Anda boleh memohon sendiri melalui pusat zakat negeri masing-masing.

Maklumat lanjut boelh berhubung dengan : https://upu.mohe.gov.my/

3.Sesuaikan Diri Di Kawasan Universiti

Semasa orientasi, para pelajar biasanya akan dibawa melawat kawasan kampus dan mengenali tempat-tempat penting untuk kemudahan pelbagai urusan. Selepas orientasi tamat, bolehlah ajak rakan-rakan sekelas yang baru kenal untuk melawat kawasan fakulti atau kenal kawasan dewan kuliah.

Barang Keperluan Wajib Masuk Universiti 

  • Salinan kad pengenalan pelajar
  • Salinan slip SPM pelajar
  • Surat tawaran kemasukan ke universiti
  • Semua jenis sijil yang dimiliki oleh pelajar
  • Slip penyata gaji ibu bapa
  • Salinan sijil tamat persekolahan pelajar
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akademik dan ko-kurikulum
  • Laporan pemeriksaan kesihatan / X-RAY
  • Gambar passport (4 keping ke atas)

*Simpan dalam fail untuk memudahkan kalian membawa dokumen ini ke sana sini*

Barang Keperluan Pakaian Masuk Universiti

  • Baju melayu, sampin etc [lelaki]
  • Baju kurung, jubah etc [perempuan] (bawa banyak baju kurung sebab masa MDS mmg akan pakai hari-hari, ikutlah OC suruh pakai apa)
  • T-shirt, kemeja lengan panjang/pendek
  • T-shirt lengan panjang colour putih [perempuan] (ni untuk MDS tau, sehelai dua je bawa, ikutlah OC suruh pakai bila)
  • Seluar – tracksuit, slack, jeans (jangan mengada nak yg ketat-ketat eh)
  • Kain batik [perempuan] & kain pelikat [lelaki]
  • Sweater/cardigan
  • Kain hitam dan baju kurung putih (untuk MDS)
  • Tudung hitam (masa aku MDS memang hari-hari wajib tudung hitam)
  • Variasi tudung ikut suka (uni kot, shawl, tudung bawal/kembong ke hape ke pakai je lah tapi jangan pakai untuk MDS)
  • Anak tudung
  • Anak-anak …….. , kain dalam etc
    *OC = Orientation Committee – Haa, ni kira fassi untuk orientasi. Senior-senior korang jugak lah sebenarnya
  • Kasut yang bertutup
  • Kasut sukan (masa aku MDS, memang kena pakai sport shoe)
  • Flip flop (untuk pergi toilet)
  • Sandal atau any footwear untuk jalan-jalan
  • Socks

Barang Keperluan Diri Masuk Universiti

  • Sabun mandi (seeloknya yg liquid lah)
  • Syampu
  • Pencuci muka (ikut suka, kalau pakai, bawaklah)
  • Ubat gigi & berus gigi
  • Baldi kecil ke bakul ke apa-apalah untuk letak toiletries
  • Baldi (penting ni)
  • Gayung
  • Bakul/baldi baju kotor
  • Sabun basuh baju (kalau bawa yg serbuk, hati-hatilah takut terabur ke apa)
  • Pelembut kain (pakailah, bagi lembut je kain tu hihi)
  • Hanger (Bawa banyak-banyak ye. hanger untuk jemur kain and gantung baju dalam locker. Tolong tulis nama!)
  • Sepit baju (Bawa banyak jugak and tulis nama!)
  • Hanger bulat kecil (untuk yg benda-benda kecik tu :P)

Barang Keperluan Masuk Kuliah Universiti

  • Test pad (bawak banyak-banyak sebab memang akan guna setiap masa)
  • Pens, pencils, liquid paper/correction tape, rulers, erasers, glue, scissor
  • Fail (senang nak combine notes so nak exam taklah meraba-raba cari notes)
  • A4 papers
  • Stapler
  • Penebuk lobbing
  • Paper clip

Barang Keperluan Dalam Bilik Universiti

  • Cadar and sarung bantal (bawaklah 2)
  • Bantal
  • Selimut/comforter
  • Tong sampah kecil
  • Alas kaki
  • Padlock (untuk locker)
  • Pewangi locker
  • Plastic bags
  • Jam loceng
  • Cermin kecil (suka hati)
  • Newspaper/kertas minyak/ape-ape yg boleh untuk alas dalam locker
  • Calendar
  • Kertas sampul hadiah nak tampal kat board
  • Alas meja untuk meja study
  • Laptop & charger
  • Handphone & charger & earphone & powerbank (kalau ada)
  • Pendrive
  • Iron (bawa sekali iron board kalau nak)
  • Heater (nak masak air)
  • Extension wire
  • Ubat-ubatan (kalau ada sakit)
  • Minyak gamat
  • Hansaplast plaster
  • Minyak angin
  • Deodorant (penting! :P)
  • Perfume
  • Cotton buds
  • Nail clipper
  • Sikat
  • Minyak rambut [lelaki]
  • Al-quran
  • Yassin
  • Telekung & sejadah [perempuan]
  • Kopiah/songkok & sejadah [lelaki]

 

Artikel Lain : Permohonan PTPTN Online

Leave a Comment