ELAUN SARA HIDUP JPA (Semak Tarikh Bayaran & Kadar Terbaru)

ELAUN SARA HIDUP JPA (Semak Tarikh Bayaran & Kadar Terbaru)

ELAUN SARA HIDUP JPA

Kepada para pelajar pemohon pinjaman biasiswa JPA, kini Kerajaan telah mengumumkan  Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dinaikkan. Disini kami akan kongsikan cara semakan kadar baharu dan tarikh bayaran melalui portal MySelf, semoga membantu.

 

APA ITU PORTAL MYSELF

MySELF (Malaysian Student Engagement Online Feed) adalah aplikasi atas talian yang disediakan khas kepada pelajar dan pegawai tajaan JPA untuk mengemaskini dan menguruskan maklumat tajaan mereka secara layan diri dengan menggunakan kaedah ‘Single Sign-On’.

 

TUJUAN ELAUN SARA HIDUP JPA DINAIKKAN

Berikut adalah merupakan tujuan ESH JPA dinaikkan adalah:

  • Langkah ini adalah sebahagian daripada keperihatinan yang serius dalam agenda pemerkasaan Bumiputera terutama kepada pelajar akan menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.
  • Kenaikan kadar ESH kepada pelajar dalam dan luar negara ini wajar selepas kadar elaun sedia ada telah diguna pakai dan terdapat keperluan untuk disemak semula.
  • Semakan semula ini adalah kerana peningkatan kos sara hidup dalam negara sejak 10 tahun lalu, yang diburukkan lagi oleh pandemik dan isu-isu lain yang melanda dunia.
  • Kenaikan elaun tersebut adalah bagi membantu mengurankan beban pembayaran rumah.

 

KADAR KENAIKKAN ESH JPA

Kadar elaun sara hidup bagi pelajar dan pegawai dalam negara tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam akan diseragamkan dan dinaikkan RM100 sebulan

 

SEMAKAN KADAR BAHARU ESH JPA

Penyeragaman dan kenaikan di semua peringkat pengajian itu akan menjadikan kadar elaun sara hidup tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam antara RM730 sehingga RM980 sebulan.

 

SEMAKAN TARIKH BAYARAN ELAUN SARA HIDUP JPA

Kepada pelajar dan pegawai tajaan JPA yang ingin membuat semakan tarikh pembayaran elaun, anda boleh membuat semakan melalui Portal MySelf dengan log masuk menggunakan eSILA-ID  dan kata laluan anda.

 

PERKHIDMATAN TERSEDIA PORTAL MYSELF

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:

  • Pengemaskinian Maklumat Peribadi & Perhubungan
  • Semakan Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Semakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Bil Tuntutan Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Status Senarai Hitam
  • Lapor Diri Atas Talian
  • Permohonan Penangguhan Kontrak
  • Permohonan Pertukaran Penjamin
  • Permohonan Elaun Tambahan
  • Permohonan Pelanjutan Pengajian

 

APA ITU eSILA-ID

eSILA-ID adalah ID bersepadu (Single Sign-On – SSO) yang digunakan oleh pelajar/pegawai tajaan JPA untuk log masuk aplikasi penajaan atas talian JPA dengan menggunakan MyKad atau Kad Pengenalan Polis/Tentera dan meliputi aplikasi seperti ePermohonan, eKeputusan, ePenawaran dan MySELF.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Elaun sara hidup JPA, anda boleh melayari website rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

ARTIKEL LAIN

JADUAL BAYARAN DUIT ELAUN MARA 2022(Semakan Tarikh Bila Masuk Bank)

Leave a Comment