CONTOH EMAIL PERMOHONAN KERJA (Cara Apply & Format )

CONTOH EMAIL PERMOHONAN KERJA (Cara Apply & Format )

CONTOH EMAIL PERMOHONAN KERJA

Dalam arus kecanggihan teknologi kini, pelbagai peluang pekerjaan di tawarkan secara atas talian. Ini memerlukan anda untuk memohon menerusi email dan kebanyakkan orang tidak mendapat sebarang jawapan sampai berbulan. Hal ini kerana, ada beberapa kesalahan yang anda lakukan semasa memohon pekerjaan tersebut melalui email tersebut.

Adalah penting untuk permohonan kerja yang dihantar melalui email perlu mengikut tertib bagi memastikan majikan yang menerima email tersebut berpuas hati dengan permohonan yang telah dilakukan.

Bukan mudah memohon kerja dengan hanya berbekalkan alamat email. Sebagai pemohon kerja, anda perlu tahu apakah isi penting yang sepatutnya anda tulis dalam email anda sebelum menghantar permohonan.

Kami akan bantu anda dengan menyediakan beberapa contoh email permohonan kerja yang mudah dan ringkas.

 

Apa Itu email?

email adalah singkatan perkataan daripada ‘mail elektronik’ yang mana maklumat digital dapat dikirim, diterima, diteruskan, dan disimpan menggunakan rangkaian telekomunikasi.

Fungsi email adalah sama seperti surat yang dihantar secara pos atau tidak.

Email merupakan medium paling penting dan pantas untuk menghantar sesuatu dokumen atau menghantar maklumat mengenai sesuatu perkara.

 

Cara Mohon Kerja Dengan Email

  1. Guna alamat email profesional

Pastikan alamat email anda tidak mempunyai perkataan yang pelik atau terlalu kebudak-budakan seperti [email protected] atau [email protected]. Email seperti ini akan menggambarkan anda sebagai tidak matang atau profesional. Sebaik-baiknya letaklah nama sebenar anda dalam alamat email tersebut.

  1. Tulis subjek email dengan jelas

Ramai yang tidak memberi cukup perhatian kepada subjek email. Sebenarnya inilah perkara utama yang menentukan sama ada bakal majikan akan buka email atau tidak. Jadi, anda perlu isi ruangan ini dengan tepat dan padat. Contoh subjek email yang menarik perhatian adalah “Permohonan kerja pelatih pengurusan”. Ini memberitahu bakal majikan tujuan email tersebut dan seterusnya membaca email anda.

  1. Mulakan dengan salam diikuti oleh nama penerima

Sebagai tanda hormat, mulakanlah email dengan salam sejahtera. Lebih baik lagi jika anda tulis nama bakal majikan atau pengurus HR. Ini menunjukkan anda serius dan telah melaksanakan kaji selidik terhadap syarikat tersebut.

  1. Pastikan isi kandungan ringkas dan jelas

Anda tak perlu tulis email yang panjang. Sebaliknya, anda hanya perlu tulis beberapa perenggan sahaja. Anda boleh jelaskan lebih lanjut dalam cover letter anda yang akan dilampirkan dalam email tersebut bersama resume profesional anda.

Sekiranya anda belum mempunyai email sendiri, anda boleh daftar di sini

Kesalahan Permohonan Kerja Dengan Email

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu elakkan apabila memohon kerja melalui email:

  • Rayuan yang berlebih-lebihan.Ini menunjukkan anda sangat terdesak atau desperate dan boleh menjejaskan gambaran positif dan profesionalisme anda.
  • Hanya melampirkan dokumen tanpa menulis penjelasan dalam email.Bakal majikan takkan endah untuk memuat turun lampiran jika isi kandungan email anda kosong. Ini menunjukkan anda seorang yang malas atau tidak mempunyai tahap kesopanan asas.
  • Melampirkan saiz dokumen terlampau besar.Bakal majikan anda mungkin sangat sibuk dan tidak mempunyai banyak masa. Jadi pastikan saiz dokumen itu kecil untuk memudahkan proses muat turun serta menjamin resume dan cover letter anda dibaca oleh bakal majikan.

 

Contoh Email Permohonan Kerja 1

 

Permohonan Kerja Pelatih Pengurusan

Selamat sejahtera Tuan/Puan [Nama],

Saya Izzati Ahmad berumur 23 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Malaya bulan Mei 2020 di mana saya telah menerima Ijazah BSc (Hons) Business Administration.

Saya ingin memohon jawatan yang Tuan/Puan tawarkan iaitu Pelatih Pengurusan. Saya boleh bermula dengan serta merta dan berharap untuk menyumbangkan kemahiran serta pengetahuan saya sekaligus mempelajari lebih lanjut tentang syarikat Tuan/Puan.

Dilampirkan adalah resume dan cover letter untuk pemerhatian dan penilaian Tuan/Puan. Saya harap untuk mendapat maklum balas dan dicalonkan untuk bertemuduga.

Sekian, terima kasih.

 

Contoh Email Permohonan Kerja 2

 

Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Perkara: Permohonan Jawatan Pembantu Pentadbiran

Merujuk perkara di atas, saya Ahmad Amran Faiz, berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Pentadbiran di syarikat Quest Publishing Sdn Bhd. Saya mengetahui mengenai kekosongan jawatan ini dari carian internet.

Untuk maklumat pihak tuan/puan, saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pentadbiran Sumber Manusia dari UiTM dan Diploma Komunikasi dari KUIS.

Saya boleh dihubungi melalui telefon +60123456789 atau melalui email untuk sebarang maklum balas mahupun pertanyaan daripada pihak Tuan/Puan Di sini saya sertakan resume dan salinan sijil saya untuk pemerhatian pihak Tuan/Puan.

Segala kerjasama daripada pihak Tuan/Puan, amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Contoh Email Permohonan Kerja 3

EMAIL PERMOHONAN KERJA

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel Lain : Cara Buat Tandatangan Dalam Email

Leave a Comment