eportal.felda.net.my:SEMAKAN HUTANG PENEROKA FELDA(Check Baki Pinjaman/Penghapusan Hutang)

eportal.felda.net.my:SEMAKAN HUTANG PENEROKA FELDA(Check Baki Pinjaman/Penghapusan Hutang)

eportal.felda.net.my

Pada Hari Peneroka FELDA pada 7 Julai 2021, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif bebanan pinjaman peneroka akan berkurang sebanyak purata 80% dan berbaki 20% diteruskan pembayaran oleh peneroka.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia akan dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status penyata Hutang peneroka FELDA?Ia dapat disemak melalui  melayari eportal.felda.net.my

APAKAH SYARAT PELUPUSAN HUTANG PENEROKA FELDA?

Berikut adalah Syarat Pelupusan Hutang FELDA:

  • Pelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM8.0 bilion, yang akan memberi manfaat kepada 92,441 orang peneroka (iaitu meliputi 82% dari keseluruhan 112,638 warga peneroka);
  • Pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM168 juta, melibatkan 52,180 peneroka (iaitu meliputi 46% warga peneroka);
  • Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai 2021, bernilai RM78 juta, melibatkan 38,043 peneroka (iaitu meliputi 34% warga peneroka); dan
  • Pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal sehingga 31 Disember 2019, berjumlah RM56 juta, yang akan dinikmati 6,711 orang peneroka (iaitu kira-kira 6% warga peneroka).

CHECK BAKI HUTANG PENEROKA FELDA ONLINE(Berapa Jumlah Hutang Dihapuskan)

Berikut adalah Cara membuat semakan penyata hutang dan jumlah penghapusan hutang FELDA secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal ePeneroka 
  2. Masukkan user ID & Kata Laluan *
  3. Tekan Home
  4. Tekan Statements
  5. Download file dan boleh buat semakan
  6. Peneroka boleh mula log in dan menyemak penyata hutang masing-masing.

NOTA: *Sila hubungi pejabat rancangan masing-masing bagi mendapatkan Kata Laluan tersebut.

ATAU

Peneroka Boleh Log In sendiri melalui portal di atas dengan menggunakan id dan password seperti di bawah :-

User id : *NO KP PENEROKA* (tanpa *-*)

Password : *[email protected]<4 digit terakhir no KP>* F mesti huruf besar.

Jika anda berminat untuk muat turun penyata bank, baca Bank Statement 

APAKAH KATA LALUAN EPENEROKA FELDA?

Berikut adalah contoh kata laluan peneroka FELDA:

User id : 670101114031

Password : [email protected]

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan maklumat lanjut & pertayaan tentang eportal.felda.net.my,sila hubungi:

Tel: 03 2191 2191

Faks: 03 2191 2590

Emel: [email protected]

FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Alamat:

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Menara FELDA,Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia.

*Sila hubungi Pejabat Rancangan anda jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah mengakses Portal ePeneroka.

Leave a Comment