ePrasekolah KPM (Cara Daftar Prasekolah 2024/2025 Online)
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ePrasekolah KPM. Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, pendaftaran boleh dibuat melalui 2 cara berikut:
- Secara Online: Melalui portal ePrasekolah KPM
- Secara Manual: Ambil Borang Permohonan Di Sekolah Yang Ingin Dimohon
Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara membuat pendaftaran online di portal tersebut.
Tarikh Daftar Prasekolah 2024/2025 Online ePrasekolah KPM
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2022 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai (Akan Dikemaskini Kemudian)
Syarat Permohonan Kemasukan Prasekolah 2024/2025
Syarat Permohonan Pendaftaran Prasekolah Online 2024/2025 adalah seperti berikut:
- Kanak-kanak yang merupakan warganegara Malaysia sahaja.
- Kanak-kanak yang layak memohon adalah lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja.
- Bagi pemilihan sekolah pula, pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja.
Cara Daftar Prasekolah KPM 2024/2025
Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Berikut adalah langkah membuat pendaftaran ePrasekolah KPM:
- Layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/.
- Klik butang ‘Daftar Pengguna.’
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan diikuti dengan klik butang ‘Log Masuk.’
- Klik bahagian ‘Permohonan.’
- Lengkapkan semua maklumat dan klik butang ‘Langkah 2’ atau seterusnya sehingga tamat.
- Klik kotak untuk pengesahan dan klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan.
- Pendaftaran Pengguna Selesai akan dipaparkan. Anda sudah boleh login untuk meneruskan urusan anda.
- Semak Keputusan Secara Dalam Talian
*Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif
Muat turun MANUAL PENGGUNA ePrasekolah KPM
Muat turun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa DI SINI.
Semakan Keputusan Permohonan
Setelah berjaya daftar prasekolah online, sila buat semakan melalui cara berikut:
- Secara Dalam Talian – Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai (Akan Dikemaskini Kemudian) (tertakluk kepada pindaan).
- Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon – Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai Akan Dikemaskini Kemudian) (tertakluk kepada pindaan).
Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;
- Menunggu Pengesahan → Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah/dokumen permohonan sedang disemak.
- Tidak Lengkap → Permohonan/dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
- Disahkan → Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
- Berjaya → Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
- Tidak Berjaya → Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
Rayuan Permohonan
- Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.
- Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.
- Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2021 (tertakluk kepada pindaan).
- Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan sila layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ ATAU kemukakan pertanyaan anda melalui email kepada Jabatan Pendidikan Negeri.
Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Online Sesi KPM