eProfiling KPT(Semakan Kelulusan Akademik & Haluan Kerjaya)

 eProfiling KPT(Semakan Kelulusan Akademik & Haluan Kerjaya)

 eProfiling KPT

Kementerian Pengajian Tinggi telah mewujudkan satu portal sehenti bagi graduan lepasan Institut Pengajian Tinggi untuk peluang kerjaya, program, dan tips meningkatkan kebolehpasaran graduan iaitu Portal Graduates Reference Hub for Employment and Training (GREaT).Kini anda boleh semak kelulusan akademik dalam negara terkini seseorang secara online hanya dengan memasukkan no. kad pengenalan di laman rasmi eProfiling KPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Selain itu, anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang minat serta kecenderungan kerjaya dengan menjawab beberapa soalan yang telah disediakan melalui laman web ini.

Apa Itu eProfiling

eProfiling adalah salah satu pautan menerusi GReaT (Graduates Reference Hub for Employment and Training), iaitu portal sehenti kepada graduan untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang kerjaya, program dan tips meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Melalui portal ini, graduan berpeluang untuk mengetahui pelbagai maklumat berikut:

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelulusan akademik dan haluan kerjaya melalui Portal eProfiling KPT.

Cara Semak Kelulusan Akademik eProfiling KPT

LANGKAH 1

Untuk membuat semakan kelulusan akademik dalam negara, anda boleh ke Portal GReaT KPT (https://great.mohe.gov.my/)dan tekan menu Mengetahui Minat Kerjaya

ATAU

Terus klik ke pautan:

https://eprofiling.mohe.gov.my/

LANGKAH 2

Sila isikan nombor kad pengenalan anda di ruang yang disediakan.

Keputusan carian akan dipaparkan.

Maklumat ini dipaparkan melalui Graduan SKPG iaitu, Kajian Pengesanan Graduan merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengetahui status pekerjaan setelah tamat pengajian. Di samping itu, kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan institusi pendidikan tinggi masing-masing.

Cara Semak Minat Dan Haluan Kerjaya

Untuk mengetahui haluan kerjaya / minat anda, anda boleh meneruskan Ujian personaliti dengan menekan butang hijau di bahagian bawah kanan pada paparan carian sebentar tadi.

Terdapat 3 bahagian yang perlu dijawab berdasarkan minat anda.

BAHAGIAN A : KESUKAAN

BAHAGIAN B : KECEKAPAN

BAHAGIAN C : PEKERJAAN

KEPUTUSAN

Keputusan anda akan dijana berdasarkan jawapan yang diberikan dalam 3 bahagian soalan tadi.

Anda akan dapat mengetahui inventori minat kerjaya dengan mendalam dengan klik pada bahagian BUKA.

Penerangan akan diberikan berdasarkan Gaya Individu serta Persekitaran Pekerjaan yang dipadankan dengan minat anda.

Melalui ujian ini, anda dapatkan membuat pilihan yang tepat tentang pemilihan bidang kerjaya atau pengkhususan pengajian anda nanti.

Selamat mencuba!

Maklumat Lanjut

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

03-88706000/03-88706809

ge[at]mohe.gov.my

Aras 3, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5 62200 W.P. Putrajaya

Artikel Lain : Permohonan Budi Sabah ( Bantuan IPT Sehingga RM2000)

Leave a Comment