eBELIA RAHMAH (Cara Tebus/Claim Guna TnG Boost TNG & Setel)

eBELIA RAHMAH (Cara Tebus/Claim Guna TnG Boost TNG & Setel)

eBELIA RAHMAH

Kepada para belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT), anda boleh membuat permohonan eBelia Rahmah yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan penebusan, semoga membantu.

 

APA ITU eBELIA RAHMAH

Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan. Program ini bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa. Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia, menerusi tawaran kredit  yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih

 

SYARAT KELAYAKAN eBELIA RAHMAH

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi penerima program ini iaitu:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
  • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal)

 

SENARAI PELAJAR IPT YANG LAYAK eBELIA RAHMAH

Berikut adalah merupakan senarai pelajar IPT yang layak bagi program ini iaitu pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):

  • Kementerian Pendidikan Tinggi;
  • Kementerian Pendidikan;
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
  • Kementerian Pertahanan;
  • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
  • Kementerian Belia dan Sukan;
  • Kementerian Sumber Manusia;
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

NOTA: Data pemohon akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan

 

TARIKH PERMOHONAN DAN PENEBUSAN eBELIA RAHMAH

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023,

 

CARA BAYARAN eBELIA RAHMAH

Belia yang layak akan meneri RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara one-off melalui salah satu daripada tiga penyedia  perkhidmatan eWallet.

 

eWALLET TERLIBAT eBELIA RAHMAH

Berikut adalah merupakan eWallet yang terlibat menerusi program ini iaitu:

  • Boost
  • Setel
  • Touch ‘n Go eWallet

 

CARA PERMOHONAN DAN PENEBUSAN eBELIA RAHMAH

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Penebusan kredit eBeliaRahmah boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
    1. Boost
    2.  Setel
    3. Touch ‘n Go eWallet
  2.  Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
  3. Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun
  4. Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari

Nota:

  • Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah
  • Penyedia perkhidmatan ewallet terlibat turut akan memberi insentif tambahan dalam bentuk baucer, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini

 

TEMPOH GUNA KREDIT eBELIA RAHMAH

Kredit yang ditebus serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023

 

CARA GUNA KREDIT KREDIT eBELIA RAHMAH

Anda boleh menggunakan kredit RM200 ini untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  • Pemindahan “peer-to-peer”;
  • Penebusan tunai;
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • Pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) eBELIA RAHMAH

Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk program ini?\

  • Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar

Saya merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, dan telah menamatkan pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak?

  • Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit ini, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.

Bilakah saya akan menerima insentif e-tunai daripada penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini?

Ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing berdasarkan polisi kempen yang ditawarkan. Sila rujuk maklumat kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “eBELIA RAHMAH (Cara Tebus/Claim Guna TnG Boost TNG & Setel)”

  1. Kawan saya sama umur dan pengajian berjaya dapat tapi kenapa saya tidak berjaya? saya memerlukan sama mcm mereka juga.

    Balas

Leave a Comment