FFM32 [LIVE] Festival Filem Malaysia 2022 & Senarai Finalis

FFM32 [LIVE] Festival Filem Malaysia 2022 & Senarai Finalis

FFM32 Festival Filem Malaysia

Peminat seni tanah air pastinya ternanti-nanti satu festival yang menjadi tumpuan ramai yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Satu FFM32 Festival Filem Malaysia bakal menjadi medan untuk menghargai sumbangan para anak seni.

Kami akan kongsikan serba sedikit info berkenaan festival tersebut dan menyediakan senarai finalis.

Apa Itu Festival Filem Malaysia

Festival Filem Malaysia yang bermula dari tahun 1980 adalah acara tahunan bertaraf nasional yang dianjurkan kerajaan melalui FINAS.

Tahun 2022 ini merupakan edisi festival ke-32.

Tema : FILEM KITA, CITRA KITA

Filem Malaysia adalah manifestasi jenama produk filem tempatan bermutu tinggi dan berkualiti dengan nilai identiti dan budaya nasional yang melahirkan impak globalisasi merentas sempadan

  • Mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan penggiat industri filem tanah air
  • Mengukuhkan jaringan dan kerjasama strategik di antara kerajaan dan pihak industri dengan pelaksanaan program-program yang mengangkat profesionalisme para penggiat industri filem tanah air
  • Usaha pembudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya-karya berkualiti seterusnya mewujudkan sistem sokongan kepada pemerkasaan industri

FFM Festival Filem Malaysia

Hos Dan Penyampai Anugerah FFM32

Dihoskan Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim, FFM32 akan diserikan dengan persembahan penyanyi hebat termasuk Siti Nordiana, Azlan & The Typewriters, Ernie Zakri, Datuk Zainal Abidin, Marsha, De Fam, Han Byul, Amir Masdi dan Hazama.

Antara penyampai anugerah pula ialah Maya Karin, Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Adrian Teh, Jasmine Suraya, Faizal Hussien, Hanis Zalikha, Ashraf Muslim, Namron, Fify Azmi, Sangeeta, Zul Ariffin dan Jason Chong.

Tarikh Dan Waktu FFM32 Festival Filem Malaysia 2022

Malam anugerah FFM32 akan berlangsung pada 2 Disember 2022 di Encore, Melaka jam 9.00 malam secara langsung di RTM TV2

Pada kemuncak anugerah itu yang berlangsung di Encore, Melaka, lebih 1,400 jemputan termasuk 250 artis tercalon serta 21 artis veteran dari Singapura dan tempatan bakal memeriahkan acara.

Persembahan

  • Siti Nordiana
  • Azlan & the Typewriters
  • Ernie Zakri
  • Zainal Abidin
  • Marsha
  • De Fam
  • Han Byul
  • Amir Masdi
  • Hazama

Penyampai Anugerah

  • YM Dato’ Sri Shah Rezza
  • Syafiq Yusof
  • Maya Karin
  • Ummi Nazeera
  • Liyana Jasmay
  • Azira Shafinaz
  • Hairul Azreen
  • Nadiya Nisaa
  • Fify Azmi
  • Tunku Mona Riza
  • Sharifah Aryana
  • Fabian Loo
  • Pauline Tan
  • Sangeeta Krishnasamy
  • Jasmine Suraya
  • Namron
  • Raja Mukhriz
  • Adrian Teh
  • Hanis Zalikha
  • Faizal Hussein
  • Zul Ariffin
  • Intan Ladyana
  • Nadhir Nasar
  • Farah Ahmad
  • Ashraf Muslim
  • Jason Chong

Siaran Langsung (LIVE Streaming)

Saksikan secara langsung Malam Anugerah FFM32 di TV2 pada jam 9.00 malam.

Tarikh : 2 Disember 2022 (Jumaat)

Masa : 9.00 – 12.00 Malam

Tempat : Encore, Melaka

Siaran Langsung : TV2, RTM

Pautan LIVE Streaming: https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2

Senarai Finalis FFM32 Festival Filem Malaysia Setiap Kategori

Bagi FFM 32 ini, filem Split Gravy arahan Datuk Zahim Al-Bakri meraih pencalonan terbanyak dengan 14 kategori.

Filem itu tercalon untuk kategori Rekaan Busana Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Wanita Harapan (Bernie Chan dan Joelah Charles) dan Pengarah Harapan.

Ia turut dicalonkan untuk kategori Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Juliana Ibrahim), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Datuk Zahim Albakri), Pelakon Wanita Terbaik (Bernie Chauly), dan Pelakon Lelaki Terbaik (Datuk Rahim Razali).

Mengikuti rapat adalah filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa dengan 13 pencalonan antaranya menerusi Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Pada sidang media pengumuman Top 5 pencalonan itu hari ini, pelakon Alicia Amin yang membintangi filem The Disappearance of Irdina Adhwa turut tercalon Pelakon Wanita Harapan.

Turut unggul dengan 10 pencalonan adalah filem berkisar pandemik iaitu Juang. Antaranya Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Izzue Islam), dan Pelakon Wanita Terbaik (Sangeeta).

Tidak ketinggalan, filem Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof pula mendapat sembilan pencalonan. Ia termasuk Penyunting Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Ozlyn), Pengarah Terbaik (Syafiq).

Kategori Dan Anugerah FFM32 Festival Filem Malaysia 

  1. Filem Terbaik
  2. Pengarah Terbaik
  3. Pelakon Lelaki Terbaik
  4. Pelakon Wanita Terbaik
  5. Skor Muzik Asal Terbaik
  6. Cerita Asal Terbaik
  7. Lakon Layar Terbaik
  8. Penyunting Terbaik
  9. Sinematografi Terbaik
  10. Penataan Bunyi Terbaik
  11. Anugerah Penggiat Belakang Tabir
  12. Anugerah Seniman Sepanjang Zaman
  13. Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman
  14. Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa
  15. Pengarah Harapan
  16. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  17. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  18. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
  19. Pelakon Wanita Harapan
  20. Pelakon Lelaki Harapan
  21. Lagu Tema Terbaik
  22. Rekaan Busana Terbaik
  23. Kesan Khas Visual Terbaik
  24. Penataan Seni Terbaik
  25. Poster Terbaik
  26. Tatarias Terbaik
  27. Anugerah Khas Juri 1
  28. Anugerah Khas Juri 2
  29. Anugerah Khas Juri 3
  30. Anugerah Filem Box Office
  31. Anugerah Filem Pendek Terbaik

 

SENARAI KEPUTUSAN PEMENANG ANUGERAH FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE32 (FFM32) TAHUN 2022

Berikut adalah merupakan senarai keputusan pemenang mengikut katagori iaitu:

KATAGORIPEMENANG
Filem TerbaikSpilt Gravy On Rice
Pengarah TerbaikRyon Lee Eng Keong – Small Town Heroes
Pelakon Lelaki TerbaikDato’ Adi Putra – Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan
Pelakon Wanita TerbaikTan Chui Mui – Barbarian Invasion
Skor Muzik Asal TerbaikSmall Town Heroes – Tan Yen Hue/ Tan Shin Hwa/ David Ngan Teck Wai
Cerita Asal TerbaikSmall Time Heroes – Ryon Lee Eng Keong
Lakon Layar TerbaikSpilt Gravy – Jit Murad/ Dato’ Zahim Albakri/ June Tan
Penyunting TerbaikSplit Gravy – Isazaly Isa/ A. Samad Hassan
Sinematografi TerbaiklaguSmall Town Heroes – Stephen Chua/ Jyh Shyan
Penataan Bunyi TerbaikAir Force The Movie: Selagi Bernyawa – Charlene Ong Chye Leng
Anugerah Khas Penggiat Belakang TabirAkma Suriati Awang
Anugerah Khas Seniman Sepanjang ZamanSeniman Mat Sentol
Anugerah Khas Seniwati Sepanjang ZamanSeniwati Dato’ Hajah Sarimah Ahmad
Anugerah Khas Juri Filem AntarabangsaRanah 3 Warna – PT. Mnc Pictures Indonesia
Pengarah HarapanDato’ Zahim Albakri – Spilt Gravy
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikBeto Kusyairy – Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikJuliana Ibrahim – Spilt Gravy
Pelakon Kanak-Kanak TerbaikPhua Chandler – Small Town Heroes
Pelakon Wanita HarapanLayla Sania Khairuzikri – Small Town Heroes
Pelakon Lelaki HarapanJaa Suzuran – Autumn In Wales
Lagu Tema TerbaikWira Hatiku – Lim Yee Chung (Juang)
Rekaan Busana TerbaikSpilt Gravy – Rosada Abdul Hamid
Kesan Khas Visual TerbaikAir Force The Movie: Selagi Bernyawa – Ma Chiau Ran/ Tan Ye Xuan/ Pau Tun Kai
Penataan Seni TerbaikSpilt Gravy – Raja Malek/ Wong Taysy
Poster TerbaikSmall Town Heroes – Tree Egg Plt
Tatarias TerbaikRasuk – Malya Artwork
Anugerah Khas Juri 1Juang
Anugerah Khas Juri 2Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan
Anugerah Khas Juri 3Air Force The Movie: Selagi Bernyawa
Anugerah Filem Box OfficeMat Kilau – Studio Kembara Sdn. Bhd.
Anugerah Filem Pendek TerbaikCan You Love Me Most? – Feisk Sdn. Bhd.

 

Artikel Lain : Senarai Finalis AJL 37

Leave a Comment