GEGAR VAGANZA 9 GV 2022 (Konsert LIVE & Markah Terkini & Harga Tiket)
Program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) kembali dengan musim kesembilan apabila program ini menampilkan 12 penyanyi solo dan sebuah kumpulan masyhur bersaing merebut kedudukan dan bakal berentap bagi merebut gelaran juara.
13 penyanyi yang bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini terdiri daripada lapan penyanyi solo lelaki, empat penyanyi solo wanita dan satu penyertaan berkumpulan.
TARIKH KONSERT GEGAR VAGANZA
GV 9 akan bersiaran daripada Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan turut disiarkan secara langsung mulai 18 September 2022, setiap hari Ahad pada jam 9.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan strim secara online menerusi Astro Go.
Sama seperti musim lalu apabila 3 juri tetap akan dikekalkan iaitu Datuk Ramli MS, wakil daripada Indonesia, Bunda Hetty Koes Endang dan juga Datuk Syafinaz Selamat.
Manakala pengacara akan ada sedikit perubahan apabila hanya Nabil Ahmad sahaja dikekalkan. Jihan Muse tidak akan kembali kerana baru sahaja bersalin dan Elly Mazlein bakal buat kemunculan sebagai penggantinya untuk musim kali ini.
KEDUDUKAN KONSERT GEGAR VAGANZA MINGGU PERTAMA
Jaclyn, 43 tahun, mendapat 88.4 peratus mata, dan sekali gus mendahului 12 peserta lain.
Di tempat kedua adalah naib juara One In A Million (Musim Kedua) dan juara Asian Wave di Shanghai, China, Shila Amzah (85 peratus) manakala tempat ketiga jatuh pada juara One In A Million (Musim Ketiga), Tomok (84.1 peratus).
Tempat keempat milik naib juara Malaysian Idol, Dina Nadzir (83.8 peratus) disusuli dengan finalis Akademi Fantasia 2 dan AF Megastar 2017, Bob Yusof (83.6 peratus), di tempat kelima.
Peserta Singapura Fuad Rahman yang menyanyikan lagu ‘hit’ beliau Bila Rindu berada di tangga ke-10 dengan markah 63.7 peratus manakala pelantun lagu Kaulah Segalanya, Hazrul Nizam pula menerima 56.2 peratus di tangga ke-13.
HADIAH GEGAR VAGANZA
Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi. Manakala Naib Juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing memenangi RM50,000 dan RM30,000 juga beserta trofi pertandingan.
musim baharu GV terus berusaha menampilkan peserta-peserta yang memiliki bakat luar biasa sebagai meneruskan kegemilangan musim-musim sebelum ini.
Astro sangat berbangga kerana dapat menarik perhatian nama-nama besar penyanyi tanah air untuk bertanding di sebuah platform yang sudah terbukti kemasyhurannya.
SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA 9 (GV 2022)
Berikut adalah merupakan senarai peserta GV 9:
- Shila Amzah
- Tomok
- Haida Hasnan
- VE
- Dina Nazir
- Roy Kapilla
- Fuad Rahmat
- Tom (MyStarz LG)
- Asheed Def Gab C
- Hasrul Nizam
- Bob Yusuf
- Jaclyn Victor
- Pat (Kumpulan Candy)
Menurut sumber-sumber terdekat, peserta pada tahun ini terdiri dari mereka yang mempunyai vokal yang hebat serta pernah bergelar juara untuk pertandingan yang lain.
SENARAI PENGKRITIK PROFESIONAL TETAP GV 9 (2022)
GV9 turut menyaksikan tiga pengkritik profesional tetap diumumkan terdiri daripada:
- Maestro terkenal, Datuk Ramli MS
- Biduanita dari Indonesia Hetty Koes Endang
- Guru vokal serta penyanyi Datuk Syafinaz Selamat.
PENGACARA GV 9 (2022)
- Nabil Ahmad dan bergandingan dengan Elly Mazlein.
TARIKH KONSERT PERTAMA GV 9 (2022)
Gegar Vaganza 9 akan menemui penonton bermula pada 18 September 2022, setiap hari Ahad, pukul 9 malam yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam
TONTON GEGAR VAGANZA 9 SECARA LIVE
Saksikan LIVE Gegar Vaganza melalui Youtube Astro Gempak setiap minggu
HARGA TIKET GV 9 (2022)
Untyk dapatkan tiket GV, anda perlu berhubung dengan FANS CLUB peserta masing-masing. GV kebiasannya bagi tiket melalui Fans Club tersebut. Jika dilihat pada promo, pihak GV tak maklumkan cara dapatkan tiket.
MARKAH TERKINI PESERTA GV 9 (2022)
Berikut adalah merupakan markah terkini:
MINGGU | MARKAH KESELURUAN PESERTA | PESERTA TERSINGKIR |
PERTAMA |
| Tiada Penyingkiran |
KEDUA |
| Roy Kapilla |
KETIGA |
| Haida Hasnan |
KEEMPAT |
| Tiada Penyingkiran |
KELIMA |
| Pat Candy Tersingkir |
KEENAM |
| Tiada Penyingkiran |
KETUJUH |
| Tom (MyStarz LG) |
KELAPAN |
| Tiada Penyingkiran |
KESEMBILAN (SUKU AKHIR) |
| Asheed Def Gab C |
KESEPULUH (SEPARUH AKHIR) |
| Dina Nadzir & Fuad Rahman |
KESEBELAS (AKHIR) |
| Juara: Jaclyn Victor |
SENARAI PEMENANG GV 9 (2022)
Berikut adalah merupakan Kedudukan Pemenang Dan Juara Gegar Vaganza 2022 Musim Ke-9 (GV9) iaitu:
KEDUDUKAN | PEMENANG | HADIAH |
Juara | Jaclyn Victor | RM100,000 |
Naib Juara | Bob Yusof | RM50,000 |
Ketiga | Shila Amzah | RM30,000 |
Keempat | Tomok | RM20,000 |
Kelima | V.E | RM15,000 |
Keenam | Hasrul Nizam | RM10,000 |
Nota: Setiap pemenang turut menerima hadiah sampingan daripada penaja dan juga trofi sumbangan Astro. |
Pemenang bagi anugerah lain adalah :
- Anugerah Next Level Digi : Jaclyn Victor (wang tunai RM5,000)
- Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak : Bob Yusof
- Bintang Memukau Adabi : Jaclyn Victor (wang tunai RM2,000 serta produk Adabi bernilai RM500)
SENARAI PESERTA YANG PERNAH BERGELAR JUARA GEGAR VAGANZA
Berikut adalah merupakan anda senarai perserta yang pernah menjadi juara Gegar Vaganza iaitu:
- Juara Gegar Vaganza Musim 1: Ayai [Illusi]
- Juara Gegar Vaganza Musim 2: Siti Nordiana
- Juara Gegar Vaganza Musim 3: Azharina
- Juara Gegar Vaganza Musim 4: Aishah
- Juara Gegar Vaganza Musim 5: Noryn Aziz
- Juara Gegar Vaganza Musim 6: Naqiu [Boboy] & Hady Mirza
- Juara Gegar Vaganza Musim 7: Cliff Umar
- Juara Gegar Vaganza Musim 8: Aliff Aziz
- Juara Gegar Vaganza Musim 9: Jaclyn Victor
Artikel Lain : Anugerah Industri Muzik 23