Harga Dan Tiket Masuk Genting Skyworlds (Senarai Permainan)

Harga Dan Tiket Masuk Genting Skyworlds (Senarai Permainan)

Genting Skyworlds

Taman Tema Genting SkyWorlds adalah taman tema yang paling dinantikan di Asia Tenggara, akan mula dibuka kepada orang ramai pada 8 Feb 2022.

Jangan lepaskan peluang untuk bawa keluarga anda menikmati kemeriahan dan keseronoakn di taman tema yang paling menarik di Malaysia.

Kami akan membantu anda dengan menyenaraikan harga tiket masuk ke Genting Skyworlds tersebut.

 

Tempah Tiket Tanpa Beratur Di Genting Skyworlds

Alibaba Cloud telah bekerjasama dengan Taman Tema Genting SkyWorlds untuk hasilkan teknologi Virtual Queue (VQ) Solution yang dikuasakan Kecerdasan Buatan (AI). Ia menggunakan teknologi awan untuk berikan pengalaman yang lancar kepada pengunjung agar dapat kunjungi semua tarikan yang ada tanpa perlu beratur panjang menunggu giliran

Jika anda rancang untuk ke Genting SkyWorlds dan mahu gunakan teknologi ini, anda perlu pastikan anda sudah muat turun aplikasi Genting SyWorlds terlebih dahulu sama ada di peranti android ataupun iOS.  Kemudian pautkan tiket masuk anda pada aplikasi ini, dengan imbas kod QR yang tertera.

 

Cara Tempahan Slot Tanpa Beratur

Anda perlu lakukan tempahan slot supaya anda tak perlu beratur lama menunggu giliran.

Pada halaman Attraction, anda boleh lihat peta dan semua permainan yang ada. Di situ juga anda boleh nampak masa menunggu untuk slot kosong seterusnya. Contoh saya nak main Independence Day: Defiance, saya hanya perlu pilih slot kosong dan lakukan tempahan. Sementara tunggu masa tarikan ini bermula, saya bolehlah isi masa dengan kunjungi tarikan yang lain dahulu. Yang penting ialah, anda perlu susun jadual anda dengan baik supaya anda boleh lawati semua kunjungan yang ada.

Genting Skyworlds

Setibanya di lokasi tarikan, anda perlu lalu di lorong khas untuk pengguna Virtual Queue (VQ), kemudian imbas kod QR yang ada pada aplikasi. Berdasarkan pengalaman saya, saya memang tak perlu beratur langsung untuk bermain dengan menggunakan sistem ini. Manakala pengunjung lain yang tidak menggunakan Virtual Queue (VQ), mereka memang perlu beratur panjang.

 

Harga Dan Tiket Masuk Ke Genting Skyworlds

Harga tiket penuh bagi tiket standard berharga RM189; kanak-kanak dengan ketinggian 90 sentimeter (cm) ke 110 cm dan warga emas/orang kelainan upaya (OKU) berharga RM161 dan percuma bagi kanak-kanak dengan ketinggian di bawah 90 cm.

Sebagai sebahagian daripada pembukaan awal, Genting SkyWorlds menawarkan diskaun 20 peratus daripada kadar yang disiarkan untuk tempahan mulai 8 Feb hingga 31 Mac 2022.

info lanjut anda boleh klik pautan ini

Genting Skyworlds

Cara Nak ke Genting Highlands

Kenderaan Sendiri

Kalau nak gerak dengan kenderaan sendiri boleh follow Google Map atau pun Wave ya. Kami lebih prefer Google Map. Anda boleh decide untuk terus drive sampai ke atas atau pun macam kami pergi baru baru ni, hanya perlu parking di bawah (Awana Skyway) dan naik Cable Car sahaja.

Terus Menuju Ke Awana Genting Skyway

Untuk naik kereta cable ada 2 station yang sepatutnya boleh naik. Iaitu Awana Skyway dan juga Genting Skyway.

Indoor Theme Park

Kenapa Taman Tema Genting ada dua kawasan? Sebab sesetengah permainan tidak sesuai diletakkan diluar walaupun pada suhu dingin. Jenis indoor mempunyai 4 tingkat yang terletak di dalam pusat membeli-belah First World Complex. Sangat luas dan bermacam-macam permainan yang ditawarkan

Jika anda perhatikan, ia seolah olah membawa penonton ke beberapa negara dalam satu bangunan. Ia dapat dilihat melalui jenis permainan yang disediakan seperti:

  • Carousel
  • Tour de Paris
  • Ferris Wheel
  • Venice Gondola
  • Monorail
  • Reindeer Cruiser
  • Euro Express
  • Genting Sky Venture

 

Hotel di Taman Tema Genting

Kalau di Genting ada dua pilihan untuk anda manginap, sama ada di atas atau di bawah.

Saya sendiri lebih selesa menginap di bawah, pergi 2 3 kali pun menginap di bawah sahaja. Di Hotel Seri Malaysia. Dan kalau nak naik atas, hanya perlu menuju ke Awana Skyway dalam 7 minit.

 

So, saya cadangkan kalau anda memang lebih selesa untuk menginap di bawah, atau pun mungkin hotel yang di atas sana sudah habis boleh jadikan Hotel Seri Malaysia antara pilihan terbaik untuk anda.

Selain daripada Hotel Seri Malaysia, ada beberapa lagi hotel yang OK untuk anda menginap di bawah, antaranya:

  1. Hotel Seri Malaysia
  2. Your Hotel
  3. Awana Hotel

Atau kalau memang nak menginap di atas, antara hotel yang patut anda jadikan pilihan ialah:

  1. Sudah semestinya First World Hotel
  2. ThemePark Hotel – rasanya ni hotel yang pertama siap di bina

Artikel lain: Senarai Cuti Sekolah 2022

3 thoughts on “Harga Dan Tiket Masuk Genting Skyworlds (Senarai Permainan)”

  1. Assalamualaikum tuan.. nak tanya Harga tiket tu dah Kira sekali permainan ke? Maksudnya setiap apa yg Kita masuk semua free kan..

    Balas

Leave a Comment