German-Malaysian Institute GMI (Permohonan Kemasukan Peringkat Diploma)

German-Malaysian Institute GMI (Permohonan Kemasukan Peringkat Diploma)

German-Malaysian Institute

Pelajar lepasan SPM digalakan memohon kemasukan peringkat diploma di GMI. Pelbagai jurusan yang berkaitan ditawarkan di institusi ini.

Pelbagai kelebihan dan manfaat yang bakal anda nikmati di German-Malaysian Institute GMI. Kami menyediakan panduan ringkas untuk membuat permohonan tersebut.

Apa Itu German-Malaysian Institute GMI 

GMI ialah Institut Pengajian Tinggi  yang ditubuhkan hasil kerjasama negara Jerman dan Malaysia pada tahun 1991 dan menawarkan pengajian berasaskan kejuruteraan kepada para pelajar.

Tarikh Permohonan Ke German-Malaysian Institute GMI 

kemasukan ke institusi ini bagi sesi September 2022, permohonan boleh dibuat sebelum 15 September 2022.

German-Malaysian Institute GMI

Kemudahan Di German-Malaysian Institute GMI 

Kemudahan dan manfaat yang disediakan di institusi ini adalah:

  • Tajaan MARA: Bantuan yuran pengajian dan duit poket sebanyak RM630 setiap bulan (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
  • Diskaun pembayaran balik sehingga 85% (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
  • Fasiliti lengkap dan menyeluruh seperti penginapan, kompleks sukan, surau, cafe dan keseluruhan persekitaran yang kondusif.
  • Berorientasikan Kemahiran TVET.
  • Lokasi strategik iaitu terletak di kawasan Multinational Company (MNC) dan mempunyai akses latihan industri yang lebih besar.
  • Diiktiraf MQA dan relevan kepada keperluan industri.
  • Kelengkapan pembelajaran, makmal, bengkel, mesin dan keseluruhan teknologi bertaraf industri.
  • Laluan pengajian ke peringkat ijazah lebih cerah samada di dalam dan luar negara.
  • Mudah mendapat pekerjaan.

Program Ditawarkan German-Malaysian Institute GMI 

Program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Mechatronics)
  • Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)
  • Diploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)

ii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management)
  • Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Design)
  • Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)

Syarat Kemasukan German-Malaysian Institute GMI 

Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat kemasukan dan memperoleh lebih 3 kredit termasuk:

  • Matematik.
  • Sains/mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal.
  • Satu subjek lain.
  • Lulus Bahasa Inggeris.

Cara Permohonan Ke German-Malaysian Institute GMI 

Permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://www.gmi.edu.my/sept-2022-intake/.
  2. Isi maklumat pada ruangan pendaftaran.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Klik butang “Hantar.”

Kelebihan Belajar Di GMI

  • Laluan Global
  • Pelajar yang melanjutkan pengajian ke GMI akan berpeluang untuk menyambung pengajian mengikut laluan pendidikan berterusan ke universiti di seluruh Jerman, Australia & UK.
  • Kos pengajian rendah
  • Di GMI, mereka menawarkan program teknologi kejuruteraan dengan kos pengajian yang paling berpatutan di Malaysia.
  • Kecekapan Kerja
  • Pelajar-pelajar  terdedah kepada pembangunan kompetensi pekerjaan dengan pembelajaran berasaskan pengeluaran masalah untuk memastikan mereka bersedia memasuki dunia pekerjaan kelak.
  • Sistem Pendidikan Jerman
  • GMI mengamalkan kerangka pendidikan & latihan teknikal mengikut acuan negara Jerman. Ini menyediakan pelajar dengan kelebihan dalam kemahiran yang unik

Anugerah dan Kedudukan

  • Pada tahun 2015, dianugerahkan selama dua tahun berturut-turut Penarafan 5-bintang dalam Sistem Penilaian Kualiti Malaysia untuk Kolej Swasta (MYQUEST) untuk 2012/2013 dan 2014/2015

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai kemasukan ke GMI, layari laman web https://www.gmi.edu.my/sept-2022-intake/

 

Artikel LAin : Permohonan Rayuan UPUONLINE

Leave a Comment