SENARAI CADANGAN HADIAH BERSARA (Sesuai Untuk Lelaki Perempuan)

SENARAI CADANGAN HADIAH BERSARA (Sesuai Untuk Lelaki Perempuan)

HADIAH BERSARA

Seperti kebiasaannya pada tiap-tiap tahun kemungkinan ada antara rakan-rakan sekerja satu jabatan anda yang akan bersara samaada persaraan wajib mahupun pilihan. Semestinya satu majlis persaraaan akan diadakan sebagai satu penghargaan kepada pesara tersebut.

Untuk menyerikan lagi majlis ini seharusnya ada slot penyampaian hadiah sebagai kenang-kenangan buat pesara tersebut. Jadi apakah jenis hadiah yang sesuai untuk diberikan? Disini kami kongsikan kepada anda senarai cadangan hadiah kepada rakan yang bersara, semoga membantu.

 

SENARAI CADANGAN HADIAH BERSARA

Berikut adalah merupakan antara senarai yang susuai diberikah sebagai hadiah:

  1. Jam Tangan
    • Jam tangan merupakan hadiah yang popular diberikan. Sebaiknya pilihlah jam yang bersesuaian dengan citarasa si pemakai.
  2. Al-Quran dan Buku
    • Salah satu hadiah yang wajib diberikan untuk mereka yang beragama Islam khususnya. Insya Allah ia akan memberi manfaat kepada mereka yang membacanya dan juga kepada pemberinya.
  3. Plak Persaraan:
    • Plak adalah sesuatu yang akan digunakan sebagai peringatan pada hari kerja seseorang. Mereka adalah hadiah persaraan yang terbaik yang boleh anda berikan kepada pekerja sebagai barang pameran yang hebat. Anda boleh menambah tarikh hari bekerja pertama dan terakhir orang.
  4. Sejadah / telekung
    • Hadiah bentuk ini sangat sesuai kerana kebanyakan mereka akan memanfaatkan pemberian ini untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Antara lain bentuk ini adalah seperti kopiah, tasbih, kain pelikat dan sebagainya
  5. Bunga dan Coklat
    • Hadiah bentuk ini adalah antara hadiah yang popular dan pasti disukai oleh semua. Bunga dan coklat adalah simbol penghargaan. Ia sesuai untuk lelaki dan perempuan.
  6. Minyak Wangi
    • Salah satu hadiah yang paling banyak diberikan. Hadiah ini pasti sangat dihargai kerana meninggalkan bau yang harum kepada penerimanya
  7. Bantal
    • Hadiah bantal kelihatan aneh tetapi ia amat sesuai kerana ia pasti akan digunakan, bantal berkualiti Premium disarankan.
  8. Barang Elektrik
    • Barang elektrik juga selalu diberikan, tetapi ianya kurang popular, namun menjadi masalah kerana ia juga boleh digunakan.
  9. Frame Ayat Al-Quran
    • Hadiah ini juga agak popular dalam bajet sederhana. Biasanya, frame tersebut merupakan frame hiasan yang terdapat tulisan ayat-ayat al-Quran atau doa.
  10. Toto
    • Toto juga satu idea yang menarik, walaupun pasti dia sudah ada banyak toto, namun ia masih menjadi keperluan untuk mereka di rumah.
  11. Pakej Pelancongan
    • Hadiah ini memang sesuai untuk mereka yang bersara, masa yang ada mereka mahu berehat mencari ketenangan, apa kata beri mereka hadiah ini, taja mereka tiket penginapan di hotel-hotel yang bersesuaian mengikut bajet anda.
  12. Dompet atau Handbag
    • Dompet atau Beg Tangan ini boleh dijadikan hadiah dan harus dibeli mengikut kesesuaian dan cita rasa orang yang mahu diberi.
  13. Frame Gambar Kenangan Bersama
    • Ini adalah waktu yang terbaik jika anda ingin menghadiahkan gambar kenangan bersama rakan-rakan. Anda boleh hadiahkan dalam bentuk plak atau frame kecil. Sudah tentu beliau akan sentiasa mengingati anda walaupun anda setelah persaraan mereka.

 

SENARAI HADIAH BERSARA UNTUK PEREMPUAN

Sekiranya yang akan bersara nanti adalah perempuan, berikut adalah merupakan senarai cadangan hadiah:

  1. Peralatan Memasak
    • Sekrianya rakan anda yang suka memasak, apa kata anda hadiahkan mereka peralatan memasak yang berkualiti tinggi, sama ada periuk atau kuali yang premium.
  2. Barang Kemas
    • Ia satu hadiah yang sangat bernilai dan disukai golongan wanita.
  3. Perhiasan Persaraan:
    • Hadaiah perhiasan seperti kalung yang indah, kerosang, mutiara atau sebagainya

 

SENARAI HADIAH BERSARA UNTUK LELAKI

Sekiranya yang akan bersara nanti adalah lelaki, berikut adalah merupakan senarai cadangan hadiah:

  1. Set Memancing
    • Hadiah ini sesuai untuk mereka yang kaki pancing. Walaupun dah bersara, hobi memancing ini tetap akan diteruskan di masa lapang mereka.
  2. Set Perkebunan
    • Banyak orang mengambil berkebun dalam masa lapang mereka. Oleh itu, memberi hadiah kepada seseorang alat berkebun dengan kerusi dilipat adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

Leave a Comment