Tema Konsep & Logo Hari Kebangsaan 2022
Tanggal 31 Ogos setiap tahun menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Tarikh tersebut menjadi satu kebanggaan buat semua rakyat. Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu tema serta logo hari kebangsaan untuk tahun 2022.
‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia. Ia diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa hari ini.
Apa Itu Logo Hari Kebangsaan
Logo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan Internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat. Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.
Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022
‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia.
KELUARGA MALAYSIA
Merujuk kepada masyarakat hidup aman damai & bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
TEGUH – bermaksud kukuh, kuat dan erat
BERSAMA – membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan
TEGUH BERSAMA
Kekuatan & kesepaduan dicapai secara kolektif serta mampan
Konsep & Rasional
Konsep logo Hari Kebangsaan tahun 2022 ini adalah jalur liputan internet yang melambangkan pembangunaun infrastruktur, sistem komunikasi dan pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk rakyat.
Berikut dikongsikan maksud logo Hari Merdeka 2022 :
- TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNING
Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.
- TITIK MERAH
Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.
- KEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELI
Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.
Logo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan Internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.
Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.
Maklumat Lanjut
Bahagian Media dan Komunikasi Korporat
Jabatan Penerangan Malaysia
Aras 10, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.
Telefon : 03-8911 7381
Fax : 03-8911 7544 / 7525
Email : [email protected]
Sumber: http://merdeka360.my/
Artikel lain : Senarai Lirik Lagu Patriotik Sempena Hari Kemerdekaan