HLP Separa Biasiswa (Permohonan Pengajian Sarjana & PhD Separuh Masa PPPT)

HLP Separa Biasiswa (Permohonan Pengajian Sarjana & PhD Separuh Masa PPPT)HLP Separa Biasiswa

Kementerian Pengajian Tinggi telah menawarkan Hadiah Latihan Perkhidmatan separa biasiswa kepada yang layak.

Untuk makluman, skim HLP Separa Biasiswa ini ditawarkan oleh KPT kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang sedang mengikuti pengajian secara SEPARUH MASA di peringkat Sarjana dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara.

Tarikh Permohonan HLP Separa Biasiswa

Permohonan boleh mula dibuat pada 25 Ogos sehingga 8 September 2022

HLP Separa Biasiswa

Syarat Permohonan HLP Separa Biasiswa

Syarat umum yang ditetapkan bagi penajaan ini adalah pegawai-pegawai yang ingin memohon hendaklah mempunyai:

  • Pengetahuan
  • Kemahiran
  • Pengalaman
  • Minat
  • Perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
  • Mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

Syarat Khusus

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

  1. Pada 31 Disember 2021, pegawai mestilah berumur tidak lebih daripada 45 tahun bagi pengajian peringkat kedoktoran (Ph.D) dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan.
  3. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) (gred 41 dan ke atas dan lantikan selewat-lewatnya 1 Jun 2020) pada tarikh tutup permohonan.
  4. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun skim perkhidmatan terkini secara berturutturut (2018, 2019 & 2020). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat PhD (pencapaian CGPA minimum 2.5).
  6. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
  7. Telah menerima tawaran dan memulakan pengajian di peringkat Sarjana atau Ph.D pada Tahun 2021 secara separuh masa di mana-mana IPTA tempatan, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas atau Universiti Tenaga Nasional; atau
  8. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau Ph.D pada Tahun 2021 secara separuh masa di mana-mana IPTA tempatan, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas atau Universiti Tenaga Nasional dengan syarat masih mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 3 semester pada September 2021.
  9. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan;
  10. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada mana-mana badan penaja lain.
  11. Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan.
  12. Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman PTPTN atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
  13. Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah.
  14. Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal) dan hendaklah dimuatnaik ke dalam sistem permohonan. Kulit depan kertas cadangan hendaklah mematuhi format seperti yang telah disediakan.

Cara Permohonan HLP Separa Biasiswa

Permohonan penajaan ini boleh dibuat menerusi pautan berikut iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php.

Permohonan adalah dianggap lengkap dan telah dihantar apabila pemohon menekan butang ’Sah & Hantar’ pada paparan yang disediakan.

Dokumen Yang Diperlukan

Permohon juga perlu melampirkan dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan:

  1. Gambar berukuran pasport.
  2. Rancangan Penyelidikan (proposal) yang disahkan Ketua Jabatan/Penyelia.
  3. Transkrip Ijazah Pertama/Sarjana ATAU keduaduanya (disahkan).
  4. Lampiran Senarai Tugas Terkini (disahkan).
  5. Borang Perakuan Ketua Jabatan.
  6. Surat Tawaran Universiti.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa ini, sila layari https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index.php.

Artikel lain : Permohonan HLP Pendidik

Leave a Comment