HLP 2024 (Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Sarjana & PhD)

HLP 2024 (Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Sarjana & PhD)

HLP

Permohonan HLP 2024. Sukacita Jabatan ini mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat untuk menyambung pengajian untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi pengajian Sarjana dan Kedoktoran PHD untuk tahun 2024.

 

Apa Itu HLP

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ialah program penajaan dan cuti bergaji penuh kepada pegawai-pegawai kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi mengikuti pengajian ijazah lanjutan secara sepenuh masa sama ada Sarjana atau PhD di IPT dalam dan luar negara.

Untuk melayakkan pegawai ini mendapatkan penajaan ini, mereka perlu mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

 

Peringkat Pengajian HLP

Terdapat 2 peringkat pengajian ditawarkan bagi iaitu:

  • PhD: Untuk universiti luar dan dalam negara.
  • Sarjana: Untuk universiti luar dan dalam negara.

 

Institusi Pengajian HLP

Institusi pengajian yang layak memohon penajaan ini adalah seperti berikut:

  • Luar Negara
    • Senarai Type A dan Type B di dalam Top Global Universities (The Top Global University Project) bagi pengajian di Jepun.
    • Senarai kedudukan 100 teratas secara keseluruhan dalam The Times Higher Education (THE) World University Rankings; atau
    • Senarai kedudukan 100 teratas secara keseluruhan dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings.
  • Dalam Negara
    • Senarai institusi pengajian tinggi yang ditetapkan oleh JPA yang merangkumi semua Universiti Awam (UA), Universiti Berkaitan Kerajaan (Government Linked University- GLU), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
    • IPTS yang dimaksudkan adalah yang menerima rating 5 atau 6 bintang di dalam Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

 

Syarat Permohonan HLP

Berikut adalah  merupakan syarat bagi permohonan hadiah Latihan Persekutuan iaitu:

Syarat umum 

  1. Pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan (kecuali badan berkanun yang telah diasingkan sistem saraannya sama ada dibebaskan atau tidak dibebaskan);
  2. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada 1 Januari 2023.
  3. Mencapai purata markah minimum Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% bagi tempoh tiga tahun terakhir berturut-turut (sebelum tahun penawaran) dalam skim perkhidmatan terkini. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  4. Pegawai berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana pada 1 Januari 2024.
  5. Tempoh perkhidmatan minimum pegawai dalam kumpulan P&P pada 1 Januari 2023 adalah seperti berikut:
    • Ijazah Sarjana: 8 tahun ke atas
    • Ijazah Kedoktoran: 9 tahun ke atas
  6. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus seperti berikut:
    • Lebih daripada 12 bulan: Tempoh menunggu 2 tahun
    • Lebih daripada 3 bulan dan kurang daripada 12 bulan: Tempoh menunggu 1 tahun
  7. Permohonan disokong oleh Ketua Jabatan dan diperakui oleh Ketua Perkhidmatan/Pegawai Pengawal melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing.
  8. Bebas daripada sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib/dakwaan mahkamah.
  9. Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA.
  10. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini.
  11. Bebas daripada sebarang penyakit kronik.

Syarat Khusus

  1. Pegawai yang memohon HLP JPA untuk pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Dalam bidang pengajian Ekonomi, Undang-undang, Seni Bina, Kaunseling dan Psikologi hendaklah mempunyai latar belakang akademik di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang-bidang tersebut.
  2. Pegawai hanya dibenarkan memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana yang menawarkan pengajian tanpa perlu mengikuti kursus pra syarat.
  3. Masih belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada di luar atau dalam negara; atau
  4. Telah mendapat tempat pengajian tetapi belum memulakan pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi sama ada di luar atau dalam negara; atau
  5. Bagi calon Ijazah Kedoktoran sahaja – telah memulakan pengajian pada tahun penawaran dibuka dengan syarat perlu memohon penangguhan pengajian daripada universiti bagi mengikuti Kursus Persediaan Ijazah Kedoktoran yang ditetapkan JPA.
  6. Bidang pengajian yang dibenarkan di bawah program HLP Sesi 2024 mengikut skim perkhidmatan.
  7. Menyediakan Kertas Cadangan Penyelidikan/ Pengajian (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) dan menyediakan penyataan ringkas berhubung sumbangan pegawai kepada organisasi.

 

Tarikh Permohonan HLP

Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan mulai 23 Mei 2023 sehingga 23 Jun 2023 secara atas talian.

 

Cara Permohonan HLP

Permohonan tajaan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://epermohonanhlp.jpa.gov.my/login.
  2. Klik di bahagian ‘Daftar’ bagi pendaftaran kali pertama.
  3. Masukkan maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
  4. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
  6. Hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

 

Tarikh Semakan Permohonan HLP 2024

Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2024 boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my mulai (akan dekemaskini kemudian)

 

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai HLP 2024, sila hubungi Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di talian 03–8885 3053/3571 atau email ke [email protected].

Artikel Lain : Permohonan Penajaan Kumpulan Pelaksana JPA

2 thoughts on “HLP 2024 (Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Sarjana & PhD)”

Leave a Comment