LOGIN IDME KPM (Sistem Pengurusan IDentiti MOEIS)
Kepada semua warga KPM, kini KPM telah mewujudkans atu sistem yang dikenali sebagai Sistem Bersepadu KPM (MOEIS). Tetapi untuk penggunaan sistem ini, warga KPM seharusnya mendaftar di dalam Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) untuk mendapatkan ID pengguna individu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk mendaftar di idMe, semoga membantu.
APA ITU SISTEM BERSEPADU KPM (MOEIS)
Salah satu daripada inisiatif ICT yang telah digariskan dalam ITP KPM ialah pelaksanaan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) yang meliputi pembangunan semula sistem yang bersepadu merangkumi sistem pengurusan murid, guru dan institusi pendidikan. Setiap pengguna MOEIS perlu mempunyai ID pengguna secara individu.
APA ITU SISTEM PENGURUSAN IDENTITI (IDME)
Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) akan menjadi repositori utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.
Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem. Komponen ini ialah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.
KENAPA PERLU DAPATKAN ID PENGGUNA INDIVIDU
Setiap pengguna bagi MOEIS perlu mempunyai ID pengguna secara individu. Atas faktor keselamatan serta untuk mengelakkan penyalahgunaan ID pengguna, penggunaan bersama atau berkongsi ID tidak lagi dibenarkan.
SISTEM YANG BOLEH DIAKSES MELALUI IDME
Berikut adalah merupakan antara sistem yang boleh diakses melalui idMe iaitu:
- Pengurusan Awam
- Pengurusan Murid
- Pengurusan Institusi
- Pengurusan Pentaksiran
- Pengurusan Guru
- Penubuhan dan Pendaftaran Institusi
CARA DAFTAR IDME (Pengguna MOEIS Kali Pertama)
Untuk Mengakses MOEIS, seharusnya anda membuat pendaftar IDMS/idMe terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari website Sistem Pengurusan IDentiti
- Pada paparan utama, klik pada Daftar Baru.
- Isikan semua maklumat di ruangan yang disediakan. Maklumat yang bertanda wajib untuk diisi. Pastikan email guna email yg aktif/DELIMA
- Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan.
- Klik butang Daftar untuk menghantar maklumat pengguna atau klik butang Reset untuk reset semula maklumat pengguna.
- Pengguna yang berjaya daftar perlu menyemak e-mel untuk dapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata lalauan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baharu.
CARA AKFIFKAN IDME
Setelah anda menerima kata lalaun sementara, berikut adalah merupakan cara pengaktifan iaitu:
Klik pada email Pentadbir idME
- Layari website Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) https://idme.moe.gov.my/login
- klik apda pautan pengaktifan akaun pengguna
- Masukkan semula no ic di muka depan idme dan klik daftar masuk
- Semak kata kunci dan klik ya
- Masukkan kata laluan sementara dan klik daftar terus masuk dashboard idme
- Ciptakan kata laluan anda yang baru dan klik submit
- Daftar masuk semula dengan kata laluan yang baru
- Selesai, anda boleh akses ke akaun anda
CARA LOGIN IDME
Setelah proses pendaftaran berjaya, berikut adlaah merupakan cara log masuk ke sistem ini iaitu:
- Layari website Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)
- Pada menu utama masukan ID pengguna dan klik butang Daftar Masuk
- Klik checkbox pada kotak tersebut dan masukkan kata laluan di medan yang disediakan
- Klik butang Daftar Masuk
CARA TUKAR KATA LALUAN IDME
Bagi pengguna yang terlupa kata laluan, berikut adalah cara untuk reset kembali iaitu:
- Layari website Sistem Pengurusan IDentiti (idMe)
- Pada menu utama klik pada Lupa Kata Lalaun
- Seterusnya, masukkan alamat e-mel yang sah di medan yang disediakan.
- Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang Hantar Tetapan.
- Anda akan mendapat e-mel untuk penetapan semula kata laluan. Klik butang “Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna.”
- Semestinya masukkan maklumat e-mel, nombor kad pengenalan, kata laluan dan sahkan kata laluan.
- Masukkan captcha bertulis di ruangan yang disediakan dan klik butang “Menetapkan Semula Kata Laluan” untuk teruskan proses.
CARA GUNA IDME KPM
Untuk melihat panduan lengkap cara menggunakan sistem ini mengikut aktiviti, anda boleh klik pada pautan di bawah:
- Pengenalan Sistem idMe
- Manual Pengguna Tetapan Murid
- Manual Pengguna Tetapan Kelas
- Manual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Peristiwa
- Manual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Gantian
- Manual Pengguna Pengesahan Bulanan
- Manual Pengguna Penetapan Mata Pelajaran Kelas
- Manual Pengguna Penetapan Guru Mata Pelajaran
- Manual Pengguna Penetapan Mata Pelajaran Murid
- Manual Pengguna Padam Murid
- Manual Pengguna Mendaftar Akaun Baharu
- Manual Pengguna Selenggara Kurikulum Institusi
- Manual Pengguna Analisis DLP
- Manual Pengguna Analisis MP
- Manual Pengguna Analisis STEM
- Manual Pengguna Daftar Murid
- Manual Pengguna Kehadiran Murid
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang bantuan tentang Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) Dan Pendaftaran idMe, anda boleh merujuk pada saluran berikut:
- Tel : 03-88843501
ARTIKEL LAIN
LOGIN eOPERASI KPM GURU(Kemaskini di eoperasi.moe.gov.my)
tidak dapat email daripada idme kpm.
No telefon tidak dapat dihubungi
emel yang dihantar tidak dibalas