Permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara JPA

Permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara JPA

Ijazah Luar Negara

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar cemerlang lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Persediaan untuk menyambung pelajaran bagi pengajian Ijazah Pertama dalam bidangbidang yang dikenal pasti di universiti-universiti terkemuka dunia dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).Kami akan membantu anda dengan menyediakan panduan cara membuat permohonan Ijazah Luar Negara JPA PPC JPA ini dengan mudah dan berkesan.

Apa Itu Program Khas Ijazah Luar Negara JPA

Bentuk penajaan bagi Program Khas Ijazah Luar Negara ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian di dalam pengajian.

Tarikh Permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara JPA

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian yang akan dibuka mulai 15 Julai 2022, 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022, 5.00 petang.

Ijazah Luar Negara JPA

Tarikh Keputusan Permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara JPA

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA https://esilav2.jpa.gov.my pada minggu ke-2 bulan September 2022. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA. Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Syarat Permohonan Program Khas Ijazah Luar Negara JPA

Syarat Umum

Syarat umum bagi permohonan program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lulus pemeriksaan kesihatan.
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  5. Tamat pengajian program persediaan yang dikenal pasti (rujuk perincian di perenggan 2.2) pada tahun 2022 dengan keputusan minimum yang ditetapkan.
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (atau 23 tahun bagi pelajar peralihan).
  7. Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/tanpa syarat daripada universiti untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa.
  8. Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022.

Syarat Khusus

Syarat khusus yang meliputi syarat akademik minimum adalah seperti:

  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM): minimum Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.50/4.00
  • Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): minimum PNGK 3.50/4.00.
  • A-Level dari pusat/kolej persediaan/IPTS tempatan: minimum 14/15 mata (tanpa C)
  • International Baccalaureate Diploma Programme (IB) dari pusat/kolej persediaan/IPTS tempatan: minimum 35/45 mata.

Tempat Pengajian Yang Ditawarkan

Program ini hanya layak untuk pengajian di universiti-universiti terkemuka dunia di ranking Top 100 dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings, Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, atau Academic Ranking of World Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti, di negara-negara yang dikenal pasti sahaja.

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Bidang pengajian yang ditawarkan menerusi penajaan ini adalah di dalam bidang Kejuruteraan dan Sains & Teknologi yang seiring Dasar Sains, Teknologi dan Industri Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation and Economy (MySTIE) Framework iaitu bidang teknologi teras (DeepTech) seperti:

  • Kecerdasan buatan (Artificial Intelligence)
  • Internet of Things (IOT)
  • Blockchain
  • Bahan dan teknologi termaju (Advanced Material)
  • Analitik data raya (Big Data Analytic)
  • Ekonomi hijau (Green Economy) yang melibatkan sektor-sektor utama seperti pembinaan, gunatenaga, pertanian dan pengangkutan.

Bidang Pengajian Tidak Ditaja

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti:

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Pendidikan
  • Kejururawatan
  • Kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certified in Legal Practice (CLP)

Mekanisme Perjanjian Pinjaman

Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut 4 keadaan PBU seperti berikut:

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian.
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan penajaan ini boleh dibuat secara online di laman web iaitu https://esilav2.jpa.gov.my selama 10 hari mulai 15 Julai 2022 (Jumaat) jam 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang.

Info Lanjut

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 03-8885 3297 mulai 18 sehingga 22 Julai 2022 (5 hari) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang.

Calon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel [email protected] (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja)

Artikel lain : Biasiswa Ijazah sarjana muda pendidikan

Leave a Comment