Koleksi Ucapan Terkini Selamat Tahun Baru Cina 2024 CNY

Koleksi Ucapan Terkini Selamat Tahun Baru Cina CNY

Ucapan Tahun Baru Cina

Tidak lama lagi bangsa tioghoa di negara kita akan menyambut Tahun Baru Cina. Kerajaan telah memperuntukan cuti sempena sambutan perayaan tersebut.Sekiranya anda mempunyai keluarga serta kenalan berbangsa cina, kami menyediakan beberapa contoh ucapan selamat tahun baru cina untuk digunakan.

Apa Itu Selamat Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.

Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).

12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri.

Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar bagi mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.

Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat masih muda. Tradisi ini bermaksud kebahagian yang berpanjangan.

Sepanjang perayaan ini, tarian singa akan dimainkan dari rumah ke rumah untuk memberi berkat serta kesejahteraan kepada keluarga penganut.

Info lanjut : https://www.kkmm.gov.my/en/foto/65-bahankpkk/dokumen/511-tahun-baru-cina

Larangan Semasa Tahun Baru Cina

Masyarakat cina percaya beberapa larangan perlu diamalkan ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Antaranya ialah;

  1. Mengambil ubat pada hari pertama tahun lunar bermakna mereka akan mengalami kemudaratan kesakitan bagi tahun itu.
  2. Bubur tidak boleh dimakan, kerana ia dianggap bahawa hanya orang miskin mampu makan bubur untuk sarapan.Penganut Buddha tidak mahu memulakan tahun baharu dengan makanan yang ‘miskin’ kerana ini dianggap sebagai satu petanda yang tidak baik.
  3. Masyarakat Cina tidak akan mencuci pakaian pada hari pertama dan kedua perayaan, kerana kedua-dua hari dirayakan sebagai hari lahir Shuishen (Tuhan Air).
  4. Rambut tidak boleh dibasuh pada hari pertama tahun lunar. Dalam bahasa Cina, rambut mempunyai sebutan yang sama dan watak sebagai ‘fa fa cai’, yang bermaksud ‘untuk menjadi kaya’. Oleh itu, ia dilihat sebagai satu perkara yang tidak baik untuk “mencuci nasib seseorang” pada awal tahun baru.
  5. Tidak boleh meyapu rumah kerana ia bermakna anda menyapu keluar kekayaan.

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina Kepada Keluarga

kami senaraikan di bawah apakah 5 ucapan tersebut.

  1. 新年快乐 ! (Xīnnián kuàilè)
  2. 恭喜发财 ! (Gōngxǐ fācái)
  3. 年年有余 ! (Nián nián yǒuyú)
  4. 大吉大利! (dàjídàlì)
  5. 万事如意! (Wànshi rúyī)

Koleksi Ucapan Selamat Tahun Baru Cina

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2023 kepada kaum cina yang merayakanya, walau di mana sahaja berada.

Ucapan pertama.

Selamat tahun baru cina bagi tahun 2023 kepada kaum cina yang merayakanya yang berada di seluruh pelusuk dunia l.

Ucapan kedua.

Selamat tahun baru cina tahun 2023 yang bertemakan haiwan arnab dengan penuh kecerdasan dan kegembiraan.

Ucapan ketiga.

Selamat tahun baru cina bagi tahun 2023 kepada masyarakat kaum cina dengan penuh riang dan gembira bersama keluarga tercinta.

Ucapan keempat.

Selamat tahun baru cina untuk tahun 2023 kepada masyarakat cina di seluruh negara dengan penuh senyuman dan ramah mesra bersama keluarga dan rakan taulan.

Ucapan kelima.

Selamat menyambut perayaan tahun baru cina tahun 2023 yang penuh gembira tanpa ancaman bahaya khususnya covid-19.

Ucapan keenam.

Selamat menyambut tahun baru cina kepada kaum cina dengan penuh disiplin dan sopan santun agar satu masyarakat majmuk dapat dibentuk secara berterusan menerusi perpaduan yang baik.

Ucapan ketujuh.

Selamat memyambut tahun baru cina 2023 kepada yang meraikanya. Tingkatkanlah perpaduan dan jalinan persaudaraan yang baik dan mesra sesama jiran terangga dan dalam masa sama cegahlah jenayah yang tidak baik agar masyarakat majmuk dapat di bentuk secara harmoni.

Artikel Lain : Senarai Tarikh Cuti Perayaan

Leave a Comment