iqnilam.moe.gov.my:CARA LOGIN/REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE( SISTEM IQ NILAM)
Makluman untuk para ibu bapa, bermula tahun 2021 ini, semua murid akan mengisi data bacaan NILAM masing-masing ke dalam sistem IQ-NILAM pada pautan berikut https://iqnilam.moe.gov.my
Bagaimana cara login IQ Nilam? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu
APA ITU IQ NILAM
Sistem IQ-NILAM mudahkan murid rekod maklumat bahan bacaan secara dalam talian
PROGRAM IQ-NILAM. Murid digalakkan membaca dalam tempoh PKP ini kerana banyak masa terluang . Hal ini kerana, membaca adalah jambatan ilmu.
CARA LOGIN IQ NILAM
Bagi guru dan juga murid, berikut adalah langkah-langkah mudah untuk login IQ Nilam seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi IQNILAM di sini: https://iqnilam.moe.gov.my
- Anda anda nampak perkataan Log Masuk, klik pada Sign in with DELIMa
- Masukkan email MOE yang disediakan dan diberikan oleh pihak sekolah:
- Guru: email akan bermula dengan ‘g’ dan berakhir dengan @moe-dl.edu.my
- Murid: email akan bermula dengan ‘m’ dan berakhir dengan @moe-dl.edu.my
- Masukkan password, klik Next
- Sekarang anda telah berada di dalam sistem IQNILAM
CARA REKOD BACAAN BUKU NILAM
Jika anda adalah seorang murid ataupun ibu-bapa yang ingin memasukkan maklumat bacaan, ikuti langkah di bawah.
- Layari laman web https://iqnilam.moe.gov.my
- Sila log masuk menggunakan ID DELIMA
- Borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.
- Isikan ruangan item dengan maklumat yang berkaitan seperti berikut:
- Maklumat Bahan Bacaan
- Tajuk Buku
- Pilihan Bahasa
- Tahun Terbitan
- Pengarang
- Penerbit
- Jenis Bahan Bacaan
- Buku Fiksyen
- Buku Bukan Fiksyen
- Bukan Buku (Contoh: Artikel, Majalah, Brosur, Komik dan sebagainya)
- Bahan Digital (Sila copy link URL / pautan digital library)
- Rumusan
- Aktiviti Pengayaan
- Aktiviti Lain-lain (jika ada)
- Setelah selesai mengisi, klik butang SIMPAN.
- Selesai
SOALAN LAZIM
Mengapa bacaan mesti direkodkan dalam sistem IQ NILAM 2021?
Hasil pembacaan kanak-kanak dalam sistem akan membantu mereka mencapai tahap rekod 5 bintang, yang seterusnya menyumbang kepada pencapaian PAJSK. Galakkan ibu bapa pelajar untuk mendorong dan mengawasi bacaan anak-anak mereka di rumah untuk berjaya.
Apakah fungsi IQ Nilam?
IQ NILAM 2021 telah diubahsuai untuk menjadikannya lebih mudah Pihak sekolah, terutamanya guru besar / GPM / NILAM untuk memantau rekod bahan bacaan pelajar. Sistem rakaman akan dilengkapkan oleh pelajar menggunakan ID DELlMa. Sistem Telah selesai dan siap digunakan mulai 4 Januari 2021.
Bagaimana sekiranya terlupa Kata Laluan?
Anda boleh berhubung dengan guru ICT sekolah untuk proses reset semula kata laluan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai IQ Nilam, akan dikemaskini nanti.
我很爱他
Hi cikgu