Tarikh & Jadual Peperiksaan SPMU (SPM Ulangan 2022)
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dilaksanakan bermula 12 hingga 14 September ini melibatkan 7,720 calon di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Lembaga Peperiksaan (LP) menerusi kenyataan hari ini meminta semua calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat seperti tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
“Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.
“Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan,” menurut kenyataan itu.
Jadual Waktu peperiksaan SPMU 2022
Jadual waktu peperiksaan SPMU 2022 dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun melalui laman sesawang rasmi LP di http://lp.moe.gov.my.
Sementara itu, seramai 1,317 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu manakala 1,441 orang dilantik untuk Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu.
Jadual Peperiksaan SPMU 2022
Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Tahun 2022 boleh dimuat turun dari laman web KPM:
- Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Tahun 2022
- Pautan Muat Turun Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan TERKINI
Info Penting Sebelum Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan (LP) menerusi kenyataan hari ini meminta semua calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat seperti tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.
Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan
Tarikh Jadual SPM 2022
Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan kenyatan media pada 7 Februari 2022, memaklumkan tarikh Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar serta Ujian Amali Sains SPM 2021 akan dilaksanakan pada tarikh berikut :
- Ujian Bertutur Bahasa Melayu : 8, 9 dan 10 Februari 2022
- Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi) : 15 Februari 2022
- Ujian Amali Sains (Sains Tambahan) : 17 Februari 2022
- Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Inggeris : 21 Februari 2022
- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris : 22, 23 dan 24 Februari 2022
Artikel Lain : Cara Daftar Calon Persendirian SPM