JIMAT AIR 1.0:CARA CLAIM/TEBUS e-Rebat RM200(Pembelian Mesin Basuh Cekap Air)

JIMAT AIR 1.0:CARA CLAIM/TEBUS e-Rebat RM200(Pembelian Mesin Basuh Cekap Air)

Kempen Jimat Air 1.0

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee kini sedang menjalankan kempen Jimat Air 1.0 yang menawarkan e-Rebat bagi pembelian mesin basuh kepada orang ramai.

Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran menerusi tawaran rebat.

Oleh itu, e-Rebat ini ditawarkan kepada orang ramai bagi pembelian mesin basuh cekap air melalui platform Shopee dan pihak SPAN juga telah merancang untuk menambah jenis produk-produk cekap air yang lain seperti pili air dan pancuran mandi pada tahun ini.

Bagi orang ramai yang berminat, mereka boleh mendapatkan e-Rebat ini bagi pembelian mesin basuh di aplikasi Shopee.

Kempen Jimat Air 1.0

Baca Juga: jpjebid.jpj.gov.my (Cara Daftar Login Bidaan No Pendaftaran Kenderaan)

Jumlah e-Rebat Kempen Jimat Air 1.0

Jumlah e-Rebat yang ditawarkan bagi setiap pembelian mesin basuh cekap air adalah sebanyak RM200 bagi setiap pembelian.

Baca Juga: myasnb.com.my(Cara Daftar Login ASB Online)

Syarat Pembelian Kempen Jimat Air 1.0

Tiada syarat pembelian yang khusus dikenakan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan e-Rebat ini.

Namun, e-Rebat yang ditawarkan hanya boleh digunakan menggunakan kaedah pembayaran Shopeepay.

Oleh itu, orang ramai yang telah mengaktifkan Shopeepay boleh mendapatkan e-Rebat tersebut dan membuat penebusan bagi produk yang ditawarkan.

Baca Juga: SENARAI PROJEKTOR MINI(Cara Pilih Yang Murah Kualiti Bagus di Malaysia)

Cara Membuat Penebusan Kempen Jimat Air 1.0

Untuk membuat penebusan e-Rebat tersebut, sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan:

  1. Pastikan akuan Shopeepay telah disahkan.
  2. Pada 24 September 2021, klik pada bahagian ‘My Voucher’ di aplikasi Shopee dan klik pada voucher Jimat Air 1.0 untuk membuat penebusan.
  3. Pilih produk/item yang mempunyai label Jimat 1.0.
  4. Pilih voucher Jimat 1.0 dan bayar menggunakan Shopeepay bagi produk yang dipilih tersebut.

Artikel Lain: SENARAI JENIS WEBCAM RESOLUSI TERBAIK (Pilihan Ramai Untuk PDPR & Video Conference)

Soalan Lazim

1.Apakah tujuan kempen Jimat Air 1.0 ini diadakan?

Kempen Jimat Air 1.0 diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran menerusi tawaran rebat.

2.Berapakah jumlah e-Rebat yang ditawarkan bagi setiap penebusan?

Jumlah e-Rebat yang ditawarkan adalah sebanyak RM200 bagi setiap penebusan.

3.Adakah saya wajib menggunakan kaedah pembayaran Shopeepay untuk menebus e-Rebat ini?

Ya. Orang ramai perlu menggunakan kaedah pembayaran Shopeepay bagi membolehkan mereka membuat penebusan e-Rebat ini.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kempen JimatAir 1.0 ini, sila hubungi pihak SPAN di talian 03-8317 9333 atau melayari laman web SPAN https://www.span.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment