TEMA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 (Lagu Pantun & Ucapan)

TEMA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN (Lagu Pantun & Ucapan)

TEMA HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Bagi tahun 2023, di sini kami akan kongsikan tema sambutan, lagu dan pantun ucapan sempena hari guru, semoga memabntu,

 

OBJEKTIF HARI GURU

  • Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

 

TARIKH SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Malaysia berlangsung setiap tahun pada 16 Mei. Hari tersebut juga dikenali sebagai Hari Guru dalam bahasa Melayu.

Perayaan itu merangkumi pelbagai aktiviti seperti upacara penganugerahan, persembahan kebudayaan, dan pameran. Majlis tersebut dihadiri oleh pegawai kerajaan, pendidik, dan pelajar dari seluruh Malaysia.

 

TEMA HARI GURU 2024

Tema bagi hari guru tahun 2024 adalah:

  • “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani.”

Tema ini dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan tujuan untuk meningkatkan kompetensi guru dalam menggunakan teknologi digital. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Azman Adnan, menekankan pentingnya melahirkan lebih banyak murid yang fasih digital agar dapat memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan disiplin ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah.

Amanat Ketua Pengarah Pendidikan juga mencakup Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang merangkumi enam teras utama, seperti Murid Fasih Digital, Pendidik Kompeten Digital, Budaya Kepimpinan Digital Berwawasan, Pengupayaan Infrastruktur dan Infostruktur, Kandungan Digital Berkualiti, dan Rakan Strategik yang Komited.

Objektif sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahunnya termasuk menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan, menarik perhatian kepada peranan guru dalam masyarakat, memupuk perasaan perpaduan di antara guru, meninggikan martabat guru, memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru, dan menilai peranan guru secara objektif.

Sejarah tema Hari Guru dari tahun 2013 hingga 2023 juga disertakan, menunjukkan evolusi fokus dan aspirasi dalam memperingati Hari Guru di Malaysia.

2013 – Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2014 – Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2015 – Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2016 – Guru Pembina Negara Bangsa
2017 – Guru Pembina Negara Bangsa
2018 – Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2019 – Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2020 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
2021 – Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
2022 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
2023 – Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

 

LAGU HARI GURU 2024

Berikut adalah merupakan lirik lagu Kami Guru Malaysia iaitu::

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita

Pada seri paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu, membina

Negara yang tercinta

Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

 

 

KOLEKSI PANTUN HARI GURU

Berikut adalah merupakan contoh koleksi pantun hari guru iaitu:

Tujuh belas tahun rindu tersemat,

Tanjung Aru tempat berjumpa,

Enam belas Mei tarikh keramat,

Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,

Tidak terbiasa kerja yang sia,

Dari kecil diasuh guru,

Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,

Seluas alam bumi terentang,

Tanpa guru siapalah kita,

Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,

Cuaca redup menawar duka,

Guru ibarat cahaya,

Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,

Di anak tangga duduk berperikan,

Kasih guru akan muridnya,

Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,

Hanya percaya kuasa Tuhan,

Kasih murid akan gurunya,

Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,

Kembang kudup kumbang terikat,

Hargai guru sepanjang zaman,

Agar hidup beroleh berkat.

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki.

Berguru kepalang ajar,

Bagai bunga kembang tak jadi.

Tampak berbekas rindu tersemat,

Tanjung Aru tempat berjumpa,

Enam belas Mei tarikh keramat,

Jasa guru jangan di lupa.

ABC dan Alif Ba Ta,

Satu dua tiga dan empat,

Selalu cikgu ajar kita,

Dilatih tubi sampai depat.

Satu dua tiga empat,

Lima enam tujuh lapan,

Dilatih tubi sampai dapat,

Apabila depat maju ke depan.

Lima enam tujuh lapan,

Rajin belajar cepat maju,

Apabila dapat maju ke depan,

Terima kasih banyak Cikgu!

Betik masak lebat dipangkal,

Penuh kapal bawa belayar,

Baik budi panjang akal,

Hormat guru tekun belajar.

Manis rasanya buah delima,

Masak sebiji dicelah daun,

Budi guru saya terima,

Jadi kenangan bertahun-tahun.

Pohon kelapa tegak berdiri,

Kelapa ditanam tepi bangunan,

Ilmu di dunia terus dicari,

Jasa guru dilupa jangan.

Pergi memburu di hutan lama,

Depat rusa waktu pagi,

Kalau ilmu ku dapat sama,

Usaha guru ku sanjung tinggi.

Pakai baju warna biru,

Pergi ke sekolah pukul satu,

Murid sentiasa hormatkan guru,

Kerana guru pembekal ilmu.

Pasang surut berhenti dulu,

Sudah pasang baru berangkat,

Orang patut menghormati guru,

Petua dipegang ilmu diingat.

KOLEKSI UCAPAN HARI GURU 

Berikut adalah merupakan contoh koleksi ucapan pada hari guru iaitu:

  • Selamat Hari Guru. Kami tidak akan pernah cukup berterima kasih atas dedikasi, kebijaksanaan dan tanggungjawab anda.
  • Terima kasih cikgu kerana memberi saya ilmu pengetahuan dan mendidik kami dengan baik dan yang cikgu bagi kepada saya. Minta maaf atas yang telah saya buat kesalahan kepada cikgu.
  • Engkau bagaikan lilin yang selalu menerangi setiap kegelapan, semoga setiap peluh lelahmu melahirkan generasi tangguh dan berjiwa negarawan. Selamat Hari Guru
  • Guru adalah pahlawan, dan tanda-tanda kepahlawanannya terukir pada keberhasilan semua orang-orang besar yang Anda kenal. Selamat Hari Guru .\
  • Jadikanlah guru-gurumu sebagai orang terhormat, sehingga ilmu-ilmu terbaik datang kepadamu. Selamat Hari Guru .
  • Guru adalah pahlawan dan tanda-tanda kepahlawanannya terukir pada keberhasilan semua orang-orang besar yang Anda kenal. Selamat Hari Guru .
  • Guru seperti lilin, yang menghabiskan dirinya sendiri untuk mencerahkan kehidupan orang lain. Selamat Hari Guru .
  • Orang yang berani mengajar bukan berarti berhenti belajar. Selamat Hari Guru Nasional .
  • Guru memang bukan orang hebat tetapi semua orang hebat adalah berkat jasa dari seorang Guru. Selamat Hari Guru Nasional
  • Jadikan setiap tempat sebagai sekolah dan jadikan setiap orang sebagai guru. Selamat Hari Guru .
  • Selamat Hari Guru Nasional . Mari membuka paradigma dan rasionalitas tentang keberadaan guru sejati!
  • Seorang guru menggandeng tangan, membuka fikiran, menyentuh hati, membentuk masa depan (Henry Adams).
  • “Ing ngarsa sung tulada. Ing madya mangun karsa. Tut wuri handayani.” (Ki Hajar Dewantara).
  • “Mari kita ingat: satu buku, satu pena, satu anak, dan satu guru dapat mengubah dunia.” (Malala Yousafzai).
  • Jika pengetahuan adalah cahaya bagi kehidupan, maka kau adalah bintang yang senantiasa menyebarkan cahaya hingga ke penjuru Negeri. Terima kasih guruku.
  • Guruku tersayang, guruku tercinta, aku sadar jika tanpamu mungkin aku tidak akan mengerti mengenai banyak hal. Terima kasih, guruku.
  • Guru adalah pahlawan tanpa tanda jasa yang senantiasa mengajar, membimbing, dan menuntun kita pada hal-hal kebaikan.

ATIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment