KAD PESARA KERAJAAN (Senarai Kemudahan Perkhidmatan & Kod-kod Berkaitan )

KAD PESARA KERAJAAN (Senarai Kemudahan Perkhidmatan & Kod-kod Berkaitan )

KAD PESARA KERAJAAN

Kad pesara merupakan kad pengenalan atau kad identiti seseorang pesara perkhidmatan awam Malaysia. Di antara kelebihan kad pesara adalah pemilik kad ini akan memperoleh kemudahan rawatan percuma di semua hospital / pusat kesihatan kerajaan. Kemudahan rawatan percuma ini juga akan turut dinikmati oleh tanggungan pesara (pasangan dan anak).

Selain itu, pemegang kad pesara juga layak untuk menikmati diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) setelah kad pesara kerajaan Malaysia diterima sebagai salah satu kad yang diterima untuk kad diskaun 1Malaysia / kad integrasi rakan dagang berdasarkan konsep perkongsian pintar di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan berkuatkuasa mulai pada 21 Mac 2013.

 

Apakah Itu Kad Pesara Kerajaan

Kad Pesara Kerajaan Malaysia dikeluarkan di bawah Seksyen 23, Peraturan-peraturan Pencen 1980 bagi pesara/penerima pencen Perkhidmatan Awam atau  Seksyen 20Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan bagi pesara/penerima pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.

Kad Pesara merupakan Pengenalan Diri bagi membolehkan pesara memperolehi kemudahan perubatan di Klinik/Hospital Kerajaan. Kemudahan Kad Pesara ini layak dinikmati oleh pesara/penerima pencen, juga kepada isteri/suami penerima pencen dan anak yang berumur bawah 18 tahun (yang belum berkahwin). Bagi anak cacat akal atau jasmani kekal yang tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur dikenakan.

Mereka yang menyalahguna Kad Pesara boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 24 Peraturan-peraturan Pencen 1980 atau Seksyen 21 Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.

 

 

Senarai Kemudahan Pemilik Kad Pesara Kerajaan 

KELAYAKAN WAD
(Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010)

Gred 45 ke atas
Kelas 1A (bilik seorang)

Gred 31 – 44:
Kelas 1B (Bilik Berdua)

Gred 21 – 30
Kelas 1C (Bilik Bertiga)

Gred 1-20
Kelas 2 (bilik berempat)

***tertakluk kepada ‘availability’ bilik-bilik tersebut di hospital Kerajaan

Siapa yang layak menikmati kemudahan perubatan ini?

– pesara
– pasangan
– anak-anak bawah umur 18 tahun, jika sambung belajar di peringkat sekolah tinggi (STPM), sehingga 21 tahun
– ibu bapa (untuk perubatan dan dialisis sahaja)

 

Pihak Pembiayaan Perubatan Pesara

Pesara Awam Persekutuan:
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, KWAP & JPA

Pesara/Veteran ATM Berpencen:
JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)

Pesara Awam Negeri:
PEJABAT KEWANGAN NEGERI atau PEJABAT SUK NEGERI MASING-MASING

Pesara Awam Badan Berkanun:
BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI BADAN BERKANUN TERSEBUT

Pesara Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERSEBUT

 

Kod-Kod Dalam Kad Pesara Kerajaan

Berikut merupakan maksud kod-kod bagi jenis perkhidmatan seperti yang tertera di Kad Pesara Kerajaan Malaysia

1) Pesara:

AP : Pesara Awam Persekutuan

AN: Pesara Awam Negeri

AB: Pesara Awam Badan Berkanun

AK: Pesara Awam Pihak Berkuasa Tempatan

AX: Pesara Awam Kesihatan Persekutuan

AY: Pesara Awam Kesihatan Badan Berkanun

AZ: Pesara Kesihatan Tentera

AT: Pesara Angkatan Tentera

AS: Pesara Polis

AW: Pesara Awam Kesihatan Pihak Berkuasa Tempatan

2) Balu/Duda (Penerima Pencen Terbitan – setelah kematian pesara)

BP : Pasangan Pesara Awam Persekutuan

BN: Pasangan Pesara Awam Negeri

BB: Pasangan Pesara Awam Badan Berkanun

BK: Pasangan Pesara Awam Kuasa Tempatan

BX: Pasangan Pesara Awam Kesihatan Persekutuan

BY: Pasangan Pesara Awam Kesihatan Badan Berkanun

BZ: Pasangan Pesara Kesihatan Tentera

BT: Pasangan Pesara Angkatan Tentera

BS: Pasangan Pesara Polis

BW: Pasangan Pesara Kesihatan PBT

 

kad pesara kerajaan

*** kad atas kiri atas ialah contoh kad penerima pencen terbitan akibat kematian anggota awam / pesara

*** nama isteri yang telah meninggal dunia akan dikeluarkan daripada Kad Pesara seperti Kad atas kanan (pesara masih hidup)

*** hanya nama pasangan yang dikahwini sebelum bersara sahaja yang akan tertera di atas Kad Pesara (pesara dan pasangan masih hidup

 

Kerosakan Dan Kehilangan Kad Pesara Kerajaan

 Jika terdapat sebarang kerosakan atau kesilapan butiran di dalam kad pesara, sila hubungi 03-8885 4853/4910/4648/4667 atau alamatkan permohonan ke Unit Kecil Kad Pesara, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk penggantian kad baru.

Kad Pesara ini hendaklah diserahkan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam apabila pemiliknya hilang kelayakan menerima pencen.

Maklumat Lanjut boleh kli di sini.

 Artikel Lain : Program RPEL Pesara Tentera

10 thoughts on “KAD PESARA KERAJAAN (Senarai Kemudahan Perkhidmatan & Kod-kod Berkaitan )”

  1. I am still holding the old pension card issues since 19/06/1993. How do I apply to change to the new pension card as shown on your website?
    My card number is 13386.
    Name: Chong Chung Khiang @ Chong Choon Chiang.
    I am a Sarawak State pensioner

    Balas
    • Call Bahagian Pencen office in Sarawak and go personally to change it. In kuala lumpur, can go to KWAP and get it change there.

      Balas
  2. Selamat Petang…Saya ingin bertanya ,jika Isteri (pesara ) telah meninggal dunia, adakah perlu untuk pasangan pesara (Suami) untuk memohon kad pesara baru?

    atau kad pesara yang lama masih boleh digunakan ..

    Balas
  3. Pesara Badan Berkanun Persekutuan boleh fapatkan rawatan di IJN menggunakan kad pesara AB?
    Siapa yg akan menjelaskan bil2 berkenaan? Badan berkanun berkenaan atau Kementerian Kewangan?

    Balas
  4. Kenapa hospital cakap tak boleh guna kad pesara bg ank yg berumur 18 tahun kebawah??mereka cakap hal ini dri dulu lagi tidak dibenarkan guna utk anak yg msih bawah 18 tahun..jika ayah sudah tidak bekerja .

    Balas
  5. AsSalam,
    Tuan,
    Saya adalah suami kepada seorang pesara guru ingin bertanya jika saya layak mendapat kemudahan membeli alat bantu dengar dari hospital kerajaan.
    Terima kaseh.

    Balas

Leave a Comment