KALENDAR AKADEMIK MATRIKULASI KPM 2024/2025(Bila Cuti Semester)

KALENDAR AKADEMIK MATRIKULASI KPM 2024/2025(Bila Cuti Semester)

KALENDAR CUTI MATRIKULASI

Kepada pelajar Matrikulasi, sudah semestinya anda ingin mengetahui kalendar akademik Matrikulasi KPM bagi sesi 2024/2025 supaya anda merancang cuti semester anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU MATRIKULASI KPM

Matrikulasi merujuk kepada proses kemasukan rasmi ke universiti, ataupun proses kelayakan untuk masuk ke universiti.

Program matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan SPM (90% Bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti ataupun kolej universiti. Program pra-universiti ini sebelum ini dikendalikan sendiri oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.

 

KELAYAKAN SIJIL MATRIKULASI KPM

Syarat- syarat penganugerahan Sijil Matrikulasi KPM:

  • Berdaftar sebagai pelajar Program Matrikulasi KPM;
  • Mengambil sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran pengkhususan dan semua mata pelajaran wajib yang ditetapkan di Program Matrikulasi KPM;
  • Keputusan diperoleh dalam satu peperiksaan sahaja; dan
  • Menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM dalam tempoh yang ditetapkan.

 

TARIKH LAPOR DIRI MATRIKULASI KPM 2024/2025

Merujuk kepada Takwin Matrikulasi KPM 2023/2024, tarikh lapor diri bagi pengambilan baru Matrikulasi pada sesi 2023/2024 adalah pada tarikh berikut:

  • 30 Jun 2024 – Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)
  • 1 Julai 2024 – Kumpulan B (Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor)

NOTA: Pasti anda merujuk surat tawaran kemasukan ke Matrikulasi untuk mengetahui kampus Matrikulasi yang ditempatkan dan bidang pengajian yang ditawarkan.

 

TAKWIM AKADEMIK MATRIKULASI KPM 2024/2025

Berikut adalah merupakan kalender akademik bagi program Matrikulasi KPM 2024/2025

KALENDAR CUTI MATRIKULASI semester 1 & 3

KALENDAR CUTI MATRIKULASI semester 2 & 4

 

NOTA: Untuk dapatkan takwim dalam bentuk PDF, anda beleh muat turun DI SINI

 

KALENDER CUTI SEMESTER & UMUM MATRIKULASI KPM 2024/2025

Berikut ialah merupakan jadual cuti bagi Kolej Matrikulasi sesi 2024/2025 iaitu:

Berikut adalah susunan detail cuti tambahan perayaan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pelajar Matrikulasi, mengikut tarikh dan sesi yang berkenaan:

Sesi 2024/2025

  1. Hari Raya Aidilfitri 2024
    • Tarikh: 10 & 11 April 2024
    • Cuti: Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV
  2. Pesta Kaamatan 2024
    • Tarikh: 30 & 31 Mei 2024
    • Cuti: Dalam Cuti Akhir Semester II/IV
  3. Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) 2024
    • Tarikh: 01 & 02 Jun 2024
    • Cuti: Dalam Cuti Akhir Semester II/IV
  4. Hari Raya Aidiladha 2024
    • Tarikh: 17 Jun 2024
    • Cuti: Dalam Cuti Akhir Semester II/IV

Sesi 2024/2025

  1. Hari Deepavali 2024
    • Tarikh: 31 Oktober 2024
  2. Hari Krismas 2024
    • Tarikh: 25 Disember 2024
    • Cuti: Dalam Cuti Khas Semester II/IV
  3. Tahun Baru Cina Tahun 2025
    • Tarikh: 29 & 30 Januari 2025 (Jangkaan)
    • Cuti: Jangkaan Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV
  4. Hari Raya Aidilfitri 2025
    • Tarikh: 31 Mac & 1 April 2025 (Jangkaan)
    • Cuti: Jangkaan Dalam Cuti Pertengahan Semester II/IV

Sila ambil perhatian bahawa tarikh cuti tambahan untuk Tahun Baru Cina 2025 dan Hari Raya Aidilfitri 2025 adalah jangkaan sahaja dan tertakluk kepada pengesahan rasmi KPM pada masa akan datang.

NOTA: Tarikh cuti bagi pelajar Matrikulasi adalah tertakluk kepada negeri lokasi Matrikulasi.

 

MAKLUMAT LANJUT CUTI MATRIKULASI

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kalendar akademik dan cuti Matrikulasi 2024/2025, anda boleh melayari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment