KEJOHANAN BWF MALAYSIA OPEN 2023(Jadual & Keputusan)
Kepada penggemar da peminat sukan badminton, semestinya anda akan pergi ke arena untuk menyaksikan kejohanan BWF Malaysia Open 2023. Tetapi untuk memasukinya arena tersebut semestinya anda dikehendaki membeli tiket terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara beli dan harga tiket masuk Axiata Arena Bukit Jalil, semoga membantu.
APA ITU KEJOHANAN BWF MALAYSIA
Kejohanan BWF Super Series merupakan kejohanan badminton yang baru diperkenalkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk membaiki kualiti sukan badminton. Ia mula dilancarkan pada 14 Disember 2005 dan dilaksanakan pada 2007.[1] Kejohanan badminton akan diadakan di dua belas negara yang berbeza, dan pemain yang berjaya dijemput ke Super Series akhir yang diadakan pada penghujung tahun..
TERMA & SYARAT KEJOHANAN BWF MALAYSIA
Berikut adalah merupakan antara terma dan syarat yang ditetapkan bagi kejohanan ini iaitu:
- Semua kategori adalah tempat duduk bernombor
- 1 tiket sah bagi 1 orang
- Pemegang tiket Super Fan akan memperoleh Goodie Bag yang mengandundi merchandise Petronas Malaysia Open 2023
- Kanak-Kanak dibawah 4 tahun perlu dapatkan tiket masuk
- Semua pembelian tiket adalah secara online. Sila print dan tunjukkan tiket tersebut ketika memasuki stadium
TARIKH PERLAWANAN KEJOHANAN BWF MALAYSIA
Kejohanan BWF Super Series ini akan bermula pada 10 hingga 15 Januari 2023
LOKASI KEJOHANAN BWF MALAYSIA
Perlawanan ini akan berlangsung di Arena Axiata, Kuala Lumpur, Malaysia
TARIKH JUALAN TIKET KEJOHANAN BWF MALAYSIA
Tiket bagi kejohanan tersebut akan mula dijual secara rasmi bermula 5 Disember 2022, Isnin bermula jam 11.00 pagi
SENARAI PESERTA KEJOHANAN BWF MALAYSIA
Berikut adalah merupakan senarai nama-nama besar jaguh badminton dunia akan menyertai Terbuka Malaysia antaranya seperti:
- Perseorangan Lelaki: Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Liew Daren
- Perseorangan Wanita – Goh Jin Wei
- Beregu Lelaki – Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Man Wei Chong/Kai Wun Tee
- Beregu Wanita – Tan Pearly/Thinaah Muralitharan, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien, Go Pei Kee/Teoh Mei Xing
- Beregu Campuran – Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing
HARGA TIKET KEJOHANAN BWF MALAYSIA
Harga berbeza-beza mengikut peringkat perlawanan bermula pusingan 32 hingga final. Harga bermula RM40 hingga RM700 mengikut kategori.
KATAGORI TIKET KEJOHANAN BWF MALAYSIA
Edisi kali ini terdapat 6 jenis tiket iaitu:
- Upper (A)
- Upper (B)
- Premium (A)
- Premium (B)
- VIP
- Super Fan
CARA BELI TIKET ONLINE KEJOHANAN BWF MALAYSIA
Kepada anda yang ingin mendapatkan tiket bagi kejohanan ini, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari website BOOKMYSHOW
- Kemudian klik pada Book Now
- Klik Accept pada Notis yang tertera
- Pilih tarikh yang anda ingin kunjungi
- Seterusnya pilih bilangan tiket yang anda inginkan dan klik Confirm Quantity
- Pilih seat yang anda ingin mengikut katagori pilihan anda
- Baris dan no seat anda akan tertera, klik pada Checkout untuk pembayaran tiket
- Pilih kaedah pembayaran anda dan ikuti hingga selesai
- Tiket boleh dilihat melalui pautan dalam talian dalam e-mel pengesahan anda.
- Sila cetak & tunjukkan tiket anda di tempat kemasukan.
HADIAH DITAWARKAN KEJOHANAN BWF MALAYSIA
Berikut adalah merupakan hadiah keseluruhan yang akan diagihkan kepada setiap pemenang mengikut peraturan BWF seperti yang berikut:
ACARA | PEMENANG | FINALIS | SEPARUH AKHIR | SUKU AKHIR | 16 TERAKHIR | 32 TERAKHIR |
Perseorangan | $87,500 | $42,500 | $17,500 | $6,875 | $3,750 | $1,250 |
Beregu | $92,500 | $43,750 | $17,500 | $7,812.50 | $4,062.50 | $1,250 |
JADUAL DAN KEPUTUSAN KEJOHANAN BWF MALAYSIA OPEN
Berikut adalah merupakan jadual dan keputusan bagi kejohanan ini:
JADUAL | PERLAWANAN | KEPUTUSAN |
10 Januari 2023 (Selasa) – Pusingan 32 | [MS] Toma Junior Popov (FRA) vs (MAS) Liew Daren | [15-21, 21-14, 17-21] |
[XD] Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing (MAS) vs (JPN) Kyohei Yamashita/Naru Shinoya | [21-11, 15-21, 21-19] | |
[WD] Tan Pearly [8]/Thniaah M. (MAS) vs (BUL) G. Stoeva/S. Stoeva | [19-21, 14-21] | |
[MD] Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (CHN) Ren Xiang Yu/Tan Qiang | [21-13, 20-22, 21-15] | |
[XD] Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (TPE) Chang Ko-Chi/Lee Chig Chen | [21-15, 21-13] | |
11 Januari 2023 (Rabu) – Pusingan 32 | [WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (GER) Yvonne Li | [21-11, 21-18] |
[WD] Go Pei Kee/Teoh Mei Xing (MAS) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien | [21-13, 21-13] | |
[XD] Rehal Kusharjanto/Lisa Kusumawati (INA) vs (MAS) Chan Peng Soon/Goh Liu Ying | [18-21, 21-15, 21-7] | |
[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (MAS) Tan Kiang Meng [6]/Lai Pei Jing | [21-15, 21-10] | |
[MD] Lee Jhe-Huei/Yang Po-Hsuan (TPE) vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik | [21-16, 21-15, 16-21] | |
[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (IRL) Nhat Nguyen | [21-4, 21-10] | |
[MD] Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS) vs (CHN) Liang Wei Keng/Wang Chang | [21-16, 11-21, 17-21] | |
[MS] Kodai Naraoka (JPN) vs Lee Zii Jia [2] | [13-21, 21-17, 21-19] | |
[MD] Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS) vs (INA) Marcus Gideon [2]/Kevin Sukamuljo | [18-21, 21-23] | |
12 Januari 2023 (Khamis) – Pusingan 16 | [WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (KOR) An Seyong [2] | [10-21, 12-21] |
[WD] Go Pei Kee/Teoh Mei Xing (MAS) vs (CHN) Zhang Shu Xian [7]/Zheng Yu | [10-21, 7-21] | |
[MD] Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (TPE) Lu Ching Yao/Yang Po Hang | [17-21, 21-13, 21-14] | |
[XD] Thom Gicquel [8]/Delphine Delrue (FRA) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing | [21-18, 13-21, 21-12]
| |
[MS] Victor Axelsen [1] (DEN) vs (MAS) Liew Daren – [WO] | Liew Daren – Tarik Diri | |
[XD] Rehan Kusharjanto/Lisa Kusumawati (INA) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei | [19-21, 16-21] | |
[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (JPN) Kodai Naraoka | [21-19, 19-21, 15-21] | |
[XD] Zheng Si Wei [1]/Huang Ya Qiong (CHN) vs (MAS) Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie | [21-16, 21-10] | |
[MD] Liu Yu Chen/Ou Xuan Yi (CHN) vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik | [21-10, 23-21] | |
13 Januari 2023 (Jumaat) – Suku Akhir | [XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (THA) Puavaranukroh [2]/ Taerattanachai | [19-21, 9-21] |
[MD] Fajar Alfian [3]/Muhammad Rian Ardianto (INA) vs (MAS) Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi | [14-21, 21-16, 21-17] | |
14 Januari 2023 (Sabtu) – Separuh Akhir | ||
15 Januari 2023 (Ahad) – Final |
ARTIKEL LAIN
BADMINTON RANKING MALE FEMALE MEN DOUBLE (Semak BWF Ranking Point)