SEMAKAN TABIKA KEMAS KEPUTUSAN KEMASUKAN SESI TERKINI

SEMAKAN TABIKA KEMAS KEPUTUSAN KEMASUKAN SESI TERKINI

TABIKA KEMAS

Kepada Ibu-bapa yang mempunyai anak berusia 2 hingga 4 tahun dipelawa membuat permohonan kemasukan ke Tabika KEMAS untuk sesi 2023/2024. Pendidikan peringkat awal kanak-kanak adalah satu peluang untuk anak anda mendapatkan pendidikan secara formal. Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan dengan mudah dan berkesan, Semoga mebantu.

 

APA ITU TABIKA KEMAS

Tabika Kemas adalah program pendidikan prasekolah yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini ditujukan untuk kanak-kanak usia 4 hingga 6 tahun yang berada di bawah Program Pendidikan Masyarakat (KEMAS). Tadika Kemas menyediakan pendidikan yang berkualiti dan bersepadu bagi kanak-kanak dari semua kelas sosio-ekonomi.

 

SYARAT KEMASUKAN TABIKA KEMAS

Untuk kemasukan ke TADIKA KEMAS, syarat kemasukan adalah seperti berikut:

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  3. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
  4. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TADIKA KEMAS yang berdekatan.
  5. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.

 

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN TABIKA KEMAS

Permohonan bagi sesi 2023/2024 dibuka  mulai dari 1 Ogos hingga 31 Disember 2022.

 

KADAR YURAN PENDIDIKAN TABIKA KEMAS

Yuran pendidikan yang ditawarkan menerusi  TADIKA KEMAS adalah seperti berikut:

Kemasukan TASKA/TABIKA KEMAS

NOTA: Bagi kategori A, ia wajib dibayar semasa pendaftaran manakala bagi kategori B untuk TABIKA, ibu bapa/penjaga boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat pembelian kepada pihak TABIKA atau pembelian sendiri bagi baju sukan dan pakaian seragam dengan kadar bayaran tertakluk kepada harga pasaran dan tidak melebihi RM30.00.

 

CARA PERMOHONAN KEMASUKAN TABIKA KEMAS

Permohonan kemasukan ke TABIKA boleh dibuat menerusi langkah berikut:

  1. Layari laman web KEMAS iaitu https://www.kemas.gov.my.
  2. Pergi ke bahagian ‘Awam’ dan pilih ‘Pendidikan Awal Kanak-Kanak.’
  3. Pilih ‘TABIKA.
  4. Di bahagian borang permohonan, muat turun borang permohonan.
  5. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  6. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  7. Borang pendaftaran yang telah dilengkapkan beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke cawangan TADIKA KEMAS yang berdekatan dengan rumah anda.
  8. Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk dibawa ke TABIKA ini semasa pendaftaran adalah seperti:

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. 2 keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak (bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan).

 

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TABIKA KEMAS

Semakan keputusan boleh dibuat bermula pada minggu pertama bulan Februari 2023.

 

 CARA SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN TABIKAKEMAS

Keputusan boleh disemak pada laman web rasmi KEMAS di https://www.kemas.gov.my/

CARA PENDAFTARAN TABIKA KEMAS ONLINE

Cara pendaftaran TADIKA KEMAS secara online melalui Portal MyGovernment adalah seperti berikut:

  1. Sila layari Aplikasi Pendaftaran TADIKA KEMAS melalui URL https://enrol.kemas.gov.my/
  2. Tekan butang Daftar
  3. Isi kesemua maklumat yang diperlukan dan tekan butang Hantar.
  4. Semak Peti Masuk (Inbox) pada e-mel yang didaftarkan. Pengguna akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
  5. Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.
  6. Pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
  7. Pilih Kaedah ‘Kata Laluan’ untuk pengesahan.
  8. Log masuk dengan menaipkan ID Pengguna atau No. Kad Pengenalan/No. Pasport atau E-mel pengguna.
  9. Setelah berjaya log masuk, pengguna boleh membuat semakan/mengemaskini profil penguna di Aplikasi Pendaftaran TADIKA KEMAS. Ikuti langkah berikut untuk panduan mengemaskini maklumat di profil pengguna.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran TABIKAKEMAS Online

  1. Borang Permohonan Online yang telah dicetak
  2. Borang Pengesahan Majikan / Slip gaji ibu dan bapa/penjaga
  3. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  4. 1 Salinan MYKID Kanak-kanak.
  5. 1 Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  6. 1 Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  7. 1 Salinan kad OKU (jika berkenaan)
  8. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

*Nota: Dokumen ini perlu dihantar dalam masa 2 minggu setelah tarikh permohonan online.

Senarai TABIKA KEMAS Yang Boleh Dibuat Permohonan Online

  • SELANGOR
    • TADIKA KEMAS 31 Rad
    • TADIKA KEMAS Jalan Bahagia Olak Lempit A
    • TADIKA KEMAS Kg. Kerdas
    • TADIKA KEMAS Kg. Teras Jernang
    • TADIKA KEMAS Kg. Salak Tinggi
  • PAHANG
    • TADIKA KEMAS Kampung Kuala Sat
    • TADIKA KEMAS Kampung Bukit Mat Daling
    • TADIKA KEMAS Sungai Kucing
    • TADIKA KEMAS (JAKOA) Sg.Berjuang
    • TADIKA KEMAS Kampung Tekek Pulau Tioman

NOTA: Bagi TADIKA KEMAS yang tidak terdapat dalam senarai di atas, anda boleh memuat turun Borang Permohonan Kemasukan Tabika KEMAS melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) atau di semua Tadika KEMAS yang berhampiran.

Rujuk senarai TADIKA KEMAS setiap di negeri dalam senarai di bawah:

*Lampiran: Borang Permohonan Kemasukan Tadika KEMAS

 

 MAKLUMAT LANJUT 

Sebarang maklumat penting tentang panduan permohonan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemohon disaran mendapatkan maklumat melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (https://www.kemas.gov.my) serta di semua Tadika KEMAS.

Artikel Lain : Cara Daftar ePrasekolah

Leave a Comment