SEMAKAN KEPUTUSAN MRSM:CARA BUAT RAYUAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 & 4

SEMAKAN KEPUTUSAN MRSM:CARA BUAT RAYUAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 & 4

KEPUTUSAN MRSM

Kepada pelajar yang membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM . kini permohonan tawaran boleh disemak secara berperingkat. Permohonan semakan boleh dibuat secara online, disini kami akan kongsikan cara semakan keputusan MRSM, semoga membantu.

Kemasukan ke MRSM pada tahun ini mengambil kira 2 kriteria berikut:

  • Lulus Ujian Kecenderungan Kecemerlangan Kemasukan ke MRSM (UKKM) atau Ujian Khas Ulul Albab
  • Merit Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga.

Semakan Tawaran Kedua Kemasukan MRSM 

Semakan tawaran kedua kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2023 boleh disemak mulai 18/1/2024 bermula jam 8 malam

Calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara atas talian dengan menggunakan no kad pengenalan masing-masing.

Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima / tolak tawaran kemasukan MRSM dalam tempoh 7 hari.

Calon yang tidak membuat pengesahan terima / tolak tawaran dalam tempoh 7 hari dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM berkenaan.

 

Tarikh Semakan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 

Tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM sesi 2023 boleh disemak mulai 18/1/2024  bermula jam 8 malam

Pemohon atau ibu bapa perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari. Tawaran berkenaan dianggap terbatal, jika calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh ditetapkan.

 

Tawaran Program MRSM

MRSM menawarkan enam program iaitu

  • MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
  • MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP)
  • MRSM Ulul Albab
  • MRSM Program Khas Pendidikan (PKP)
  • MRSM Premier
  • MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

Tarikh Rayuan MRSM 

Bagi yang tidak berjaya, permohonan rayuan ke MRSM akan dibuka bermula pada akan dikemaskini secara dalam talian.

 

Cara Semakan Keputusan MRSM 

Cara membuat semakan keputusan MRSM bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Mara di www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah
    1. MRSM Tingkatan 1 – https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1/
    2. MRSM Tingkatan 4 – https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4/
  2. Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.
  3. Keputusan semakan keputusan MRSM 2021 akan dipaparkan seperti gambar di bawah.
  4. Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.
  5. Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.

Selain semakan keputusan MRSM online di portal UKKM MARA, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau emel yang telah didaftarkan semasa permohonan.

 

Cara Rayuan Kemasukan MRSM

Bagi yang tidak berjaya, permohonan rayuan ke MRSM akan dibuka bermula pada (akan dikemaskini) secara dalam talian. Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara membuat rayuan permohonan kemasukan ke MRSM

Cara membuat permohonan rayuan adalah seperti berikut:

  1. Login dan buat semakan keputusan di pautan
  2. Jika ada butang rayuan boleh buat rayuan online
  3. Jika tiada butang rayuan, maksudnya:
    • Keputusan Ujian UKKM calon tidak melepasi syarat kelayakan minima
    • Ibu bapa dalam senarai hitam MARA (peminjam atau penjamin)
    • *Calon yang tidak melepasi syarat kelayakan minima UKKM tidak akan ditawarkan tempat kemasukan ke MRSM. Tawaran masih berdasarkan merit walaupun telah dikeluarkan daripada senarai hitam MARA.

 

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan MRSM 

Keputusan permohonan rayuan MRSM  bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel yang telah didaftarkan oleh pemohon

Maklumat Lanjut Semakan Keputusan MRSM

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan anda, sila hubungi MARA di saluran berikut:

Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my

Telefon : 03-2613 2000

Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT

 

Baca Juga: SOALAN UKKM MRSM:CONTOH SOALAN MATEMATIK/SAINS/KEPERIBADIAN & ULUL ALBAB

1 thought on “SEMAKAN KEPUTUSAN MRSM:CARA BUAT RAYUAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 & 4”

Leave a Comment