Cara Kira Pencen Faedah Pensaraan (Penjawat Awam & Negeri)

Cara Kira Pencen Faedah Pensaraan (Penjawat Awam & Negeri)

Kira Pencen Faedah Pensaraan

Skim Pencen merupakan satu bentuk penghargaan oleh kerajaan Malaysia kepada kakitangan awam yang telah memberikan taat setia sepanjang berkhidmat kepada negara. Penghargaan ini berbentuk bantuan sara hidup selepas bersara dari perkhidmatan.

kami akan membantu anda memahami cara Kira Pencen Faedah Pensaraan dengan mudah dan efisien.

Jenis Persaraan

  1. Persaraan Paksa Di Bawah Seksyen 10 Akta 227/239
  2. Persaraan Di Atas Kehendak Kerajaan Atau Menteri Di Bawah Seksyen 11 Akta 227/239
  3. Persaraan Pilihan Di Bawah Sekyen 12 Akta 227/239
  4. Persaraan Kerana Penswastaan Agensi Bawah Kerajaan Di Bawag Seksyen 10 (5)(B), 12 Dan 12A/13 Akta 227/239
  5. Faedah Penamatan Perkhidmatan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980

Jenis-Jenis Faedah Persaraan

Melalui skim Pencen, tanggungan bagi anggota yang berpencen meninggal dunia semasa masih dalam perkhidmatan kerajaan atau selepas bersara juga layak menerima faedah. Faedah ini dipanggil Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan.

Berikut merupakan 3 jenis faedah persaraan layak diterima oleh anggota yang bersara mahupun diminta bersara:

  1. Pencen Perkhidmatan (Bayaran dibuat setiap bulan)
  2. Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus); dan
  3. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran sekaligus).

Kira Pencen Faedah Pensaraan

Formula Cara Kira Pencen Dan Faedah Persaraan 

Disebabkan ramai yang bertanya tentang formula pengiraan faedah persaraan, berikut disenaraikan untuk makluman bersama:

  1. GANJARAN PERKHIDMATAN
    • 7.5% x Tempoh Perkhidmatan (Bulan) x Gaji Pokok Akhir
  2. PENCEN BULANAN*
    • 1/600 x Tempoh Perkhidmatan (Bulan) x Gaji Pokok Akhir
  3. AWARD WANG TUNAI GCR
    • 1/30 x Jumlah Cuti Terkumpul x Gaji Pokok Akhir

*Terhad kepada 360 bulan (Bagi tempoh perkhidmatan 360 bulan dan ke atas pengiraan pencen bulanan diambil terus 60% dari gaji pokok akhiratau 3/5 daripada gaji pokok akhir)

Anggaran Kadar Faedah Persaraan Wajib Atau Pilihan

Untuk pengiraan secara automatik, sila klik pada pautan yang dikongsi di bawah, supaya anda boleh dapatkan berapa anggaran kadar faedah persaraan yang bakal diterima apabila kalian berhasrat untuk memilih bersara wajib atau pilihan.

Masukkan maklumat yang tepat, kalian boleh dapat anggaran kadar faedah persaraan yang betul.

Tertakluk maklumat yang anda masukkan.

Klik pautan di bawah ini bagi pengiraan faedah persaraan bagi Persaraan Wajib

http://www.jpapencen.gov.my/persaraan_wajib.html

Klik pautan di bawah ini, bagi cara Kira Pencen Faedah Pensaraan bagi Persaraan Pilihan

http://www.jpapencen.gov.my/pilihan_sendiri.html

Artikel Lain : jadual Tarikh Bayaran Duit Pencen 2023

Leave a Comment