LAPTOP PERCUMA SARAWAK(Permohonan Pelajar IPTA IPTS)

LAPTOP PERCUMA SARAWAK(Permohonan Pelajar IPTA IPTS)

LAPTOP PERCUMA SARAWAK

Dalam penyampaian Bajet 2024, Sarawak telah mengumumkan langkah-langkah untuk meningkatkan akses pendidikan bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pelajar-pelajar ini akan menerima perolehan komputer riba secara percuma bersama baucar buku bernilai RM500.Bagaimanakah cara buat permohonan laptop percuma Sarawak?

Tan Sri Abang Johari menyatakan bahawa bantuan ini akan dialokasikan kepada kumpulan pelajar yang berasal dari keluarga dengan pendapatan tidak melebihi RM1,500. Usaha pembahagian baucar buku dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 35,000 pelajar universiti dan kolej, sementara 5,000 pelajar Sarawak yang sudah mendaftar ke IPTA dan IPTS berpotensi mendapatkan manfaat daripada perolehan komputer riba pada masa akan datang.

Langkah ini diambil untuk memperkuat akses kepada peranti pintar dan memberikan bantuan melalui baucar buku, bertujuan untuk mengurangkan jurang digital yang dihadapi oleh pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Selain itu, inisiatif ini membuka peluang bagi mahasiswa Sarawak untuk meraih manfaat teknologi sejajar dengan pelajar dari latar belakang ekonomi yang lebih tinggi.

Untuk makluman umum, Sarawak telah mengalokasikan dana sebanyak RM32 juta untuk bantuan sektor pendidikan ini, dan tambahan RM5 juta sebagai geran untuk Program Tuisyen Percuma kepada pelajar Sarawak dari Tingkatan 3 sehingga Tingkatan 5. Langkah-langkah ini menunjukkan kesungguhan pihak berkuasa Sarawak dalam meningkatkan akses pendidikan dan memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar untuk mencapai potensi penuh mereka.

SYARAT PERMOHONAN LAPTOP PERCUMA SARAWAK

  • Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak.
  • Mengikuti Diploma Tahun Pertama atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA & IPTS seluruh Malaysia.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1500.

CARA PERMOHONAN LAPTOP PERCUMA PERCUMA

  1. Layari laman web https://myys.yayasansarawak.org.my.
  2. Daftar dan login menggunakan Sarawak ID.
  3. Isi butiran pada borang permohonan.
  4. Muat turun dan tandatangani Surat Pengesahan oleh pihak institusi anda.
  5. Hantar Surat Pengesahan anda.
  6. Lengkapkan dan hantar borang permohonan.
  7. Semak status permohonan anda (pemakluman melalui e-mel).
  8. Jika diluluskan, muat turun aplikasi My-Yayasan Customer App untuk kemaskini alamat anda. Laptop percuma akan dihantar dalam tempoh 8-10 minggu selepas kelulusan.

 

Soalan Lazim

Siapakah yang layak dapat laptop percuma Sarawak?

Pelajar IPTA IPTS yang berasal dari keluarga dengan pendapatan tidak melebihi RM1,500

 

Bilakah pelajar dapat laptop percuma Sarawak?

Akan dimaklum dijangka pada tahun 2024

 

Artikel Lain

PERMOHONAN BIASISWA BYSTT & YBSTAR SARAWAK

Leave a Comment