LATIHAN MEWARNA (Download Muat Turun Template Aktiviti Sekolah)

LATIHAN MEWARNA (Download Muat Turun Template Aktiviti Sekolah)

LATIHAN MEWARNA

Kepada ibu bapa atau para guru yang ingin melatih kanak-kanak bewarna, semestinya akan mencari template atau poster bersesuain. Ini kerana kebanyakkan kanak-kanak  gemar dengan aktiviti mewarna ini dimana mereka boleh mewarnakan sesebuah gambar mengikut warna pilihan mereka sendiri. Disini kami akan kongsikan kepada anda template atau poster latihan mewarna yang anda boleh muat turun, semoga membantu.

 

KELEBIHAN LATIHAN MEWARNA

Berikut adalah merupakan antara kelebihan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak iaitu:

  • Memerlukan kanak-kanak untuk menyelaraskan mata dan pergerakan tangan
  • Mewarna membantu kanak-kanak melatih cengkaman jari dengan baik.
  • Belajar untuk memegang pensel dan mengawal pergerakkanya dengan cara mewarnai tanpa melampaui garis.
  • Mewarna melatih memberikan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan
  • Memupuk minat dalam aspek seni dan kreatif
  • Berimaginasi dalam aktiviti ini dan merangsang potensi kreatif pada kanak-kanak
  • Sesi pengenalan kepada jenis-jenis warna
  • Menjadikan medium luahan emosi melepaskan perasaan seperti kekecewaan, kesedihan dan sebagainya
  • Membina ikatan seisi keluarga

 

PANDUAN PEMILIHAN LATIHAN MEWARNA

Kepada ibu bapa dan guru, berikut adalah merupakan antara panduan bagi latihan bewarna kepada kanak-kanak iaitu:

  • Pastikan lukisan yang diberikan bersesuai dengan umur kanak-kanak tersebut
  • Seusaikan pemilihan lukisan dengan silibus pembelajaran kanak-kanak tersebut
  • Pastikan kanak-kanak mewarnakan gambar mengikut warna pilihan mereka sendiri
  • Untuk latihan awal sebainya mulakan dengan krayon kerana saiznya yang lebih besar dan sesuai untuk melatih grip tangan mereka
  • Beri pilihan kepada anak-anak untuk memilih sendiri lukisan yang ingin diwarnakan

 

KELEBIHAN GUNA TEMPLATE LATIHAN MEWARNA

Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya menggunakan template lukisan ini iaitu:

  • Boleh menentukan sendiri jenis lukisan yang diinginkan mengikut silibis atau aktiviti
  • Proses pemilihan yang pantas dengan anda hanya perlu muat turun dan mencetak template mewarna tersebut.
  • Boleh memilih lukisan-lukisan yang sesuai buat kanak-kanak.

 

MUAT TURUN TEMPLATE LATIHAN MEWARNA

Berikut adalah merupakan antara pautan yang boleh anda layari untuk memuat turun template lukisan iaitu:

  1. Hari Kebangsaan
  2. Program Sekolah Rendah
  3. Hari Guru
  4. Hari Raya
  5. Frozen
  6. Upin & Ipin
  7. Omar & Hana
  8. Pemandangan
  9. Nombor 
  10. Buah-Buahan

 

CARA DOWLOAD TEMPLATE LATIHAN MEWARNA

Sekiranya anda ingin mewarna template tersebut, anda seharusnya memuat turun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  • Pilih katagori lukisan yang diinginkan
  • Klik pada pautan tersebut dan ianya akan dimuat turun ke dalam komputer anda dalam format ZIP
  • Extrakkan ZIP tersebut
  • Kemudian pilih pada lukisan yang anda inginkan dan printkan sahaja


ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment