SKPMG2 (Login Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2)
Kementerian pendidikan Malaysia terus melancarkan dan mengemaskinikan dasar dan sistem mereka dengan harapan apa sahaja yang mereka rancang dapat mempertingkatkan sistem pendidikan di Malaysia. Dengan harapan mampu melahirkan murid sekolah yang lebih berkualiti daripada tahun ke tahun di bawah program NKRA.
Apa itu NKRA KPM? Ia adalah National Keys Result Areas atau dikenali dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara adalah satu dasar penambaikan kepada negara kita Malaysia termasuk pelancarkan sistem semakan saps ibu bapa online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk login SKKPMG2, semoga membantu.
APA ITU SKPMG2
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2) telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan proses penyampaian pendidikan yang digubal semula daripada SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan hasil daripada maklum balas pelbagai pihak. Penambahbaikan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.
CIRI-CIRI SKPMG2
Berikut adalah merupakan ciri terbaru ini iaitu:
- Telah dibina dengan format baharu yang dibangunkan khusus sebagai panduan kepada pentadbir dan warga sekolah dengan instrumen berorientasikan tindakan, menitikberatkan kualiti dan berasaskan evidens.
- Penilaian akan dilakukan sepanjang tahun dan semakan hasil penilaian akan dibuat sebanyak tiga kali setahun iaiatu pada bulan Mac, Julai dan November.
INSTRUMEN SKPMG2
Berikut adalah merupakan antara instrumen yang ditekankan iaitu:
- Kepimpinan
- Pengurusan organisasi
- Pengurusan kurikulum
- Kokurikulum dan Hal ehwal murid
- Pembelajaran dan Pemudahcaraan
- Kemenjadian murid
NOTA: Penekanan diberikan melalui peranan guru besar/pengetua sebagai peneraju, pembimbing, dan pendorong dalam melaksanakan tugas kepimpinan di sekolah selain peranan guru juga ditekankan sebagai pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
CARA LOGIN SKPMG2
Anda boleh melayari sistem ini melalui pautan di bawah:
- Portal National Keys Result Areas (NKRA): https://nkra.moe.gov.my/
- Apa yang perlu anda lakukan terlebih dahulu adalah menubuhkan dengan kadar segera Jawatan Kuasa SKPM Sekolah (JKSS) yang mana akan terdiri daripada kalangan guru besar di sekolah rendah atau pengetua di sekolah menengah, kalangan guru penolong kanan (GPK), setiausaha JKSS yang perlu dilantik, perlu ada juga setiusaha untuk kurikulum setiausaha untuk kurikulum dan juga setiausaha Hal Ehwal Pelajar HEP
- Anda sudah boleh mula tubuhkan pasukan pelaksana standard (PPS) yang terdiri dikalangan kakitangan sekolah yang amna mesti terdiri kalangan yang memiliki kepakaran masing- masing
PEMETAAN SKPMG 2
Jadual berikut adalah merupakan pemetaan bagi sistem ini iaitu:
Standard 1 : Kepimpinan |
Nota: PGB = Pengetua / Guru Besar |
Standard 2 : Pengurusan Organisasi |
|
Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid |
|
Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan |
|
Standard 5 : Kemenjadian Murid |
|
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem SKPMG2, anda boleh muat turun panduan di bawah: