LOGIN SSPN:PENDAFTARAN ONLINE E-SSPN
Pendaftaran SSPN sekarang boleh dibuat secara online ketahui cara login SSPN dan cara buka akaun SSPN online.
Untuk pembukaan akaun online Login SSPN ikuti langkah lengkap seperti di berikut:
BacaJuga: LOGIN PTPTN: SEMAKAN PENYATA BAKI PINJAMAN & PERMOHONAN
Langkah 1 Login SSPN Pembukaan Akaun
- Klik pada link pembukaan akaun 【klik disini】atau ➜ https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/openAccount
- Tarikh semasa pembukaan akaun dibuka.
- Nama pendeposit, iaitu nama penjaga ibu atau bapa kepada penerima manfaat (anak) atau nama pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN.
*Nota: Jika pelajar yang buka akaun SSPN untuk memohon pinjaman PTPTN, umur anda mestilah 18 tahun keatas untuk login SSPN(cukup tahun dan bulan).
- Sila pilih keturunan anda.
- Sila masukkan no. KP pendeposit.
6.Sila pilih jenis akaun.
*Nota:Bagi pelajar ingin memohon pinjaman PTPTN.
- Mestilah berumur melebihi 18 tahun anda boleh membuka akaun untuk diri sendiri (Pilih “Akaun Untuk Diri Sendiri” pada ruangan Jenis Akaun. Pastikan maklumat Pendeposit & Penerima Manfaat adalah sama).
- Jika umur pelajar tidak melebihi 18 tahun, Ibu/Bapa/Penjaga perlu menjadi pendeposit bagi pelajar tersebut (Pilih “Akaun Untuk Anak Jagaan Yang Sah”).
Bagi Ibubapa/Penjaga.
- Untuk melayakkan Pendeposit mendapatkan Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan, akaun mestilah dibuka untuk anak/anak jagaan sah (Pilih “Akaun Untuk Anak Jagaan Yang Sah” pada ruangan jenis akaun) yang berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun traksaksi/pelepasan taksiran cukai.
- Tarikh lahir akan dijana secara automatik mengikut No. KP semasa login SSPN pada item No. 5.
Baca Juga: CARA PERMOHONAN BKP,KWAPM,BIASISWA SUKAN & EMK
Langkah 2 Maklumat Pendeposit/Ibu Bapa Penjaga Login SSPN
- Sila isikan pekerjaan pendeposit.
- Sila isikan pendapatan pendeposit.
- Sila masukkan alamat semasa.
- Sila masukkan poskod.
- Sila masukkan no. tel rumah.
- Sila masukkan no tel. bimbit
- Sila masukkan email.
Baca juga: ISMP 2021: Permohonan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Langkah 3 Maklumat Penerima Manfaat/Waris
- Masukkan nama Penerima Manfaat (nama anak/ atau jagaan. Nota: Jika akaun dibuka untuk diri sendiri, pastikan nama anda sama dengan nama pendeposit, pada langkah 1)
- No KP penerima manfaat.
- Pilih jantina.
- Tarikh lahir (automatik dari janaan no KP diatas).
- Nama waris terdekat (jika ada).
- No KP waris (jika ada).
- No tel waris (jika ada).
Baca Juga: APDM 2021:Tutorial Kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM
Langkah 4 Deposit Akaun Login SSPN
- Masukkan amaun deposit serendah RM20.
[PROMOSI TERKINI: Deposit RM100 dan keatas untuk berpeluang membawa pulang AngPow SSPN bernilai RM8888.00]
- Masukkan ID Ejen iaitu: 000002008
Nota: ID Ejen adalah kod rasmi bagi Eksekutif Pemasaran yang sah dilantik oleh pihak PTPTN.
(Kegagalan memasukkan ID Ejen login SSPN menyukarkan kami untuk membantu anda dapatkan Pengesahan Pembukaan Akaun)
- Sila klik tick pada checkbox.
- Sila klik pada butang Hantar.
*Nota: Sila buat semakan sekali lagi, pastikan maklumat yang diberikan betul untuk memudahkan urusan akan datang.
Langkah 5 Paparan Pembayaran.
- Dipaparkan No Akaun SSPN anda serta amaun yang dimasukkan.
- Sila klik pada butang Bayar
- Sila pilih salah satu bank untuk membuat bayaran secara online.
Nota: Pastikan anda mempunyai online banking untuk melakukan urusan login SSPN ini.
- Sila masukkan alamat email yang aktif.
- Sila klik tick “I agree with….” dan klik pada butang “Bayar dengan FPX”.
Langkah 6 Pembayaran Selesai dan Pembukaan Akaun Berjaya.
Tahniah! Pembukaan Akaun SSPN-i anda telah berjaya.
Resit 1: Dipaparkan selepas pembayaran selesai pada PTPTN Payment Gateway.
Resit 2: FPX Transaction ini akan dihantar melalui email anda. Semak peti masuk (inbox) email anda.
*Nota Penting: Sila cetak / simpan / screenshot paparan “Urusniaga PTPTN Payment Gateway” & “FPX Transaction” untuk simpanan atau rujukan akan datang
Langkah 7 Surat Pengesahan “Akaun Pembukaan Akaun SSPN-i atau Makluman No. Akaun SSPN-i”
- Untuk mendapatkan surat “Akaun Pembukaan Akaun SSPN-i atau Makluman No. Akaun SSPN-i, anda perlu e-mail dengan kadar segera selepas pembukaan akaun berjaya dengan salah satu cara dibawah:
Cara 1: E-mail
Tajuk Email: Semakan / Surat Pengesahan Pembukaan Akaun SSPN-i
Alamat Email: [email protected]
Nota: Sila berikan No. Kad Pengenalan (IC) Pendeposit serta lampirkan / attach resit “Urusniaga PTPTN Payment Gateway atau FPX Transaction”yang telah disimpan/ screenshot pada Langkah 7, dan hantarkan melalui email diatas.
[DITUTUP SEMENTARA CARA 2]
Cara 2: Whatapps
Tajuk Whatapps: Semakan / Surat Pengesahan Pembukaan Akaun SSPN-i
No Tel Whatapps: -DITUTUP SEMENTARA-
Pautan Link WA: -DITUTUP SEMENTARA-
Nota: Makluman Pembukaan Akaun SSPN-i akan dihantar melalui email setelah kami menerima makluman daripada anda.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Makluman tentang login SSPN:
Portal SSPN.my ditadbir oleh Eksekutif Pemasaran yang dilantik sah oleh pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Segala maklumat yang diberikan adalah menepati apa yang telah ditetapkan.
Maklumbalas:
Urusan hanya dilakukan waktu dan hari bekerja iaitu 9am-5pm. Selepas waktu berkerja maklumbalas login SSPN akan diberikan hari berikutnya.
Hubungi:
Ahmad Ikhwan Bin Remali
Eksekutif Pemasaran PTPTN
ID Ejen: 000002008
Tel: 03-2193 3000