LPPSA i-PRIHATIN : PERMOHONAN PERLINDUNGAN GPA & SEMAKAN SENARAI MANFAAT

LPPSA i-PRIHATIN

LPPSA i-PRIHATIN

Kepada pelanggan LPPSA, adakah anda pernah terdengar mengenai LPPSA i-Prihatin? Apakah manfaat dan kebaikan yang boleh didapati dalam Program LPPSA i-Prihatin ini? Bagi pelanggan LPPSA, anda perlu mengetahui manfaat yang dapat diterima melalui program ini. Mungkin dapat membantu kita pada masa depan.

 

Untuk itu, izinkan kami untuk berkongsi maklumat mengenai LPPSA i-Prihatin.

 

APA ITU LPPSA i-Prihatin

 

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memperkenalkan Program LPPSA i-Prihatin kepada pelanggan yang masih mempunyai akaun berstatus aktif.

Ia adalah program kerjasama antara LPPSA dan panel Insurans / Takaful Am LPPSA berkenaan memberi pilihan kepada pelanggan untuk memiliki perlindungan tambahan selain perlindungan Insurans / Takaful Mortgage Reducing Term Assurance / Takaful yang telah diluluskan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam sebelum ini.

 

Melalui Program LPPSA i-Prihatin, pelanggan layak untuk memohon Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok (GPA) dengan bayaran premium sebanyak RM100 setahun dan menikmati perlindungan kewangan tambahan untuk kematian dan kecacatan anggota badan (kekal penuh atau separa kekal) disebabkan kemalangan bernilai RM100,000.

 

Anda juga terlebih dahulu dinasihatkan untuk check baki pinjaman LPPSA pinjaman perumahan kerajaan LPPSA melalui online atau aplikasi MyFinancing LPPSA.

 

 

CARA PERMOHONAN PERLINDUNGAN GPA

 

Bagi mendapatkan manfaat daripada program LPPSA i-Prihatin, pelanggan perlu membuat pendaftaran di portal LPPSA. Berikut adalah cara permohonan LPPSA i-Prihatin :

 

  1. Layari laman web rasmi LPPSA.
  2. Untuk memudahkan anda klik pada pautan yang kami sediakan Portal GPA LPPSA i-Prihatin.
  3. Pada laman tertera, masukan nombor Kad Pengenalan dituruti dengan Tarikh Sah Jawatan.
  4. Tekan pada butang Submit.

 

SEMAKAN SENARAI MANFAAT GPA i-PRIHATIN

 

Berikut adalah manfaat perlindungan yang ditawarkan melalui Program LPPSA i-Prihatin :

 

  • Kematian / Keilatan Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan
  • Keilatan Separuh dan Kekal Akibat Kemalangan
  • Jumlah Perlindungan Tambahan untuk Kematian / Keilatan Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan semasa :
  1. Melancong Di luar Negara
  2. Di dalam Pengankutan Awam
  • Perbelanjaan Pengebumian Akibat Kemalangan
  • Perbelanjaan Penghantaran Pulang Jenazah Akibat Kemalangan
  • Badal Haji
  • Perbelanjaan Pemulihan
  • Perbelanjaan Perubatan Akibat Kemalangan
  • Bayaran Ambulans
  • Elaun Kecederaan Akibat Diragut
  • Elaun Penyembuhan Denggi
  • Perlindungan akibat Rompakan ATM
  • Pendapatan Harian Hospital Akibat Kemalangan (Maksimum 100 hari setahun)

 

Manfaat perlindungan i-Prihatin

Kelayakan adalah berdasarkan pembiayaan yang diluluskan pada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2022 dan tertakluk kepada pengeluaran bayaran premium sumbangan insurans/takaful gadai janji (MRTT/MRTA)

 

LPPSA juga memberikan tempoh perlindungan percuma selama dua (2) tahun mulai dari tarikh pengeluaran bayaran premium sumbangan MRTT/MRTA.

 

Peringatan : Pelanggan disarankan untuk memperbaharui polisi insuran/takaful GPA secara tahunan sebelum tarikh tamat tempoh perlindungan yang dinyatakan di atas dengan berhubung terus dengan panel takaful/insuran yang dipilih.

 

SOALAN LAZIM

 

Setelah memohon LPPSA i-Prihatin, apakah tindakan yang perlu diambil waris sekiranya berlaku kematian/ keilatan/ penyakit kritikal?

Sekiranya pembiayaan meninggal dunia, ilat atau menghidap penyakit kritikal, waris hendaklah memaklumkan kepada LPPSA insiden tersebut dan mengemukakan dokumen berikut :

  1. Borang Pemberitahuan Kematian Peminjam atau
  2. Borang Pemberitahuan Keilatan / Penyakit kritikal Peminjam

 

Bagamanakah saya ingin membuat semakan atas status tuntutan pampasan LPPSA i-Prihatin?

Pihak LPPSA akan mengeluarkan surat Pengesahan Baki Pembiayaan Perumahan kepada waris/peminjam setelah menerima bayaran pampasan kematian/ keilatan/ penyakit kritikal dari pihak Insuran / Takaful.

 

Bagaimanakah jumlah pampasan kematian/ keilatan / penyakit kritikal ditentukan?

Jumlah bayaran pampasan kematian/ keilatan/ penyakit kritikal ditentukan atas penilaian yang dibuat oleh pihak Panel Insurans/ Takaful berdasarkan jadual pengurangan baki terkini.

Setelah pampasan diterima dari pihak Insurans/ Takaful, pihak LPPSA akan mengkreditkan jumlah tersebut untuk menyelesaikan baki pembiayaan. Untuk akaun yang berbaki kredit, lebihan bayaran tersebut akan dipulangkan semula kepada waris atau peminjam. Sekiranya akaun masih berbaki debit, pihak LPPSA akan mengeluarkan notis tuntutan atas baki tersebut kepada waris atau peminjam

 

UNTUK MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

 

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pusat Panggilan Utama LPPSA di talian 03-8880 1600 atau keboleh kemukakan pertanyaan melalui Portal Pertanyaan / Aduan Rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my

 

Leave a Comment