MAKSUD MALAYSIA MADANI (Lirik & Video Lagu Rasmi Bunkface)
Seperti kebiasaan bagi setiap pentadbiran mempunyai jenama atau slogan tersendiri. Seperti yang sedia maklum Slogan keluarga Malaysia digunakan semasa pentadbiran terdahulu. Pada era Kerajaan Perpaduan ini telah menggunakan sloha Membangu Malaysia Madani. Disini kami akan kongsikan maksud slogan ini, semoga membantu.
APA ITU MADANI
- Madani dalam akar bahasa Arab bermaksud kota atau peradaban dan dikaitkan dengan kota suci umat Islam Madinah.
- Dewan Bahasa dan Pustaka memberi maknda madani sebagai “maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.”
- Istilah “masyarakat madani” selalu diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “civil society.”
AGENDA SLOGAN MEMBANGUN MALAYSIA MADANI
Agenda dasar tidak hanya memberikan tumpuan kepada menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan semasa di negara, tetapi juga pada mencorak masa hadapan dan memenuhi potensinya.
MAKSUD SLOGAN MEMBANGUN MALAYSIA MADANI
Perdana Menteri telah mengumumkan kerangka dasar baharu untuk negara dikenali ‘Membangun Malaysia Madani’, yang dirumus bagi mencipta lonjakan baharu kepada negara. Ianya terdiri daripada enam tonggak dasar iaitu:
- M (keMampanan)
- A (kesejAhteraan)
- D (Daya cipta)
- A (hormAt)
- N (keyakiNan)
- I (Ihsan)
MADANI disasarkan untuk dijadikan dasar bagi setiap teras yang akan diteroka bagi memperkukuh lapan keperluan iaitu ekonomi dan kewangan, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, budaya, bandar dan luar bandar
la merupakan kerangka dasar yang saling berkait dan bersepadu, setiap satunya menguatkan yang lain. Kerangka ini dibina dengan kesediaan menerima perubahan mengambil kira sumbang saran dan pendapat daripada semua lapisan masyarakat. Dengan kerangka ini, semoga kita mampu segera memulihkan negara kita melalui Reformasi yang substantif, sekali gus melangkah bersama rakyat menuju masa hadapan yang lebih cerah, Insya-Allah.
MATLAMAT SLOGAN MEMBANGUN MALAYSIA MADANI
Matlamat slogan ini adalah untuk merubah Malaysia menjadi sebuah negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati serta bersikap ihsan berdasarkan keyakinan antara satu sama lain. Kata kunci visi ini adalah MADANI, yang pada asasnya merupakan kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat atas dasar ketelusan dan kerjasama.
KONSEP SLOGAN MEMBANGUN MALAYSIAMADANI
Konsep Madani menggambarkan kepercayaan yang dicerna antara kerajaan dan rakyatnya berdasarkan pada asas ketelusan dan kerjasama yang dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi pentadbiran negara secara berkesan, menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya, yang berteraskan nilai, etika atau akhlak.
Perdana Menteri berkata istilah Madani yang sememangnya sudah sekian lama diperkenal dan diungkap oleh pemikir sejak dahulu lagi, diperkenalkan dalam pentadbiran negara berikutan ia memberi keutamaan kepada soal keyakinan dan kemanusiaan.
MAKSUD & LOGO MALAYSIA MADANI (Slogan Baru Kerajaan Perpaduan)
Malaysia Madani merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi, bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban. Kerangka Malayaisa Madani menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.
Logo | |
Maksud Logo |
|
LIRIK LAGU MALAYSIA MADANI
Berikut adalah merupakan lirik penuh lagu ini iaitu:
Peradaban kita bangunkan Bina kota bina insan Dari budi jadi budaya Bina asas kemampanan Kesejahteraan masa depan C/O Ayuh seluruh anak pertiwi Bangunkan Malaysia Madani Sepenuh hati jiwa semangat Terus meyakini Malaysia Madani
Ayuh seluruh anak pertiwi Semarakkan Malaysia Madani Sepenuh hati jiwa semangat Terus Kekal meyakini Malavsia Madani Keyakinan jadi ikutan Pendirian jiwa ihsan Nilai hormat teras di minda Daya cipta luar biasa Kesejahteraan masa depan C/O Malaysia! Madani! Bersatu Untuk Negara Kita |
VIDEO LAGU MALAYSIA MADANI
Berikut adalah merupakan pautan video penuh lagu ini iaitu:
Official Lyric Video
Bunkface
ARTIKEL LAIN
SENARAI CUTI UMUM 2023 MALAYSIA & CUTI SEKOLAH (Bila Cuti Sekolah)