Cara Buat Medical Check Up (Sambung Belajar /Kerja)

Cara Buat Medical Check Up (Sambung Belajar /Kerja)

Medical Check Up

Orang ramai akan menjalani pemeriksaan kesihatan adalah kerana dua sebab iaitu bagi menjalani pemeriksaan pra-universiti dan pemeriksaan bagi memasuki sektor pekerjaan. Pemeriksaan pra-universiti selalunya melibatkan beberapa ujian misalnya pemeriksaan fizikal, x-ray dada, ujian air kencing, ujian kumpulan darah dan ujian air kencing morfin dan juga ganja.

Jumlah kos bagi kesemua ujian ini adalah sekitar RM 50 hingga RM 150 bagi setiap seorang. Sebarang penambahan ujian lain seperti ujian fungsi hati & buah pinggang serta ujian lengkap kiraan darah akan dikenakan bayaran tambahan. Bagi keputusan pemeriksaan pula, anda boleh mendapatkannya dalam kadar yang segera iaitu pada hari yang sama anda menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut. Akan tetapi bagi ujian darah selalunya memakan masa selama satu ke dua hari untuk mendapatkan keputusan.

Jika anda bercadang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, sebenarnya anda mempunyai 3 pilihan destinasi untuk dituju iaitu di makmal, farmasi dan juga hospital. Terdapat beberapa perbezaan dari segi harga dan juga khidmat yang disediakan bagi ketiga-tiga pusat kesihatan ini

 

Apa Itu Medical Check Up

Pakej saringan kesihatan merupakan pakej kesihatan yang menyeluruh untuk mengesan awal penyakit-penyakit bagi mengelakkan komplikasi penyakit yang lebih kronik.

 

Pihak Yang Menawarkan Perkhidmatan Medical Check Up

Berikut adalah tempat yang boleh anda kunjungi untuk melakukan saringan kesihatan tersebut:

Klinik Kesihatan Kerajaan

Anda boleh berkunjung ke lokasi klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan dengan anda.

https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/1

Harga perkhidmatan tersebut adalah sekitar RM100-RM150.

BP Healthcare

BP Healthcare seakan sudah tidak asing lagi dengan kepakaran mereka dalam perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pelbagai lagi perkhimatan klinikal seperti profil alahan dan pemeriksaan gastrousus. BP Helathcare mempunyai sebanyak 70 makmal di sekitar Malaysia. Anda boleh membuat temujanji bagi pemeriksaan kesihatan di laman web rasmi mereka ataupun terus ke cawangan mereka yang berdekatan. Manakala bagi ujian darah dan ujian air kencing, anda boleh menjalani ujian tersebut tanpa perlu membuat sebarang temujanji. Rajah di bawah menunjukkan pakej-pakej yang ditawarkan dan juga senarai ujian termasuk harga.

Pakej Pemeriksaan Kesihatan

Pakej Asas : RM 168

i. Ujian Darah

ii. Ujian Fungsi Buah Pinggang

iii. Fungsi Hati

iv. Hepatitis B

v. Profil Lipid

vi. Analisis Air Kencing

vii. Pemeriksaan Penyakit Berjangkit

viii.  Penanda tumor

ix. Ujian Tiroid Hormon

x. Saringan Diabetes

xi. Ujian Lain-lain (Rheumatoid Factor) Ujian Diagnostik (Audiometry)

Soal Jawab Berkenaan Medical CheckUp

Perlukah berpuasa sebelum saringan kesihatan?

Anda hanya perlu berpuasa selama 6-8 jam sebelum proses pengambilan darah. Walaubagaimanapun, pelanggan boleh minum air masak sepanjang tempoh berpuasa, hanya makanan yang tidak dibenarkan.

Bolehkah mengambil darah selepas makan ubat kolestrol atau ubat darah tinggi?

Boleh. Tidak perlu menunggu 2-3 jam atau sehingga ubat diambil.

Artikel Lain : Ujian Saringan HIV PraPerkahwinan

Leave a Comment