MORATORIUM AUTOMATIK PEMERKASA PLUS:CHECK KELAYAKAN(B40 & GOLONGAN TERJEJAS)
Moratorium Automatik PEMERKASA PLUS diumumkam YAB PM selepas kerajaan memutuskan utk melaksanakan PKP 3.0 ekoran pendemik Covid-19 semakin ketara peningkatan jangkitannya.
YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan ‘total lockdown’ melibatkan Fasa Pertama di seluruh Malaysia bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
Susulan itu kerajaan mengumumkan pakej stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 bilion bagi rangsang ekonomi & bantu rakyat hadapi PKP 3.0.
B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi diberikan pilihan untuk mendapatkan moratorium automatik selama 3 bulan atau ansuran 50% selama tempoh 6 bulan.
Mereka yang berkenaan boleh menghubungi bank masing-masing untuk mengetahui proses selanjutnya.
Perkara ini boleh dirujuk di institusi perbankan mulai esok..
Baca JUga: PTD 2022:CARA MOHON & SEMAKAN JAWATAN KOSONG PENGAWAI TADBIR DIPLOMATIK(400 KEKOSONGAN DITAWARKAN)
Baca Juga: TEMUJANJI TABUNG HAJI ONLINE:CARA BUAT APPOINTMENT & MUAT TURUN BORANG TRANSAKSI TH ONLIINE
Teks Ucapan Moratorium Automatik PEMERKASA PLUS
Teks ucapan berkaitan Moratorium Automatik PEMERKASA PLUS yang diumumkan YAB Perdana Menteri berada pada kenyataan No.19 & No. 20. Untuk lebih lanjut anda boleh menyemak teks ucapan seperti di bawah.
- Sehubungan iyu, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM),industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium. Oleh itu, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.
- Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ringgit. Insha-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok. Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan. Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini.
Baca Juga: ELAUN KHAS BULANAN BKSS 6.0:SEMAKAN KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN
Moratorium Automatik PEMERKASA PLUS
Maklumat terperinci kandungan Moratorium Automatik PEMERKASA PLUS yang diumumkan oleh Pedana Menteri adalah seperti berikut:
Bagi bantuan bayaran balik pinjaman untuk individu,PKS & perusahaan mikro yang terjejas maklumat terperinci seperti berikut.
Anda boleh memilih samaada mendapat moratorium selama 3 bulan atau memlilih moratorium 50% selama 6 bulan.
Bantuan bayaran balik pinjaman juga diberikan kepada mereka yang mengalami pengurangan pendapatan seperti maklumat di bawah:
Anda boleh hubungi bank pinjaman anda untuk memilih jenis moratorium yang di pilih.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Moratorium Automatik PEMERKASA PLUS yang diumumkan YAB Perdana Menteri, anda boleh menghubungi https://www.bnm.gov.my/ atau anda boleh menghubungi bank pinjaman anda masing-masing.
Hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk khidmat nasihat di https://services.akpk.org.my/
Loan repayment assistance is available for all affected by the lockdown. Just contact your banks and choose.