MSSM 2023 (Jadual Takwim Kejohanan Fasa 1–4)
Terikini pihak MSSM telah menyediakan takwim bagi kejohonan MSSM bagi tahun 2023. Kejohanan ini akan dijalankan setiap tahun bagi mencari atlet terbaik. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur, sekolah serta para pelajar yang terlibat boleh mula melakukan persiapan rapi untuk kejohanan tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda jadual takwin kejohanan Fasa 1 – 4, semoga membantu.
APA ITU MSSM
Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1958 melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Penasihat Persekutuan Tanah Melayu dan dianggotai oleh semua Ketua Pegawai Pelajaran Negeri.
Majlis Sukan Sekolah Malaysia ini merupakan satu kejohanan peringkat tinggi yang berlaku di peringkat sekolah di antara para atlet yang terdiri pada para pelajar yang telah melepasi kejohonan pada peringkat daerah (MSSD) dan negeri (MSSN).
TUJUAN MSSM
Tujuan asal penubuhan MSSM adalah untuk mengamalkan konsep sukan untuk kecemerlangan selaras dengan Dasar Sukan Negara. Bagi memperkasakan MSSM, ia telah diletak dibawah Akta Pelajaran 1961 dan dibawah kuasa Menteri Pelajaran.
Pada 6 April 2009, MSSM telah diwarta kerajaan Seri Paduka Bagida dan diterbitkan dengan kuasa mengikut Akta Pendidikan 1996.
TEMA MSSM 2023
Tema bagi tahun 2023 adalah “Sukan Nadi Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC)”. Pemilihan tema ini selari dengan hasrat KPM dalam melahirkan konsep ‘Anak Yang Baik Lagi Cerdik’ dengan menitikberatkan pembentukan karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.
JENIS SUKAN DIPERTANDINGKAN MSSM 2023
Untuk pengetahuan anda, terdapat 24 jenis sukan yang dipertandingkan setelah diwartakan untuk kejohanan ini, iaitu:
BIL | SUKAN | LOKASI KEJOHANAN |
1 | Memanah | Pahang |
2 | Bola Sepak | Johor |
3 | Bola Baling | WP Putrajaya |
4 | Bola Jaring | Melaka |
5 | Skuasy | Perak |
6 | Akuatik | Selangor |
7 | Ping Pong | Sarawak |
8 | Bola Tampar | Terengganu |
9 | Gimnastik Berirama | WP Kuala Lumpur |
10 | Sofbol | Perak |
11 | Pelayaran | Kedah |
12 | Tenis | Johor |
13 | Bola Keranjang | Pahang |
14 | Gimnastik Artistik | Perlis |
15 | Hoki | Melaka |
16 | Sepak Takraw | Kedah |
17 | Boling Tenpin | Pulau Pinang |
18 | Kriket | Selangor |
19 | Ragbi | Kelantan |
20 | Badminton | Pulau Pinang |
21 | Catur | Terangganu |
22 | Golf | Wp Kuala Lumpur |
23 | Merentas Desa | Kelantan |
24 | Olahraga | Negeri Sembilan |
TAKWIN KEJOHANAN MSSM 2023
Pada sesi 2023, kejohanan kali ini akan dibahagikan kepada empat (4) Fasa iaitu:
FASA 1 13-16 Julai 2023 | FASA 2 13 Julai 2023 | FASA 3 17-25 September 2023 | FASA 4 13- 20 Oktober 2023 |
|
|
|
|
JADUAL PERLAWANAN KEJOHANAN MSSM
Berikut adalah merupakan perincian kejohonan ini bagi tahun 2023 bagi setiap jenis sukan seperti di bawah:
NOTA: Anda juga boleh rujuk info yang lebih terperinci DI SINI
PERATURAN AM MSSM 2023
Dibawah merupakan peraturan Am yang perlu diikuti oleh setiap individu yang berkenaan bagi kejohanan ini.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023, anda boleh melayari portal rasmi Majlis Sukan Sekolah Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN:
- Cara Kira Merit UPU Kemasukan Ke UA/IPTA (Lepasan SPM / STPM)
- Jadual Aksi Atlet Malaysia Temasya Sukan SEA Kemboja 2023
- Jadual Siaran Langsung Euro 2024 Qualifying (Keputusan Pasukan Layak)