SEMAKAN PERMOHONAN MAKTAB TENTERA DIRAJA ( MTD ) 2022 (Buat Rayuan)
Maktab Tentera Diraja (MTD) mempelawa pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang memiliki kelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Tahun 2021 membuat permohonan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi tahun pengambilan sesi 2022.
Tawaran permohonan adalah terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2021 dan permohonan tersebut boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui laman sesawang (web) rasmi Maktab Tentera Diraja .
Perhatian kepada para calon yang membuat permohonan ke MTD, anda kini boleh mula membuat semakan permohonan anda tersebut.
Cara Semakan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD
Semakan kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) boleh dibuat melalui pautan berikut:
Tarikh Pendaftaran Maktab Tentera DiRaja (MTD 2022
KPM menetapkan tarikh pendaftaran ke Sekolah Khusus bagi sesi 2022 adalah seperti berikut:
(a) Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022;
(b) Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 5 April 2022;
(c) Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Satu di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPM;
(d) Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat dan Tahun 1 SVM di SMT dan KV adalah pada 7 April 2022; dan
(e) Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan Empat ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/
Tarikh Rayuan Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD
Tarikh rayuan secara dalam talian bermula 15 Mac hingga 29 Mac 2022.
Maklumat Lanjut
- Laman web: http://www.rmc.edu.my/
- Telefon : 03-8872 6399
Cara Membuat Permohonan Online Kemasukan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja (MTD) Sesi 2022
Mulai ambilan tahun 2021, permohonan ke MTD telah diselaraskan di bawah satu sistem yang dibangunkan oleh KPM iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
Tarikh Permohonan Ke MTD
Di bawah adalah tarikh rasmi permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja bagi tahun 2022 :
- Permohonan Dibuka : 10 Oktober 2021
- Permohonan Ditutup : Dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021
- Anda boleh klik pautan ini untuk permohonan : https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/log_masuk.cfm
Artikel Lain : Permohonan Ke MRSM 2022
Syarat Kemasukan Ke MTD
Tawaran terbuka kepada warganegara Malaysia LELAKI sahaja (ibu bapa mestilah warganegara Malaysia) serta memenuhi kelayakan syarat-syarat seperti di bawah :
Syarat Kelayakan Akademik
- Keputusan Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus secara dalam talian melalui KPM
- Lulus Ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja
Syarat Fizikal
- Tinggi Minimum : 152 sm
- Berat Minimum : 40.5 kg
- BMI : 18 – 27
- Ukuran Dada Minimum : 74 sm (biasa) / 79 sm (tarik nafas)
- Kesihatan : Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti.
- Penglihatan : Tidak rabun warna dan jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi jarak penglihatan 6/12
- Emel : Wajib mempunyai emel persendirian yang sah dan aktif
Keistimewaan Di MTD
Pembiayaan Pengajian
Kos pengajian di Maktab sepanjang sesi 2021 yang meliputi penginapan, sajian, uniform, buku teks, buku kerja, buku tulis serta alat tulis akan diberikan secara PERCUMA di bawah pembiayaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Walau bagaimanapun, Putera MTD dikehendaki membayar Yuran PIBG, Yuran Kecemerlangan Akademik, Insuran Putera dan Yuran Kebajikan
Elaun Putera
- Putera akan dibayar elaun bulanan sebanyak RM100sepanjang tempoh pengajian
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Promosi dan pengambilan di:
- Unit Pengambilan & Promosi Jabatan Pendidikan Tentera, Maktab Tentera Diraja Kem Perdana Sungai Besi 57000 Kuala Lumpur
- Tel : 03-89465562/5565 Isnin-Jumaat (8.15 pagi-5.00 petang)
- Faks : 03-8946 5530