MUET Express Pendaftaran Peperiksaan MUET 2024

MUET Express Pendaftaran Peperiksaan MUET 2024

MUET EXPRESS

Kepada anda yang ingin mengambil Malaysian University English Test (MUET), anda kini boleh membuat permohonan menerusi MUET Express. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat pendaftaran bagi tahun 2024,  semoga membantu.

 

APA ITU MUET

Malaysian University English Test (MUET) ialah ujian bahasa Inggeris  diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar institusi pengajian tinggi serta untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi .

 

YURAN PENDAFTARAN MUET

Berikut adalah merupakan yuran pendaftaran MUET yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia: RM100
  • Bukan Warganegara: RM350

 

KOMPONEN UJIAN MUET

Berikut adalah merupakan komponen peperiksaan MUET iaitu:

Kod KertasNama Kertas
800/1Listening
800/2Speaking
800/3Reading
800/4Writing

 

TARIKH PENDAFTARAN MUET EXPRESS 2024

Calon yang ingin mendaftar peperiksaan MUET boleh berbuat demikian mulai pada 26 Februari 2024 sehingga 3 Mac 2024

 

TARIKH UJIAN MUET 2024

Berikut adalah merupakan tarikh ujian yang ditetapkan oleh iaitu:

UJIANTARIKH
Tarikh ujian lisan (Speaking)29, 30 April dan 6, 7, 8, 9 Mei 2024.
Tarikh ujian bertulis (Written)27 April 2024

 

CARA DAFTAR MUET

Kepada calon persendirian yang ingin membuat pendaftaran MUET, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan MUET Registration Form
  2. Pilih negeri dan pusat peperiksaan MUET yang berhampiran anda inginkan.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat, kemudian klik Next
  4. Maklumat pembayaran akan tertera klik pada Submit Registeratin.
  5. Pilih kaedah pembayaran anda inginkan dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai
  6. Slip pendaftaran peperiksaan akan diberikan selepas pembayaran dilakukan.

NOTA: Bagi calon sekolah atau institusi pula perlu mendaftar melalui sekolah/institusi masing-masing.

 

BAND PERMARKAHAN MUET

Berikut adalah merupakan band permarkahan MUET iaitu:

JUMLAH MARKAHBAND
331 – 3605+
294 – 3305.0
258 –2934.5
211 –2574.0
164 – 2103.5
123 – 1633.0
82 – 1222.5
36 – 812.0
1 – 351.0

 

MAKLUMAT LANJUT MUET EXPRESS

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai peperiksaan MUET sesi 2024, anda boleh melayari website rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 

ARTIKEL LAIN

Leave a Comment