Permohonan MyICE 2022(Geran RM10000 Persatuan NGO Pertubuhan Berdaftar)
Pertubuhan berdaftar di Malaysia dipelawa untuk memohon geran MyICE 2022. Setiap pertubuhan yang layak akan menerima sehingga RM1000 setiap permohonan yang lulus. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kemudahan tersebut.
Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan dengan lebih mudah dan pantas. Pastikan anda mengikuti langkah-langkah yang disediakan dengan betul untuk mengelakkan permohonan anda ditolak atau tidak di terima.
Apa Itu MyICE
Malaysia Incentive Community Empowerment adalah satu inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada pertubuhan bagi kategori berikut:
- Kebajikan
- Sosial
- Keselamatan
- Hak asasi
Tarikh Tempoh Permohonan Lanjutan
Sehingga 31 Julai 2022
Tarikh Permohonan Geran MyICE
Tarikh Mula Permohonan Dibuka : 1 Februari 2022
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2022
Cara Memohon Geran MyICE
Anda boleh lengkapkan borang permohonan melalui pautan ini : https://www.eroses.gov.my/
Pastikan anda mengisi permohonan dengan teliti dan cermat untuk mengelakkan sebarang kesilapan.
Jumlah Peruntukan
Jumlah peruntukan yang akan dipertimbangkan bagi kelulusan permohonan adalah sehingga RM10000 bagi setiap pertubuhan.
Syarat Dan Kelayakan Permohonan Geran MyICE
Pertubuhan yang layak menerima geran adalah seperti berikut:
- Pertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga 31 Disember 2021.
- Pertubuhan yang berdafta di bawah kategori :
- Ibu tunggal
- Kebajikan masyarakat
- Kebajikan ahli
- Orang kurang upaya
- Warga emas
- Kategori Keselamatan
- Pencegahan jenayah
- Bomba sukarela
- Kategori Hak Asasi
- Alam sekitar
- Pengguna
- Manusia
- Pendidikan
- Kategori Sosial
- Alumni
- Pendidikan penduduk
- Keturunan
- Pertubuhan yang menghantar penyata tahunan yang lengkap teratur dan terkini sekurang-kurangnya penyata tahunan bagi tahun 2020
- Pertubuhan yang mempunyai rekod pengurusan yang baik
Kaedah Pembayaran Kepada Pertubuhan
Peruntukan akan disalurkan ke akaun pertubuhan yang sah di dalam borang permohonan tersebut. Permohonan yang menggunakan nombor akaun peribadi tidak akan dibenarkan untuk proses pembayaran . Sila nyatakan dengan jelas nombor akaun yang sah untuk pertubuhan berdaftar tersebut.
Info dan Pertanyaan
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di : https://www.eroses.gov.my/
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.
Artikel Lain: Cara Daftar Pahang PrideKid RM200