MyPTPTN (Cara Bayar Semak Deposit Duit PTPTN Simpan SSPN)

MyPTPTN (Cara Bayar Semak Deposit Duit PTPTN Simpan SSPN)

 MyPTPTN

Perhatian kepada para mahasiswa yang menggunakan kemudahan pinjaman PTPTN, anda kini boleh melakukan urusan secara atas talian.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih myPTPTN yang akan memanfaatkan lebih 3.63 juta peminjam dan 5.28 juta pendeposit Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Penggunaan aplikasi itu selari dengan Teras ke-5 Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 bagi memperkasa organisasi ke arah yang lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan supaya penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan berada di tahap terbaik.

Kelebihan Aplikasi MyPTPTPN

kemudahan yang disediakan dalam aplikasi itu antara lain merangkumi semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN, permohonan potongan gaji serta debit terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.

aplikasi itu adalah inisiatif utama PTPTN sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN dalam memastikan institusi kewangan itu berada di tahap setanding dengan institusi kewangan lain di pasaran dalam penyediaan kemudahan digital terkini.

aplikasi PTPTN ini akan menjadi platform terbaik yang akan mendekatkan generasi muda dengan PTPTN. Ini kerana golongan belia yang cenderung dalam penguasaan teknologi dan sentiasa peka dengan kemudahan digital yang akan memberi manfaat kepada mereka.

Cara Muat Naik Aplikasi MyPTPTN

Untuk memuat-turun aplikasi, ia boleh didapati secara percuma menerusi aplikasi di google dan Apple AppStore bermula hari ini.

Cara Daftar MyPTPTN

Untuk membuat pendaftaran aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun aplikasi myPTPTN di Google Store dan Apple App Store.
  2. Buka aplikasi myPTPTN dan klik ‘Daftar Sekarang.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  4. Set kata laluan dan tentukan frasa/ikon keselamatan serta tanda persetujuan pengesahan maklumat dan penafian.
  5. Dapatkan TAC di nombor telefon dan aktifkan pendaftaran myPTPTN yang telah dihantarkan kepada email.
  6. Lengkapkan proses pengesahan identiti eKYC dengan menyediakan kad pengenalan dan swafoto.

Syarat Pendaftaran

Syarat pendaftaran bagi orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Mempunyai Kad Pengenalan awam.
  4. Mempunyai no. telefon bimbit dan alamat e-mel yang betul dan sah.

Keistimewaan Aplikasi

Antara keistimewaan aplikasi ini bagi pengguna adalah seperti berikut:

  • Hanya di satu platform: Transaksi bayaran balik pinjaman dan simpanan di Simpan SSPN dan pelbagai perkhidmatan lain melalui satu platform.
  • Menjimatkan masa dan kos: Orang ramai tidak perlu beratur di kaunter kini dan segalanya dihujung jari sahaja.
  • Mesra pengguna: Paparan mesra pengguna sesuai untuk semua lapisan umur.
  • Transaksi tanpa sempadan: Aplikasi ini menyokong pelbagai jenis transaksi.
  • Cepat, mudah dan selamat: Segala maklumat peribadi pengguna dilindungi oleh PTPTN dan dilengkapi dengan pendaftaran maya eKYC.

Cara Semak Baki PTPTN Guna MyPTPTN

Akan dimaklumakan nanti

Cara Semak Semak Status Permohonan PTPTN Guna MyPTPTN

Akan dimaklumakan nanti

Cara Bayar Hutang PTPTN Guna MyPTPTN

Akan dimaklumakan nanti

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pinjaman pendidikan PTPTN ini:

  • Rujuk portal rasmi PTPTN: https://www.ptptn.gov.my/
  • Hubungi Talian Careline: 03-2193 3000 (Isnin – Jumaat | 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semoga perkongsian cara permohonan PTPTN online ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Artikel Lain : Permohonan PTPTN online 2022

1 thought on “MyPTPTN (Cara Bayar Semak Deposit Duit PTPTN Simpan SSPN)”

Leave a Comment